Mujurlah tak jem dari Geno Hotel ke Bukit Jugra Banting ni. Ikutkan lebih kurang 50± minit je tapi sebab jem, cecah 1 jam lebih jugalah nak sampai. Mujurlah slot saya tak dibatalkan sebab sepatutnya jam 1.00 petang.
Maksudnya, dua orang terbang menggunakan satu payung paraglider. Seorang juruterbang (pilot) yang mengawal paraglider. Seorang lagi penumpang.
Waktu ni adalah waktu yang sesuai untuk terbang disebabkan angin banyak waktu ini. Jadi, kena hadaplah berpanas tu sekejap.
Teruja sangat nak terbang di udara sambil menikmati permandangan dari atas. Kami terus park kereta berdekatan di Rumah Api Bukit Jugra ni. Bukit Jugra ni ada juga aktiviti hiking.
RM300/ pax (Non-MyKad)
Deposit : RM50
+ Optional Insurance RM35
+ GoPro Video RM50/ unit
Pakej ni saya ambil dari Proglide Sports (TikTok : FlyParagliding.My) yang cover seluruh tempat paragliding di Malaysia.
Unlocked : Flying mode.
Alhamdulillah hari tu cuaca baik. Dapatlah merealisasikan impian saya untuk buat aktiviti tandem paragliding ni. Ikutkan nak tandem paragliding di Bukit Bubus Terengganu tu sebab permandangan cantik sangat dengan lautan dan pokok-pokok hijaunya.
Tapi nak kesana tu jauh, entah bila nak sampai tak tahulah. Jadi, saya pilih Bukit Jugra Banting je lah lebih dekat. Permandangan pun menarik juga ada permandangan sungai dan pokok-pokok.
Itulah, ikutkan masa check out Golden Palm Tree Sepang haritu nak buat aktiviti ni tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan terpaksalah postponed. Kebetulan juga hujung minggu lepas ada pergi ke Kapar, jadi kita cubalah tengok macam mana kan.
Set tarikh baru hari Ahad lepas. Kena booking awal dua tiga hari sebelum. Kalau walk-in memang tak dapatlah.
Tandem Paragliding
Tandem paragliding dalam Bahasa Melayu ialah paragliding berdua atau penerbangan paraglider secara tandem.Maksudnya, dua orang terbang menggunakan satu payung paraglider. Seorang juruterbang (pilot) yang mengawal paraglider. Seorang lagi penumpang.
Waktu tandem paragliding
12.00 tengah hari – 2.00 petangWaktu ni adalah waktu yang sesuai untuk terbang disebabkan angin banyak waktu ini. Jadi, kena hadaplah berpanas tu sekejap.
Tempoh masa
5-15 minit penerbangan bergantung pada keadaan cuaca ketika itu.Ketinggian Berlepas
Sekitar 400 kaki dari aras laut.Teruja sangat nak terbang di udara sambil menikmati permandangan dari atas. Kami terus park kereta berdekatan di Rumah Api Bukit Jugra ni. Bukit Jugra ni ada juga aktiviti hiking.
Masa parkir tu ada pula monyet-monyet liar berkeliaran. Kemain garang lagi. Risau kalau dorang bertindak ganas je.

Parkir percuma je di sini. Pertama kali saya jejak kaki di Bukit Jugra ni pun. Padahal selalu je ke Banting rumah abang saya tak jauh dari sini. Tapi tulah, tak berkesempatan nak singgah hiking ke atau menikmati permandangan dari atas Bukit Jugra ni.

Teruslah menuju ke lereng bukit di kawasan berbumbung ni. Cantiknya permandangan dari atas Bukit Jugra ni. Nun jauh disana nampak sungai. Muara Sungai Langat kalau tak silap lah.

Tinggi jugalah Bukit Jugra ni. Kalau hiking pun semput jugalah nak sampai atas kan. Mujurlah boleh bawa kereta sampai atas. Kalau nak kena hiking dulu memang tidaklah ye.

Sampai je, tercari-cari person in charge kat situ. Terus turun dan bertanya. Rupanya kat sini ada banyak kelab professional. Saya ingatkan hanya satu kelab professional je kat sini. Rupanya ada beberapa lagi. Dia macam lain company, lain pakejnya. Begitulah bagi senang faham.

