Bahan Bacaan Yang Terbaik

Thursday, April 10, 2014

Bahan Bacaan Yang Terbaik | Bahan Bacaan dah semakin banyak nampaknya di rak buku Fiza ni. Dalam kesibukan perlu juga sebenarnya kita membaca buku bukan sahaja baca melalui internet. Masa santai sesuai sangat baca buku sesambil minum petang tu kan. Hadap lappy, gadget kadang² kita tak focus pada satu. Ada je benda lain yang kita baca.

Buku adalah bahan bacaan terbaik. So melalui sesuatu buku, kita focus pada yang satu. Kadang² pembacaan dari internet buat kita confused tentang sesuatu fakta walaupun penggunaannya meluas. So bahan bacaan (buku) tu sangat berguna dan terapkan minat membaca di peringkat awal kanak².

Antara koleksi bahan bacaan kat rumah. Al Quran, hantaran masa nikah dari suami dengan terjemahan sekali. Lebih mudah faham bila baca. Al Quran perlu ada dan bukan sekadar hiasan. Al Quran adalah sumber bacaan dan rujukan terbaik untuk kita umat Islam. Jadikan amalan membaca Al Quran Setiap hari. 

Ada buku² ilmiah koleksi doa, solat² sunat dan juga bahan ilmiah lain. Terselit jugak novel dan komik Fiza dan husband. eh, terselit juga Novel " Bukan Kerana Aku Tak Cinta" tu. Novel pertama dan terakhir bahasa melayu dalam koleksi Fiza kot.


Untuk kanak² pilihlah bacaan yang sesuai sebab beberapa bulan lepas ada terjadi isu tentang buku kanak² yang telah diterbitkan tanpa memikirkan isu sensitif agama dan juga tidak sesuai untuk kanak².Contoh macam di bawah.
Credit Image : Sinarharian
Kalau nak membeli buku untuk anak² kene check setiap helaian sebelum membeli supaya tiada kekeliruan dan tiada info yang tak sepatutnya untuk kanak² yang  baru mula nak belajar.

Kalau ulat buku, jadi ulat internet jugak tak? Ke memang tak membaca melalui internet? Sebab Fiza rasa kebanyakannya lebih suka membaca melalui internet..Gadget mesti ada kat tangan tak kira masa. Betul tak? Atau istilah ulat buku dah dilupakan...

10 comments

  1. Pepagi mmg sy hadap Quran dan buku... Lepas tu bru ngdap blog pula...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fiza, risau gak masa tengok gambar bacaan kanak2 ada gambar camtu. rosak akidah budak2. adehh. kena berhati2 dalam membeli bahan bacaan ni. singgah menabung sini~~~

    ReplyDelete
  3. wahh, cantik rak buku fizah..
    akk setuju sgt sbb kdg2 mereka ni suka explotasi minda kanak2.. so parents kena sntiasa pantau bahan bacaan sebelum beli..

    ReplyDelete
  4. Bila baca buku compares to baca melalui gadget@ di internet, kepuasannya lain. Kita pun lebih relaks,..

    ReplyDelete
  5. zaman skrg antara medium yg cepat utk baca berita adalah internet..
    tp kadang berita2 internet ni x sohih.. gggrrr

    ReplyDelete
  6. tak boleh mesti membaca buku juga dan akhbar...on line tak sesuai untuk pembacaan tempoh lama..mata kena jaga..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.