Tempahan Logo "Cantik Persis Celebriti"

Wednesday, January 25, 2017

Mencabar betul kalau nak mendesign logo ni walaupun sebenarnya logo tu simple je.  Walaupun hanya dua ketul huruf tapi nak menggayakan dua huruf tu menjadi design logo yang menarik pun susah juga tu. Perlukan masa nak cari idea baru. Biasanya logo guna beberapa huruf dan diletakkan sekali nama penuh logo. Ada juga cuma letak huruf je. Ikut masing-masing punya trademark logo lah kan.

Kali ni dapat tempahan design logo yang macam complicated sikit juga ni. Perlu design  logo " CANT!K PERS!S CELEBR!T!" menggunakan 3 perkataan tu tanpa menggunakan 3 huruf utama. Nak buat bentuk bulat dan tema spa gitu. Lama jugaklah Fiza ambil masa untuk design logo. Pening nak menggayakan huruf semua ni dan jadikan macam bentuk bulat dengan huruf yang ada simbol lagi tu. Fikir punya fikir, dapatlah 2 draft. Alhamdulillah salah satu draft aprroved. Nampak simple tapi nak memikirkannya mereput depan meja.

Tempahan Logo "Cantik Persis Celebriti"
Terima kasih order. Harap-harap berpuas hati dengan hasil kerja dari Azhafizah Network.

8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.