Sebelum terbang, isi dulu borang maklumat diri yang diperlukan. Kemudian juruterbang pakaikan tandem harness dan helmet. Sambil tu briefing sekali. Tak lupa juga, diberikan GoPro sebab saya ambil pakej dengan video GoPro.

Sementara juruterbang pasangkan carabiner dan siap-siap untuk terbang. Bolehlah berposing kejap. Semua gambar ni saya screenshot daria video GoPro je.
Ada je GoPro sendiri, model lama lah tapi. GoPro Hero4 Silver, lama betul tak guna. For sure lah bateri dah tak okay tu. Baiklah kita gunakan mereka punya GoPro je, yang latest dan lebih berkualiti videonya pun.

Ikut je arahan dari juruterbang. Lari kedepan sikit, undur sikit dan terus terbang. Semudah itu je rupanya. Ye lah, nama pun professinal. Ada lesen dan pengalaman. Dengan itu, dapatlah saya terbang sekali.

Yay! Bestnya dapat terbang! Terus rasa macam nyanyi lagu " I Believe I can fly" Atau lagu "Flying without wings"!. Tapi nyanyi dalam hati je lah. Seronoknya dapat menikmati permandangan dari aras atas sambil disapa angin yang meniup. "Angin & Aku".

Feeling macam healing gitu. Terbang menikmati keindahan alam. Tak rasa gayat lansung walaupun berada di aras tinggi. Tapi kalau berada di tempat tinggi tu kadang gayat juga, gigil lutut. Goyang dik, goyanggg.

Ke kiri ke kanan ikut arah angin. Agak susah juga nak kawal ikut angin ni dengan ramai juga tandem paragliding yang sedang terbang bersama. Risau terlanggar je. Minta dijauhkan lah.

Best betul yang dapat terbang tinggi tu kan. Kalau tak ramai bolehlah terbang bebas jauh lagi tapi bergantung pada keadaan angin juga lah. Ada juga borak dengan pilot tu, katanya ada je pernah sampai sungai tu.
Tak ada rezekilah nak pergi lagi tinggi dan jauh.

Juruterbang pusing dua kali jugalah melintasi depan lereng Bukit Jugra ni. Tak ada nak sembang sangat, kita layan suasana dengan sebaiknya. Bukan senang nak dapat peluang terbang macam ni. Jangan kacau, saya nak healing-healing je. Sedang galau.

Nampak tak muka happy tu. Agak berat jugalah nak pegang GoPro tu. Kena pandai-pandai adjust angle untuk nampak video tu lagi menarik. Silap saya tak gerakkan di semua sudut. Kalau tidak dapatlah banyak view dari pelbagai sudut.

Dalam suka, ada dukanya. Gagal landing dengan baik. Terslide lah pula. Tersadai kat tanah tu ha. Mujurlah ada beg belakang tu kan. Taklah sakit. Tapi macam nak gelakkan diri sendiri sebab tak pandai nak landing.
Juruterbang tolong angkat dengan tarik tali tu. Mesti dalam hati dia cakap, berat juga dia ni. hahaha..Susah nak bangun sebab payah ada beban belakang tu. Walaupun tak berat tapi macam terbeban gitu. Susah nak bergerak.

Alhamdulillah berjaya mendarat selepas terbang di udara lebih kurang 6 minit macam tu. Ikut perancangan nak landing di tempat berlepas tu tadi, kat lereng bukit.

Di bawah ni ada transport untuk bawa penumpang ke atas semula. Tak ada charge tambahan. Jadi tak perlu risau kalau tiba-tiba kena landing di bawah ni.

Pengalaman tandem paragliding di Bukit Jugra Banting ni memang best. Cuma lagi best kalau dapat terbang lama, tinggi dan jauh sikit. Tak puas rasanya terbang sekejap. Tapi yelah, semuanya bergantung pada keadaan angin juga.

