Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Thursday, April 10, 2014

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh | Bangun pagi dan mandi se awal pagi adalah salah satu perkara terbaik yang perlu di lakukan. Kebanyakan di kalangan kita susah untuk bangun pagi seawal yang mungkin kecuali perlu bangun pagi kerana terpaksa.

Setiap permasalahan ada penyelesaiannya kan? Masalah ini disebabkan mind set kita atau juga habit suka tidur lewat serta ada penyakit 'M' membuatkan lagi susah untuk bangun awal dan menunaikan solat subuh di awal waktu.

Walaupun Fiza ni bukan berkerjaya tapi kerjaya 'fulltime housewife' ni perlu bangun awal setiap hari untuk siapkan persiapan suami untuk pergi kerja. Kalau seorang ibu, lagilah kena bangun awal untuk siapkan suami kerja dan anak ke sekolah. Kalau yang berkerjaya pulak lagi bagus awal untuk elakkan kelewatan ke tempatan kerja. Dapat elakkan jammed dan kelam kabut kalau terlewat.

So tiada masalah untuk bangun awal. Sebaiknya sebelum subuh. Kalau dah bangun awal, kena mandi awal  juga. Mandi awal pagi sebelum solat subuh merupakan amalan Rasulullah SAW.


Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

  • Melancarkan peredaran darah : Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.Apabila peredaran darah lancar, badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Pelbagai aktiviti harian dapat dilakukan tanpa rasa letih. Antara perkara lain yang boleh dilakukan bagi melancarkan peredaran darah ialah dengan bersujud sekurang-kurangnya seminit selepas solat subuh boleh mengatasi masalah pening atau migrain.
  • Kulit lebih lembut dan halus : Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.So boleh elakkan dari mandi air panas dari water heater untuk dapatkan kulit yang lembut dan halus.
  • Meningkatkan kesuburan : Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
  • Mengurangkan risiko darah tinggi : Jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga. InshaAllah berhasil.
  • Mengurangkan tekanan serta tenang : Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
  • Meningkatkan sel darah putih : Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.
Nampak tak betapa bagusnya mandi awal pagi sebelum subuh ni. So esok dan seterusnya ikutlah amalan Rasullulah SAW setiap hari. Jadikan amalan ini dengan mudah.

Credit info : harianislam.com

11 comments

  1. memang orang dlu2 sruh kita mandi sebelum subuh kalau nak badan sihat...

    ReplyDelete
  2. setiap hari memang mandi sebelum subuh fiza... tapi memang betul pun apa yang dikupas tu... banyak kelebihan dan kebaikkan mandi sebelum subuh ni...

    ReplyDelete
  3. PATUT LA ARWAH ABAH SELALU AMALKAN

    ReplyDelete
  4. mmg banyak manafaat nya mandi watu subuh ni..nak lagi efektif, kena ajar anak-anak kita sejak dari kecil lagi.. nnt dah besar xde la liat nak bangun subuh.. ^_^

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...tiap2 pagi mandi before subuh.. sebab sblm subuh dah gerak ke opis.. huhu.. subuh pun kat opis je..

    ReplyDelete
  6. nenek ecah selalu amalkan tabiat ni. patutlah masih kuat even umur dah 80 tahun.Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  7. Kakak rasa kalau dah nama ibu/isteri biasalah mandi mestilah sebelum subuh. Tak kan nak solat subuh tak mandi dulu betul tak?

    ReplyDelete
  8. Dulu ssh gak, tapi bila dh start rasa best plak..

    ReplyDelete
  9. setiap amalan kita tu ada hikmah disebaliknya kan..

    ReplyDelete
  10. satu lagi.. mandi awal jg boleh mengelakkan dari sifat malas.. kalau x mandi rasa lemau je badan hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.