Responsive Ad Slot

Slider

Berani Atau Tidak Naik Buaian di Bukit Bulu Batu Flower Garden

Terbaru ni, Fiza nampak ada buaian di Bukit Bulu Batu Flower Garden, Batu Malang Indonesia. Mak aihh... nampak menarik tapi seram nak naik.
Dalam keberanian seseorang ada takutnya juga. Contohnya takut berada di tempat tinggi. Dalam erti kata lain "gayat". Terkadang tu memang gayat kalau berada di tempat tinggi. Macam Fiza kalau berada di puncak gunung yang luas kawasannya takde lah Fiza gayat sangat tapi kalau berada di puncak gunung yang mempunyai keluasan yang betul-betul limited tu memang Fiza kecut perut lah.

Selain memanjat gunung dan mencabar diri untuk berada di puncak gunung, ada pelbagai aktiviti yang lain yang lebih mencabar untuk mengatasi rasa gayat tu. Contohnya macam paragliding, parasailing, flying fox activity, zipline, melalui jambatan gantung dan sebagainya. Semua aktiviti tu Fiza belum cuba tapi teringin sangat nak mencuba aktiviti mencabar yang tinggi-tinggi macam tu. Terbaru ni, Fiza nampak ada buaian di Bukit Bulu Batu Flower Garden, Batu Malang Indonesia. Mak aihh... nampak menarik tapi seram nak naik.

Teringin nak naik tapi cukup berani ke nak mencuba buaian sebegini tinggi. Kalau naik pun, Sekali hayun je Fiza mampu bertahan.

Kredit foto : google

Kredit foto : google
Rupanya macam ni keadaanya. Ada platform. Nak gambar nampak cantik kena ambil masa buaian berhayun lah kan. Kalau macam ni, berani sikitlah nak naik. Ke?

Kredit foto : Juleebrarian
Bukit Bulu Batu Flower Garden berlokasi di Batu Malang merupakan salah satu tempat menarik terbaru yang baru dirasmikan pada bulan Disember 2016. Keunikankannya adalah spot selfie berbentuk love dengan latar belakang pemandangan alam semulajadi yang sangat menarik dan dapat menikmati pemandangan pegunungan yang terhampar di sekitar kawasan Coban Rais. Terdapat bukit bunga, hammock, rumah pohon, dan buaian.- Kredit : wisatalova
Kredit foto : google
Kalau bercadang nak bercuti ke Indonesia, sila luangkan masa untuk singgah di sini. Untuk honeymoon sangat sesuai ni kan.
13
( Hide )
  1. pandai diorang buat bisnes..taulah orang sekarang suka bergambar..kalau Sy, tak beranilah. Mesti tutup mata, dah tu buruk lah gambar..Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylah tu kak..perbanyakkan tempat menarik orang kata :)

      Delete
  2. perghhh bestnya walau nampak gayat je nak naik. kalau akak gayat jugak tapi suka cabar diri, rasa cam satu kepuasan bila berjaya buat!

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaaaa view 😍 kalau siqah, teringin juga nak naik buaian kat situ. Menarik dan lain drpd lain. Pandai dorang buat kelainan :)

    ReplyDelete
  4. Baru tengok PC dah menjerit..kalau naik mahu keras..ke terkucil..alahai...tapi yang love tu cantik la Fiza..

    ReplyDelete
  5. i might pitam dulu sebelum sampai atas buai tu hahah. ecah singgah sini hehe

    ReplyDelete
  6. seram ... risaU tercampak kebelakang .. tp klu amik gambar view cantik gile

    ReplyDelete
  7. seram je tgk..kalau jatuh ke belakang camne tu..huhu

    ReplyDelete
  8. eeer..gayat la. tapi view belakang tu cantik sangat2

    ReplyDelete
  9. haha.. x berani la kak.. tinggi nauuu. bermain dengan nyawa pulak tu.. tp serius cantik.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu