Kebaikan dan Keburukan Pengambilan Kopi

Wednesday, April 09, 2014

Kebaikan dan Keburukan Pengambilan Kopi | Bagi pencinta kopi memang susah nak tinggalkan habit minum kopi. Kalau boleh sehari 2 3 cawan kopi pun takpe. Tapi harus di ingat, pengambilan kopi ada baik dan buruknya.

Seperti yang kita tahu kopi mengandungi kafein. 75% kafein datangnya dari kopi. Kafein ini bukanlah nutrien macam vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di ketegorikan sebagai ketagihan. Kebaikan dan keburukan pengambilan bergantung pada berapa banyak pengambilannya sehari.

KUANTITI KAFEIN YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN.
Kalau setiap hari paling kurang minum kopi dalam 3 4 cawan macam tu sehari. Lebih kurang 300mg kafein yang telah diserap dalam badan dan jumlah ini tidak memudaratkan. Badan akan menyingkirkan 20% per jam Dos yang membunuh kafein adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100 cawan kopi dalam masa 4 jam. Jumlah kafein juga bergantung kepada cara penyediaan air kopi. So, tak mungkin setiap kopi adalah sama. Berbeza kopi mamak,starbucks, old town dan sebagainya.

Infographic PROS AND CONS OF COFFEE CONSUMPTION


Berdasarkan kajian :
  • Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
  • Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit parkinson, 25% kurang risiko barah usus dan 80% kurang risiko kerosakan hati. 
  • Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, merangsang aktiviti otot dan meningkatkan keupayaan seseorang atlet.
  • Kajian di Brazil menunjukkan bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan,lebih aktif serta mudah menerima pelajaran.
Antara kesan buruk minum kopi secara berlebihan pula ialah rasa berdebar-debar, menggigil/ketar tangan, meningkatkan paras kolestrol, gangguan tidur dan tulang cepat reput.

Ini info penting bagi sesetengah wanita, kafien tidak akan mempengaruhi kesuburan akan TETAPI bagi wanita yang agak sukar hamil, di nasihatkan berhenti pengambilan kafien. Kafien akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri dan seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu, kafien boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan menjejaskan pertumbuhn sel-selnya.

Kajian di Denmark pula mendapati pengambilan kopi yang tinggi sebanyak 8 cawan akan meningkatkan risiko kematian bayi dalam rahim sebanyak 2 kali berbanding wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.

Bagi pencinta kopi macam Fiza ni memang susah nak tinggalkan kopi. Itu dululah..sekarang ni sesekali kalau teringin je baru minum. Kekadang confused, bagus ke tidak kopi ni. Tapi bila dah tahu sikit² memang ada baik dan buruk. So memang bergantung pada cara pengambilan dan penyediaan.

Bagi wanita mengandung dan sukar hamil tetapi ingin hamil, tinggalkan kopi okay. 


14 comments

  1. every pros has it cons... akak masa preggy langsung stop starbucks, San Fran and CB... bha ha ha... kekonon jagalah tu... tapi now dah start balik... cumanya Starbucks dah payah nak dapat kat office ni... outlet dah tutup dan ganti dengan Gloria Jeans pulak... anyway great piece of info and sharing fiza...

    ReplyDelete
  2. sebab tu sekarang nie akak gantikan dengan mineral coffee..selain dari boleh menikmati kopi dpat jugak khasiat dari coffee nie..
    thanks sharing fiza..

    ReplyDelete
  3. kite minum kopi tp x minum nescafee.. huhu migrain :(

    ReplyDelete
  4. kopi sedap tp pregy ni kena kurangkan minum..tkt HB rendah kan

    ReplyDelete
  5. Sy mmg suka minum kopi tapi seminggu atau dua minggu sekali je.. Sesekali ku teringin...

    ReplyDelete
  6. Zai minum jgk kopi..tp xla slalu. Bila terasa nk minum bru buat. Tp slalunya teh o je

    ReplyDelete
  7. salam...
    dah baca mengenai fakta kopi ini...

    tapi...ada fakta yg sejak setahun dua tahun ini saya diri saya terpaksa menolak adalah
    MENYUKARKAN tido malam...

    mungkin faktor umur, keletihan yang menyebabkan kopi langsung tak beri apa-apa effect terhadap rasa mengantuk saya...
    mungkin juga kawalan minda...saya minumlah apa jua jenis kopi
    klau saya kata nak tido...tetap akan tido...
    begitu juga time drive...elok saya berhenti dan tido dulu...

    ReplyDelete
  8. ecah tgk org korea/western selalu minum coffee.. mmg bersepah cafe kat sana -.-'' ecah layan kekadang je

    ReplyDelete
  9. yup, akk dulu tak suka coffee.. tp sejak minum Kopi Garam Buluh ni, terus jadi suka..

    ReplyDelete
  10. im not coffee addicted. kalau kat opis pn minum pagi je utk bfast..
    dgn info ni dpt jg akak tau serba sikit input dan output ttg coffee..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.