Petua Menghalau Burung Layang-Layang

Saturday, April 26, 2014

Ada yang tahu petua menghalau burung layang-layang tak? Lately tetiba pulak burung ni buat sarang kat atas ceiling kat luar rumah ni. Dah halau pun still datang. Punyalah kuat melekat air liur dia kat dinding tu lepas halau, terus bersihkan tempat tu takut dia datang lagi sampai terhakis cat tu husband bersihkan.

Dah sembur jugak dengan shieldtox kat tempat tu bagi dia rasa bau tak selesa sampai berbekas dinding dengan harapan dia tak kan datang lagi. Tak jugak berhasil. Masih lagi datang. Phew~ Letih betul nak membasuh tahu burung yang jatuh kat lantai tu. 

Kemain seronok lagi dorang berduaan ye. Ni baru nak start buat sarang. Dah angkut segala rerumput kering tu. Tak lama lagi bersarang lah dia. Oh No! Weekend ni misi membuat apa yang patut. Dah google tapi tak membantu jugak. Korang ada petua menghalau burung layang layang tak? Meh la share. Kot berhasil ke kan.


Bila siang dia kejap ada kejap takde, tapi masih bawak rerumput kering.

Bila malam projek buat sarang pulak dah. 

Bila pagi, projek Fiza mencuci pulak. Buat tambah kerja pulak dah. Burung oh burung..Pergilah bersarang ditempat lain yang lebih sesuai...

14 comments

  1. Kesiannya,,, semoga cpat2 jumpa cara nk hilgkn dorg. :)

    ReplyDelete
  2. ce try bakar... sebab rasanya ayah pernah buat hahaha...

    ReplyDelete
  3. tak pernah la pulak ada burung layang2 buat sarang atas rumah ni,herm. tapi tak tahulahkan sebab tak pernah cek,good luck akak dalam usaha tu,hehe. salam sabtu :D

    ReplyDelete
  4. Dia boleh berpiknik pulak ye kt situ.mesti ada jln penyelesaiannya tu nanti fiza.

    ReplyDelete
  5. wah,, dapat kerja tambahan la plak kan

    ReplyDelete
  6. Ehehehe orang ramai cari air liur burung layang-layan ni. Akak free-free dah dapat ^^" InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan akak. :))

    ReplyDelete
  7. Org tua dulu2 ckp, klu ada burung bsarang drumah.. Tuan tanah murah rezeki. Tp wallahualam.. Mungkin mitos. Tentu penat mbersihkan setiap kali burung tu buang najis.. Kesian sis.

    ReplyDelete
  8. adoyyy..dah tak menyempat nak cari tempat lain dah kot..
    sabo jelaa..:p

    ReplyDelete
  9. Pnh juga hdpi masa prktikal dulu.. Kt umah sewa..setiap mggu basuh tahi burung aje...

    ReplyDelete
  10. peliknya buat sarang kat dalam rumah. Dapat juga tengok burung layang2 free. Cuba akak letak kucing kat rumah, agak-agaknya takut tak burung tu?

    ReplyDelete
  11. Sabar jelah, dulu ada juga burung buat sarang dalam rumah Azwar. Alhamdulillah sekarang tak lagi, sebab hari-hari halau dengan kayu..terus pergi macam tu jer..Jenuhlah juga.

    ReplyDelete
  12. dekat ofis shida ade fiza..dekat bucu gak tp fiza bkn burung layang2 kot..mate dia wane merah fiza huuuhu dah bt sarang smpai ke tikar gulung yg buat halang matahri pn dah bsarang dalam tu..aduihhh, pening bos..

    ReplyDelete
  13. sarang tu banyak gunanya........hubby i pernah amik upah kutip sarang burung layang-layang

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.