Header Ads

Latest Update
recent

Masak Mee Goreng Kampung Senang Je


Selamat pagi! Orang perempuan ni, kalau dah malas memang jadi malas betul. Salah satunya kalau malas masak, sanggup masak mee maggi cepat dimasak. Itupun kalau rajin rendam dengan air panas je. Potong cili sikit. Kalau rajin sikit baru menumis. Betul tak? Fiza pula kalau malas nak masak mee goreng mamak ke, mee goreng basah ke kalau takde cili kisar, Fiza hentam masak mee goreng kampung je. Senang! Kenapa Fiza namakan mee goreng kampung sebabnya cara masak macam nasi goreng kampung kaedahnya.

Cara nak masak mee goreng kampung ni senang je. Caranya, tumis bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan black pepper sikit. Letak garam sikit, pecahkan telur, masuk sayur dan last sekali masukkan mee. Senang sangat! Macam masak nasi goreng kampung tu je. Cuma mee goreng kampung ni Fiza tambahkan black pepper sikit baru sedap! Nak lagi sedap tambahlah ayam ke udang ke sotong ke. Yang ni Fiza tambah udang dan sotong. Jadilah menu Mee goreng kampung seafood namanya. Main hentam je nama menu janji sedap! Rupa pun dah macam spaghetti Aglio Olio versi kampung.

Nak masak ni kena kreatif sikit menggunakan bahan-bahan yang ada. Janji rasa sedap dan perut terisi. Cara masak mee goreng ni pun kakak Fiza yang buat. Entah dari mana datang idea nak masak style macam ni pun tak tahu lah. Sibuk sangat sampai tak sempat nak sediakan cili kisar agaknya. Terus tumis bahan dan masukkan mee je.

Kalau kau orang jenis suka mee berkuah, mungkin mee goreng kampung ni tak menepati citarasa kau orang. Tapi kalau jenis yang suka makan simple-simple ala kampung tu confirm suka makan. Lagi-lagi buat pedas dan tambah bahan macam udang ke sotong ke daging ke mesti bertambah sedap punya. Lagipun menu ni agak simple. Sesuai sangat untuk masak minum pagi atau petang. Ala pagi petang siang malam pun sesuai juga.


1 comment:

  1. Simple gile resepi tapi tgk gambar sangat menyelerakan.. Leh cuba lepas ni.. Lea ni org yg terlebih rajin, sesuai sgt dgn resepi simple ni.. Ekekeke

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.