Petua Simpan Serai Tahan Lama

Nak share Petua Simpan Serai Tahan Lama pulak. Bila dah kahwin kenalah tahu petua lama lama dalam hal dapur ni nampaknya. Kalau ada yang dah tahu baguslah tapi kalau yang belum tahu meh sini Fiza nak bagitau.

Petua Simpan Serai Tahan Lama
Credit Image : google

Memandangkan ada kampung dan selalunya bekalan serai memang ambil dari kampung bila balik kampung tu. Sekali balik memang ambil banyak untuk tahan sebulan. Kalau beli kat kedai 3 batang je dah RM1.00. Tak berbaloi je rasanya kan. So kalau kat kampung ambil sekali banyak.

Bila dah banyak tu bukanlah nak kena masak hari hari letak serai je kan. Jemu pulak kita. So untuk tahan lama bolehlah simpan dalam peti ais sejuk beku yang kat atas tempat simpan ayam/daging tu. Ini mak Fiza yang bagitau, petua dari Mak lang Fiza katanya.


Petua Simpan Serai Tahan Lama
Credit Image : google

Apa mak cakap tu memang Fiza buatlah dan memang tahan lama. Masih lagi elok dan macam baru je lagi sebabnya dia hanya beku kan tapi dia tak kering atau mengecut. Kalau simpan kat luar atau kat peti ais bawah tu dia akan kering mengecut. Kalau tak percaya silalah cuba.

Kalau nak beli serai banyak sekali pun takpe untuk simpan senang bila masak je dah ada kan.

Atau ada petua lain?

24 comments:

  1. terima kasih share petua ni
    memang betul, kalau simpan kat bawah kering kecut gitu
    nanti nak try petua ni fiza :)

    ReplyDelete
  2. ok thankf for this information, serai selalu kecut lepas seminggu letak dkt bahagian bawah peti ais...

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info :)
    Selalu sy rendam dlm air, letak tepi tingkap. Sampai dah naik akar baru guna. Hehe.. Leh guna petua ni lak.

    ReplyDelete
  4. great anum gunakan petua satu lagi iaitu simpan dalam plastic dan letak je dalam tempat sayur 2 week bleh tahan

    ReplyDelete
  5. terima kasih, sy selalu ada problem serai jadi kecut dalam peti ais..boleh cuba petua ni...:)

    ReplyDelete
  6. wow stock serai banyaknye.. hihi jarang masak and dalam fridge selalunya ada telur aja.
    btw nice sharing.. manelah tahu nanti beli serai tau dah nak simpan macam mana >.<

    ReplyDelete
  7. terima kasih fiza kerana sharing... ramai juga yang ada masalah serupa yer... :D

    ReplyDelete
  8. kenapalah awal-awal tak pernah terfikir nak letak kat peti beku...tq azhafizah ya....mahal post ni.

    ReplyDelete
  9. baru tahu, lepas ini boleh beli bebanyak simpan dalam peti ais.. :)

    ReplyDelete
  10. yeahh..tq fiza..mmg serai kt umah akak slalu sgt mengecut..lenkali nk letak kt belah atas..tq3

    ReplyDelete
  11. baru tau.. selama ni simpan kat fridge bawah je..

    ReplyDelete
  12. oooh mcm tu...mujur serai tanam sendiri je.... :P

    ReplyDelete
  13. yelah..bila dah lama sangat kat dalam peti ais pun dia boleh mengecut.

    ReplyDelete
  14. ohooo...mcm tu plak eh....ada yang bg tau bungkus dalam suratkhabar then simpan dalam peti ais...boleh cuba jugak ni...

    ReplyDelete
  15. Rumah banyak tanam serai..ambil yg fresh je bila nak guna

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.