Musim Hujan Musim Banjir di Johor

Wednesday, January 25, 2017

Hari ni cuaca nampak elok tak hujan lagi selepas 2 hari hujan tanpa henti. Kejap panas dan kejap mendung. Bila mendung tu agak risau kalau hujan kembali lebat. Kalau terus hujan berkemungkinan akan terjadinya banjir. Scroll² facebook ramai kawan-kawan update tentang keadaan segamat yang dah mula banjir. Tempat lain di Tangkak pun dah mula banjir juga. Setelah banjir di pantai timur, banjir menyerang selatan di johor pula. 

Kredit foto : Komuniti Segamat

Disebabkan hari ni tak hujan, air dah mula surut. Alhamdulillah.. Sejak dua hari hujan tak berhenti ni air banjir naik tak berhenti dan ramai mangsa banjir dah mula berpindah di penempatan perpindahan. Ada juga yang tersekat tak boleh kemana sebab jalan utama tutup disebabkan banjir teruk. Beberapa sekolah pun terpaksa ditutup. Semoga banjir semakin surut hendaknya dan semoga mangsa banjir tabah hadapi ujian ini. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Musim banjir keselamatan perlu di utamakan. Jangan seronok sangat main air banjir. Kesihatan juga perlu dijaga dan jangan putus berdoa. 

DOA AGAR HUJAN REDA
اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اَللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظَّرَابِ وَبُطُوْنِ الْأَوْدِئَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Allahumma hawaalaynaa walaa ‘alaynaa allahumma ‘alaal aakaami wazh-zhoroobi wa buthuunil awdi-ati wa manaabitisy-syajari
“Ya Allah hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya Allah berilah hujan ke daratan tinggi, anak-anak bukit, perut-perut lembah, dan tanah-tanah yang menumbuhkan pepohonan.”
(Doa ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
DOA MOHON BANJIR TIDAK BERLARUTAN
“Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.” -Surah Hud ayat 44-
Perkongsian dari Whatsapp Group

Laporan Banjir 25 Januari 2017

Jalan utama TANGKAK - SEGAMAT : ok 
Jalan Utama GEMAS - SEGAMAT : ok
Jalan Utama AYER HITAM - SEGAMAT : ok
Jalan Utama KUANTAN - SEGAMAT : ok
Jambatan 1 SEGAMAT - Masih TUTUP
Jambatan KENAWAR - Kenderaan BERAT sahaja yang terhalang hanya di Jambatan 1 segamat ditutup sementara utk keselamatan dan di Kenawar sahaja. Selagi Jambatan 1 SEGAMAT dan Jambatan KENAWAR tak boleh lalu. Yang nak ke selatan memang tak lepas.
Yang dari KL, sila EXIT Tol Tangkak dan masuk ke Simpang Gerai Buah di KEBUN BARU untuk ke Bukit Kepong - LABIS

Kesimpulannya :
Tunggu Kenawar Surut & Jambatan 1 dibuka semula... 

Jalan-jalan yang ditutup

FT001. Seksyen 186.7- Jambatan Pertama Segamat ( ditutup kepada semua jenis kenderaan )
J217.Seksyen 0.0 - 0.2 - Jalan Laksamana
J156 - Jalan Jabi ke Bukit Tempurung
FT1386- Jalan Utama Felda Pemanis
FT1384. Seksyen 4 - Jalan Felda Medoi
FT 1383 - Felda Kemelah ( dibuka pada kenderaan berat shj )
FT 1385. Seksyen 3.5 - Felda Redong
J154. Seksyen 6 hingga 10 - Jalan Tunku 3
J44 - Jalan Kampung Kwong Sai
J38. Seksyen 0.0 hingga 0.6 - Jalan Meryani ( dibuka pada kenderaan berat sahaja )
JalanJ246 - Ke Genuang Baru dari AJIYA
J246 -Jalan Ke Kg Melayu Raya dari Jalan Genuang .... Jalan Alternatif ke Kg Melayu Jalan Kolej TAR- Pogoh Estet
J37 - Jalan Kampung Melayu Raya
Jalan Jambatan ke tiga ke Kipmart dari Jalan Hassan
FT001. Seksyen 185 - Jalan Genuang ( Berhampiran Medan Selera Kenawar )
J216.Seksyen 1.55 - Jalan Hassan

5 comments

  1. Moga2 takde la banjir besar tahun ni..harap2 hujan biasa2 jer..

    ReplyDelete
  2. moga banjir tidak berterusanlah hendaknya kan..

    ReplyDelete
  3. semoga semua yang terlibat tabah hadapinya lebih-lebih lagi pada mangsa yang mengalaminya. berat mata memandang takkan sama dengan bahu yang memikul.

    ReplyDelete
  4. Allahu smoga dalam lindungan Allah swt slalu, insyallah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.