Resepi Cucur Bilis dan Sayur

Wednesday, April 02, 2014


Resepi Cucur Bilis dan Sayur salah satu resepi paling mudah untuk disediakan bila bila masa. Nak minum petang ni bolehlah sediakan cucur bilis dan sayur ni. Ditambah pulak sayur memang sesuai untuk anak² kan. Ala setakat cucur apa ada hal kan. Senang sangat.

Fiza ni jenis suka sayur, memang suka kalau letak sayur dalam cucur. Kadang² main letak je ape nak letak.Janji rasa sedap.

Bahan- bahan

  • Tepung gandum [ ikut banyak mana nak buat ye]
  • air masak secukupnya
  • 1 sudu camca garam
  • Ikan bilis diracik kecil
  • Bawang di potong dadu
  • sayur kacang panjang dipotong halus
  • carrot dimayang halus
  • sebiji telur
  • Minyak masak

Cara-cara

  • Masukkan tepung ke dalam bekas.
  • Kemudian masukkan satu sudu camca garam, telur dan air.Kacau rata
  • Masukkan ikan bilis ,bawang, carrot dan kacang.
  • Setelah adunan sebati.Panaskan minyak dan goreng sehingga warna kekuningan.Sedia untuk dihidang. 

Nak lagi sedap boleh letak daun sup ke. Bagi tak suka sayur letak bawang dan bilis pun dah jadi cucur bilis.Dah siap cucur, cicah pulak dengan sos cili. bagi kanak² tak makan pedas cicah mayonese pun sedap.Okay selamat mencuba.Saja share resepi simple ni takpun bagi idea untuk minum petang ni pun boleh :)

8 comments

  1. sedapnya makan cucur panas2 masa hujan cenggini :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan cucur panas2 masa hujan cenggini :)

    ReplyDelete
  3. fiza.. akak suka kalau cucur letak kentang & udang.. cicah dgn sos cili lingam.. sedapppp x caya cuba try ;-)

    cucur sayur mcm ni pn sdp jg bg penggemar sayur mcm Fiza ;-)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Fizah...wahh...nampak sedap,simple lagi nak buat...

    ReplyDelete
  5. mak aih macam meriah je.ni kalau kat kedai ni mau rege sebiji singgit ni :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.