Tips Menutup Aurat

Friday, April 11, 2014

Tips Menutup Aurat | Sebagai seorang perempuan diWAJIBkan menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher dan juga telinga. Termasuklah memakai pakaian yang longgar, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.

Bukanlah menutup aurat bila sampai seru. Biasalah manusia memang tak silap melakukan kesalahan. Apakata mulakan dari sekarang. Kalau tak sampai bila terus dah begitu kan. Setiap orang ada kesalahan masing² dulunya. Sebelum menyesal baik berubah untuk diri sendiri jugak. Bukanlah nak tunggu ada title ustazah baru boleh nasihat orang lain kan. Apa yang baik disampaikan.

Untuk membantu kaum sendiri mendapat pahala dan menunaikan yang wajib jugak. Janganlah kaum lain menghina kita, nama je Islam tapi penampilan tak macam seorang Islam pulak. Untuk mendidik anak² pulak tentang menutup aurat ni, terutama para ibu perlu menunjukkan contoh pemakaian yang baik. Bila anak dah besar, pakaian emaknya sexy pulak. Mesti anaknya malu kan. Jangan pulak salahkan emak sebab ajar anak pakai sexy sedangkan anak pun dah belajar kat sekolah. Boleh tahu mana baik dan buruk.

Orang kata iman tak dapat diwarisi. Itu betul. Kalau mak dah salah, anaknya jangan pulak teruskan kesalahan mak. Betulkan apa yang telah dipelajari. Kalau tak sia²lah belajar agama kan kalau tak dipratikkan. Salah satu yang wajib yang dituntut islam adalah menutup aurat. Tips menutup aurat, boleh baca bawah ni.

Tips Menutup Aurat

1. Tahu
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. Sedar
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. Syiar
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. Fungsi Cermin
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. Asingkan
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. Malu
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Sahabat
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. Ekslusif
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. Banyak Manfaat
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]

Harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Maaf jika ada yang terasa hati. Alhamdulillah sejuk mata memandang bila ramai wanita dah berhijab tapi ada juga sesetengahnya kurang faham tentang menutup aurat dengan sempurna. Mohon kaum wanita tidak menjadikan 'legging' sebagai seluar untuk keluar rumah dan bertudung.

Fiza juga ada silapnya. Belajar dari kesilapan dan memperbaiki menjadi lebih sempurna. Bukan terus buat silap.

Psst..Jangan jadikan berhijab itu adalah fesyen ye. Pilih tudung yang betul menepati ciri menutup aurat bukan kerana fesyen, brand atau mahalnya tudung itu.

Notapink : Memang kubur lain² tapi tak salah nak nasihat kan? Terpulanglah nak dengar atau tidak. Insan prihatin mestilah 'sharing is caring'.

credit: harianislam

12 comments

  1. setuju..timm skng stat mula2 dr tudung x diselempngkan..itu je yg trmmpu..i'allah..akn diistiqamah lgi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Sharing is Caring...
    Semoga kita sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri demi menjadi seseorang yang di hormati & terpelihara imannya...amin

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam jumaat fiza, thanks for this great piece of reminder...

    ReplyDelete
  4. Insya Allah, sentiasa melakukan perubahan sedikit demi-sikit..

    ReplyDelete
  5. salam ada kekosongan utk agen dropship lagi tak? kalu ada sy berminat

    ReplyDelete
  6. menutup aurat dgn sempurna adalah permulaan yg baik utk berubah.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.