Pertama kali tengok buah keranji di Pekan Sehari Temerloh. Disebabkan dia rare, saya pun belilah nak rasa. Saya fikir buah ni perlu direbus, rupanya tak ye. Boleh terus makan je. Saya beli RM5 sebekas. Kebanyakkan makanan di Pekan Sehari ni RM5 ek.
Teringat pula pantun buah keranji yang popular.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya mahu.
Buah keranji juga sejenis buah yang bermusim dan sukar ditemui. Tapi berbuah lebat dalam jangka masa yang lama.

Ralit makan buah keranji ni sebab dia saiz dia comel dan isinya pun sedikit. Kena makan banyak-banyak baru puas dinikmati. Beberapa hari jugalah saya makan nak bagi habiskan.
Teringat pula pantun buah keranji yang popular.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya mahu.
Buah Keranji
Buah keranji ialah sejenis buah hutan nadir (kawasan hutan yang menempatkan pelbagai spesies tumbuhan liar atau buah-buahan nadir yang jarang ditemui, sukar didapati dan tidak ditanam secara komersial) yang berasal daripada pokok kayu besar daripada keluarga Fabaceae iaitu spesies utama Dialium indum.Buah keranji juga sejenis buah yang bermusim dan sukar ditemui. Tapi berbuah lebat dalam jangka masa yang lama.

Bentuk dan saiz
Buah keranji bersaiz kecil, berbentuk bulat dan sedikit lonjong. Memiliki kulit keras berwarna hitam arang, ada kalanya warna perang.Rasa
Isinya berwarna oren, bertekstur sedikit kering. Rasa buah keranji masam-masam manis macam buah asam jawa. Bijinya pun lebih kurang asam jawa tapi versi kecil.Cara makan
Pecahkan kulit kerasnya hanya dengan perlu memicit sedikit secara perlahan. Kulit dia mudah pecah dan rapuh. Makan dengan cara kemam dan pisahkan isi daripada bijinya.Ralit makan buah keranji ni sebab dia saiz dia comel dan isinya pun sedikit. Kena makan banyak-banyak baru puas dinikmati. Beberapa hari jugalah saya makan nak bagi habiskan.
Nasib baik beli sikit je sebab saya makan seorang je. Encik Suami tak suka makan buah-buah rare macam ni. Suruh rasa pun tak nak. Makanya, kita hadaplah sendirian.
10 Comments
Ooo camtu rupa buah keranji hehe seumur hidup ni la first time tgk.rupa parasnya haha
ReplyDeleteOoo rasa masam² mcm asm jawa, ok ka bkn rs pelik² hahah cuma mcm x puas ye kalau makan sikit tp kan buah ni just ada kat temerloh je ke eh?
Kalau pertama kali makan mungkin rasa pelik sikit tapi kalau dah pernah makan buah asam jawa tu mungkin tak pelik sangat. hihi..tapi tak tahulah kan. Lain orang lain dia punya terjemahan rasa tu.
Deletebuah keranji saya selalu mkn zmn sek rendah..tapi lately pun ada jer mkn..esp my adik suka buah ni, so bila dia beli, dia akan pass kat i jugak...bila mkn buah ni, otomatik akan teringat psl pantun buah keranji dlm perahu tu
ReplyDeleteMaksudnya belah Pantai Timur memang kayalah dengan buah keranji ni ye? Betul, teringat terus pantun tu. hihihi...
DeleteDulu orang kampung akk masuk hutan bila musim buah keranji & buah perah utk kutip buah2 ni. Balik rumah kami sekampung datang beli. Satu cupak (time tu masih guna cupak) 50 sen je. Lepas tu pakat makan di tepi tali air dekat bendang. Seronok utk dikenang hehe
ReplyDeleteOhh..susah kan buah ni nak dapat kat dalam hutan nun. Murah betul harga makanan dulu-dulu. Entah-entah secupak dulu sama dengan sebekas RM5 yang saya beli ni. Syoknya tu makan tepi bendang...kann..menariknya kenangan zaman akak tu.
DeleteWow, it's fascinating to see Keranji fruit here! All the characteristics you mentioned match Velvet Tamarind (Dialium guineense), which is very common in West Africa and known as Icheku in Nigeria. Just like you described, you gently crack the brittle outer skin to reach the sweet and tart orange pulp. It definitely takes patience to eat a handful, but it's totally worth it!
ReplyDeleteThank you for sharing this interesting information! I’m glad to know that the Keranji fruit is also known as Velvet Tamarind and is commonly found in West Africa, especially in Nigeria.
DeleteIcheku is such a cute name! Yes, worth it if you like the taste.
Apa ke rasanya tu?
ReplyDeleteSeperti yang telah diceritakan dalam post diatas Linda. huhuhuhu...
Delete