Parkir percuma je di sini. Pertama kali saya jejak kaki di Bukit Jugra ni pun. Padahal selalu je ke Banting rumah abang saya tak jauh dari sini. Tapi tulah, tak berkesempatan nak singgah hiking ke atau menikmati permandangan dari atas Bukit Jugra ni.

Teruslah menuju ke lereng bukit di kawasan berbumbung ni. Cantiknya permandangan dari atas Bukit Jugra ni. Nun jauh disana nampak sungai. Muara Sungai Langat kalau tak silap lah.

Tinggi jugalah Bukit Jugra ni. Kalau hiking pun semput jugalah nak sampai atas kan. Mujurlah boleh bawa kereta sampai atas. Kalau nak kena hiking dulu memang tidaklah ye.

Sampai je, tercari-cari person in charge kat situ. Terus turun dan bertanya. Rupanya kat sini ada banyak kelab professional. Saya ingatkan hanya satu kelab professional je kat sini. Rupanya ada beberapa lagi. Dia macam lain company, lain pakejnya. Begitulah bagi senang faham.
Kelab ke panggilan yang betul dia?

Sebelum terbang, isi dulu borang maklumat diri yang diperlukan. Kemudian juruterbang pakaikan tandem harness dan helmet. Sambil tu briefing sekali. Tak lupa juga, diberikan GoPro sebab saya ambil pakej dengan video GoPro.
Menunggu lah kejap sementara juruterbang siapkan sayap/kain layar (paraglider). Pakai cermin mata hitam siap-siap. Jaga mata. Kotlah kat atas nanti tak dapat nak buka mata sebab panas kan. Tak dapat nanti nak tengok permandangan cantik dengan selesa. Tengah panas pula tu kan.

Sementara juruterbang pasangkan carabiner dan siap-siap untuk terbang. Bolehlah berposing kejap. Semua gambar ni saya screenshot daria video GoPro je.
Memang tidaklah kan nak bawa handphone terbang bersama. Nanti handphone jatuh entah kemana, menyesal pun tak berguna. Kita guna GoPro je lah.
Ada je GoPro sendiri, model lama lah tapi. GoPro Hero4 Silver, lama betul tak guna. For sure lah bateri dah tak okay tu. Baiklah kita gunakan mereka punya GoPro je, yang latest dan lebih berkualiti videonya pun.

Ikut je arahan dari juruterbang. Lari kedepan sikit, undur sikit dan terus terbang. Semudah itu je rupanya. Ye lah, nama pun professinal. Ada lesen dan pengalaman. Dengan itu, dapatlah saya terbang sekali.

Yay! Bestnya dapat terbang! Terus rasa macam nyanyi lagu " I Believe I can fly" Atau lagu "Flying without wings"!. Tapi nyanyi dalam hati je lah. Seronoknya dapat menikmati permandangan dari aras atas sambil disapa angin yang meniup. "Angin & Aku".

Feeling macam healing gitu. Terbang menikmati keindahan alam. Tak rasa gayat lansung walaupun berada di aras tinggi. Tapi kalau berada di tempat tinggi tu kadang gayat juga, gigil lutut. Goyang dik, goyanggg.
Tapi macam ni tidak ye, best betul dapat terbang!

Ke kiri ke kanan ikut arah angin. Agak susah juga nak kawal ikut angin ni dengan ramai juga tandem paragliding yang sedang terbang bersama. Risau terlanggar je. Minta dijauhkan lah.

Best betul yang dapat terbang tinggi tu kan. Kalau tak ramai bolehlah terbang bebas jauh lagi tapi bergantung pada keadaan angin juga lah. Ada juga borak dengan pilot tu, katanya ada je pernah sampai sungai tu.
Tak ada rezekilah nak pergi lagi tinggi dan jauh.

Juruterbang pusing dua kali jugalah melintasi depan lereng Bukit Jugra ni. Tak ada nak sembang sangat, kita layan suasana dengan sebaiknya. Bukan senang nak dapat peluang terbang macam ni. Jangan kacau, saya nak healing-healing je. Sedang galau.

