Kurus Dengan Atkins Diet

Kurus Dengan Diet Atkins | Siapalah yang tak nak kurus kan. Kalau boleh nak maintain kurus dan miliki bentuk badan yang ideal. Bukan ape, senang nak membeli baju yang standard size dan mudah untuk melakukan sebarang pergerakan. Kalau badan berisi ni susah nak bergerak dan buat kerja mesti cepat letih.

Kata orang kalau diet ni kenalah berdisiplin. Kalau tak, tak gunalah berdiet macamana pun. Pernah dengar Atkins Diet?


Apakah Atkins Diet

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Cara Atkins Diet

Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan korang akan mula menyusut.

Peringkat Atkins Diet

Mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Wahh..nampak seronok dengar :)

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin kalau nak mencapai tubuh langsing yang di impikan. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah korang lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu sekurang kurangnya dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan . Yang pasti, lagi berat badan seseorang atau lagi susah untuk menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lamalah tempoh induction ni.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Ongoing Weight Loss memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya korang tahu had toleransi karbohidrat anda.



Kebaikan Atkins Diet

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan seseorang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Pantang larang ketika Berdiet Atkins

Kepada pencinta kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan pengambilan jenis minuman ini, tapi jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Tips Penting!
Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Kepada sesiapa yang suka untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Dari pengalaman, saya pernah melakukan Atkins Diet Selama 2minggu sebelum bertunang dulu tahun lepas. Terbukti memang berkesan.Turun jugaklah beberapa kilogram. Kenapa tak teruskan sekarang? Sebab tak berdisiplin tentang bab makan..hehe


12 comments:

  1. sebenarnya bagus atkisn diet ni tp utk jangka ms panjang tak bagus diamalkan kerana akn mengundang lebih protein dlm badan. Pengamal atkins diet kena pandai seimbangkan antara bahan protein dan sayuran. Itu pendapat akak shj yer ;)

    ReplyDelete
  2. teringin nak cuba..tapi tak tau nak disiplin..huhu..nak diet nasi pun kdang2 gagal..hehe..

    ReplyDelete
  3. saya tengah buat diet ni,hehe. bagi saya atkins ni cara terbaik untuk body saya. tapi tiap orang lain2 kan.

    ReplyDelete
  4. Kakak salute mereka yg cekal dgn DA ni Fiza sebab kakak jenis susah nak tinggalkan nasi. Kalau boleh agaknya lama dah kakak kurus:)

    ReplyDelete
  5. INDUCTION 2 MINGGU TU BOLEH TAHAN SEKSANYA YE..

    ReplyDelete
  6. Azwar ni mula2 je semangat nak kurus, lepas tu hangat2 tahi ayam..hahaah.. xD

    ReplyDelete
  7. Akak ngah diet skang tp ikut cara sndri aje fiza

    ReplyDelete
  8. nak try tapi pening dan tak tahu nak mula dari mana, boleh share apa2 yang bermanfaat tak?

    ReplyDelete
  9. dulu uyul pernah buat diet atkin, tapi kecundang hahahaha. tak turun berat badan pn

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.