Tempahan Design Watermark Alyali Noor

Saturday, January 07, 2017


Awal tahun ni banyak juga tempahan design yang Fiza terima. Mana yang Fiza tak dapat buat tu maaflah ye. Buat mana termampu dengan masa yang ada. Takut nanti tertunggu lama menunggu giliran tu. Tahun ni target ambil tempahan mana yang mampu buat je dan tempahan dari mereka yang boleh sabar, tak banyak karenah dan faham dengan tugas graphic designer. Design bukan barangan yang order boleh terus dapat.

Tapi kekadang kalau idea tu sampai dan banyak masa free memang cepat siap. Bergantung pada masa dan idea yang datang. Gitulah kaedahnya. Ada juga dapat beberapa tempahan watermark. Salah satunya tempahan watermark dari Alyali Noor ni. Nak ada love katanya. Idea yang terlintas dalam fikiran Fiza macam ni lah style nya. Simple dan nampak fancy. Selain tambah love kat huruf i tu, Fiza tambahkan crown untuk symbol ratu tu. So far terus approved. yeay!

Tempahan Design Watermark Alyali Noor

Untuk watermark simple macam ni Fiza akan berikan empat jenis iaitu hitam, hitam opacity 60%, putih dan putih opacity 60%. Bila dah ada pelbagai warna ni boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis background. Kira berbaloi dapat empat bayar satu harga je kan. 

Terima kasih Alyali Noor!

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.