Nampak tak muka happy tu. Agak berat jugalah nak pegang GoPro tu. Kena pandai-pandai adjust angle untuk nampak video tu lagi menarik. Silap saya tak gerakkan di semua sudut. Kalau tidak dapatlah banyak view dari pelbagai sudut.
Kita pula pertama kali. Mana nak tahu. Juruterbang pula tak advise arah angle sana sini. Cuma dia ada briefing video menegak dan melintang je lah sebelum terbang tu.
Nampaknya kena repeat ke camne? Nak kena pergi Bukit Bubus juga kot. Situ lawaaaaa...
Nampaknya kena repeat ke camne? Nak kena pergi Bukit Bubus juga kot. Situ lawaaaaa...

Dalam suka, ada dukanya. Gagal landing dengan baik. Terslide lah pula. Tersadai kat tanah tu ha. Mujurlah ada beg belakang tu kan. Taklah sakit. Tapi macam nak gelakkan diri sendiri sebab tak pandai nak landing.
Juruterbang tolong angkat dengan tarik tali tu. Mesti dalam hati dia cakap, berat juga dia ni. hahaha..Susah nak bangun sebab payah ada beban belakang tu. Walaupun tak berat tapi macam terbeban gitu. Susah nak bergerak.

Alhamdulillah berjaya mendarat selepas terbang di udara lebih kurang 6 minit macam tu. Ikut perancangan nak landing di tempat berlepas tu tadi, kat lereng bukit.
Tapi disebabkan ada gangguan dan angin tak mengizinkan. Terpaksalah landing di bawah saja katanya.

Di bawah ni ada transport untuk bawa penumpang ke atas semula. Tak ada charge tambahan. Jadi tak perlu risau kalau tiba-tiba kena landing di bawah ni.
Naik atas semula, juruterbang transfer video terus masuk dalam handphone dan buat baki bayaran. Sembang-sembang kejap dan terus balik rumah.

![]() |
| with the pilots. |
Harga tandem paragliding di Bukit Jugra
RM250/ pax (Mykad)RM300/ pax (Non-MyKad)
Deposit : RM50
+ Optional Insurance RM35
+ GoPro Video RM50/ unit
Pakej ni saya ambil dari Proglide Sports (TikTok : FlyParagliding.My) yang cover seluruh tempat paragliding di Malaysia.
Selain tu ada juga tandem paragliding hybrid yang terbang dengan engine/ paramotor. Tapi haritu macam tak ada pula.

