Resepi Ketam Masak Cili Api

Tuesday, April 08, 2014

Resepi Ketam Masak Cili Api ikut cara orang Johor memang mudah sangat. Saja up entry lauk ni, so boleh bagi idea untuk para² ibu memasak untuk lunch nanti kan. Masak lemak ketam cili api ni kena pedas dan kuah kena pekat baru sedap makan bertambah gitu.

Makan ketam ni lamalah dok kat meja makan tu kan nak makan ketam bukan mudah lagi² kalau gigi tak kuat. Jangan risau. Ada caranya. Sebelum masak tu masa bersihkan ketam, ketuk² dulu bahagian ketam yang keras macam ketip tu dengan anak lesung batu . Ketuk jangan sampai hancur pulak. Ketuk sikit bagi senang nak makan nanti. Tak perlu nak guna gigi sangat nanti bila makan.



Cara masak mudah dan bahan pun simple sangat. Ini Fiza masak untuk hidangan 2 orang ye.

Bahan-bahan

Ketam 
Santan 1 kotak/ santan asli sebiji kelapa
Cili api [nak pedas letak banyak sikit]
garam
2 batang serai yang dititik
Kunyit hidup [sebesar ibu jari]
Air

Cara-cara

1. Bersihkan ketam dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan dan sedikit air
3. Blend cili api dan kunyit 
4. Masukkan bahan blend ke dalam periuk ketam dan masukkan serai.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Bila semua bahan dan masuk dalam periuk cuma perlu masak di atas dapur sehingga masak.

Tak perlu menumis pun. Kalau tak nak pecah minyak, masak dengan api yang perlahan atau kalau rajin, boleh kacau kuah sentiasa dengan gunakan api besar sikit. Ini cara orang Johor masak. Tempat lain mungkin berbeza ikut cara masing². Nak mencuba resepi mudah ni, silakan. Boleh di applikasikan untuk menu ayam, ikan dan ape jenis bahan untuk masak lemak cili api. Cepat dan mudah :)

Mudah je memasak.Yang penting kena rajin, barulah jadi pandai masak.

17 comments

  1. sedapppp..tapi jarang beli ketam sebab kat rumah sy sorang jer yg makan..suami tak makan..kadang kalau dah teringin sangat beli sekor dua jer buat masak lemak cili api..huishhh..

    ReplyDelete
  2. Terliur la pulak tgk ketam tu..
    Sedapnyerr makan ngan nasi ...
    Alahai kalau dekat dah lamadah p tadah pinggan buat muker sposen hahahaaaaa

    ReplyDelete
  3. Kalau masak lemak ketam kak Zie suka campur dengan nenas bertambah manis hehehe....

    ReplyDelete
  4. salam. uhuk terliur tengok gambar tu :D
    btw menabung libresse :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya Fiza Oi...akak masak kari ikan(lagi) hari ni..hahhah

    ReplyDelete
  6. fuh! kena cari ketam gak minggu ni!

    ReplyDelete
  7. drooling sgt fiza.. leleh2 air liur akak baca recipe fiza tu
    trus trbayang esok nak masak masak lomak cili api.. tp den suko masak lomak ayam..
    slurppppp dapnyaaaa ;-)

    ReplyDelete
  8. sedapnya makan ngan nasi putih panas panas ..*drooling

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.