28 Comments
Wah syabaasss #clap #clap hahaha kita teringin gak tp masa muda la ye haha dah tua² ni lbh kepada mampu tgk je la. Tambah² dah ada penyakit ni, tak payah gatal² nak cari oenyakit lg ha gitu la.
ReplyDeletePape pun respek fiezah dah berjaya paragliding walau kejap jadi la kan. Pengalaman tu yg penting
Maceh KakRet. Hihi...boleh lagi tu KakRet. Yaaa pengalaman tu yang best.
Deleteseronok dapat main paragliding. Dulu berminat juga tp hasrat tak tercapai. SKrg umur dah meningkat rasa gayat plak. Naik tingkat 4-5 bangunan pun dah rasa gayat inikan pula nak naik bende ni,... silap2 pengsan kat atas,,, hahahah
ReplyDeleteSeronok sangat. Kena cuba dulu. Dia macam beza berada di tempat tinggi statik dengan terbang ni. Haa jangan pengsan sudahlahhh...
DeleteWahhhhh tahniah Fiza sebab berani untuk paragliding ini. Sure cantik sungguh bird view dari atas kan?KSarie yang gayat ini menumpang gembira baca pengalaman orang yang pernah joint aktiviti ini macam Fiza
ReplyDeleteTerima kasih KakSarie. Ya, sangat cantik. Alhamdulillah dapat menikmati permandangan bird view dari aras atas.
DeleteBagi naik free pun takkan naik 🤣. Tengok gambar fizah pun dah terasa gayat. Kalau sendiri yang naik tu mau pejam mata je. Kena paksa naik flying fox pun rasa nak terbang nyawa.
ReplyDeleteBila dah fly, macam tak ada rasa gayat pulak Cie. Kena cuba. hihihi...Flying fox teringin juga, tapi tak tahu mana tempat best.
DeleteAduyai... berani nya! Ini boleh team dengan Fanny...!
ReplyDeleteKira ok la harga tu... kan?
Kalau aktiviti macam ni saya suka uncle. Cuma kalau extreme sangat tak berani lah. Fanny lagi berani tu uncle. Harga macam lebih kurang je semua tempat.
DeleteOo dapat terbang 6 min je sebab faktor angin eh.. kalau dapat sampai 15 min mesti lagi puas. Walaupun gitu pasti pengalaman yang menyeronokkan.
ReplyDeleteEhh.. pergi lah Bukit Bubus tu.. Kak Widad dah perrnah sampai dan share gambar.. memang cantik sangat view kat sana.
Ye. Kalau dapat terbang lama tu syoklah. Betul, pengalaman tu yang best.
DeleteMemang nak pergi sangat Bukit Bubus tu Kak Faiza. Cantik sangat kan. Nanti lah plan sebab nak booking slot pun kena awal dan kalau cuaca elok dapatlah terbang lagi kat sana.
Dah boleh tick dekat bucket list Fiza :)
ReplyDeleteNampak seronok tapi takat tu je la. Nak try sendiri macam tak kot hehe
Done. Hihihi....
Deletewahh hebatnyerr paragliding gituuu.. hehe
ReplyDeleteCuba-cuba je wak. Ambil pengalaman.
DeleteWahh beraninya fizah
ReplyDeleteAlang2 tu
Kena
La
Naik kan
Ciknur serenderrr la bab ni skrg
Kalu dulu teringin jga
Memberanikan diri juga sebab teringin sangat nak cuba. Boleh je kalau nak cuba naik Kak Nur.
Deletewah bestnya berani. akak gayat giler memang tak berani la aktiviti camni
ReplyDeleteSebab kita excited, tu yang kena berani juga. hihihi...
DeleteWahh best, kami tak try lagi ni.
ReplyDeleteBest sangat. Nanti boleh cuba. heee~
Deletesaya teringin tapi takut haha jenis overthinking gitu. so memang tak dapek lah nak try buat aktiviti high risk gini
ReplyDeleteHihi..it's okay. Faham sangat.
DeleteSayaaa mauuuuuu kalau naik iniiiii ❤️❤️❤️❤️❤️❤️. Sebenarnya di sinipun ada. Tapi agak jauh sikit dari jakarta. Dan memang kadang hrs tahu anginnya dan cuaca. Yg saya kuatirkan, nanti dah jauh2 kesana, ternyata sedang tak bagus. 😄. Makanya belum sempat2 coba paragliding.
ReplyDeleteSetelah paragliding, coba bungee jumping kak. Seriuuuuuusss itu seruuuu sangat ❤️❤️❤️. Atau sky diving. Impian saya memang skydiving lah. Antara yg di NZ atau Dubai
Tak jauh dari KLIA juga ni Fanny. Tapi tulah kena booking awal dan depends pada cuaca jugalah.
DeleteBetul, saya pun fikir macam tu sebab tempatnya bukan dekat. Dah tiba harinya takut cancel pula.
Terengganu ada tempat paragliding cantik Fanny, itu yang saya nak pergi. Nanti ke Terengganu cubalah. Skydiving pun saya nak cuba juga tapi yelah, jauh sangat tu NZ dan Dubai. Tak silap Vietnam ke mana entah, ada juga kan.
Pertama kali ke ni, Pizzah? Nampak macam dah pro ni, tak gayat langsung ya. Kalau kita bukan setakat goyang, mungkin pengsan, hahaha. Tapi, bagusnya dia tak batalkan slot walaupun lewat, sebab dah bayar deposit agaknya kan. Lagipun banyak jugak tu bakinya, kalau batal, rugilah dorang. Baru tahu maksud tandem tu. Pada mulanya ingatkan nama tempat, hihi. Semoga dapat pergi yg kat Ganu tu pulak nanti.
ReplyDeleteYe, first time. Hihi..sebab kita suka, tu yang macam tak gayat. Ye, betul. Nak dapatkan slot bukan mudah juga kan.
DeleteHarapnya dapatlah cuba yang di Ganu pulak nanti.