Saya tak pasti Chocolate banana meltz Kenangan Coffee ni dah lama di pasaran atau masih baru. Saya tak perasan pula ada banana meltz ni sehinggalah nampak ada oang share di Threads. Sedap katanya.
Apa lagi, cubalah beli satu. Eh sedap pula! Dah berkali-kali beli baru sekarang nak ambil gambar. Selalunya beli terus makan dalam kereta je. Bila bawa balik ni dapatlah potretkan cantik-cantik sikit.
Macam manalah saya tak perasan kewujudan chocolate banana meltz ni. Padahal selalu je beli Kenangan Coffee. Mana nak perasan sebab biasanya Encik Suami yang buat order via apps dalam handphone dia.

Kulit pastrynya lembut, inti dalamnya pun banyak. Ada isi buah pisang, coklat dan satu lagi saya tak pasti cream cheese ke apa. Manis tu memanglah sebab coklat dan pisang kan. Tapi dia bukan jenis manis leting tu. Manis yang boleh diterima.

Jangan makan selalu, rosak diet. Sumpah sedap! Cepat pergi beli. Chocolate banana meltz ni cepat habis juga. Kecewa bila nampak unavailable.
Harga RM8.90.
Harga RM8.90.
33 Comments
nampak sedap sungguh niii
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedap sangat. Kena cuba ni.
DeleteOkey, nanti nak cuba
ReplyDeleteBaik, selamat menjamu selera.
DeleteOh noo!!! Kita pun rasa dah berbulan x g kenangan coffee... arghh ini yg buat kita x tahan nafsu ni hshahaha
ReplyDeleteYang ni kena cuba KakRet. Beli tau!
DeleteTergoda tengok gambar dan baca penerangan Fiza tulah. Kalau jumpa, nak mencuba jugak.
ReplyDeleteJangan lupa mencuba nanti Kak Ujie. 😁
DeleteAlamak... sudah tergoda ni.
ReplyDeleteDah kena hasut, kena beli tau nanti. hihihi...
DeleteNak try nanti. Pastries KC semua sedap.
ReplyDeleteKann..mostly semua sedap dan tak kedekut isi. Berbaloi sangat kan.
DeleteNampak sedap!
ReplyDeleteBukan nampak je, tapi memang sedap. hihihi...
Deletesedap hingga menjilat jari! Kena cuba ni..
ReplyDeleteMenjilat jari kalau ada yang melekat di jari. hihihi...
DeleteTak pernah cuba pisang selain pisang goreng.. kikiki
ReplyDeletehihihi..Nanti boleh cuba yang ni Linda.
DeleteMenarik sekali penampilannya. Belum pernah ke Kenangan Coffee ni sebab ingat macam bisnes kejap-kejap sahaja. Bila tengok menu ni baru sedar seriusnya bisnes mereka.
ReplyDeleteBukan sahaja penampilan menarik tapi sedap juga. Sekarang pun dah makin banyak branch Kenangan Coffee ni. Nanti bolehlah cuba.
DeleteWow..Menarik ni =)
ReplyDeleteMenarik sangat. Sila cuba nanti ye.
DeleteAduhhhh...chocolate banana ni nampak melting dan nampak sedap la....
ReplyDeleteSedap sangat. Nanti cuba tau kak.
Deletebaru ye..tk pernh nmpk sblum ni kt kenangan coffee
ReplyDeleteDia tak baru sangat. Tapi masih boleh dikira baru lagi jugalah. Boleh cuba nanti kak kalau ada. Harap dia bukan limited timelah.
Delete😍 coklat cair tu nampak simple tapi boleh buat ketagih. Sedap makan panas-panas waktu minum petang!
ReplyDeleteCoklat topping tu tak cair sangat. Dalam tu cair sikit. Sedap kombinasi semua dalam chocolate banana meltz ni. Sesuai dimakan pada bila-bila masa. Sila cuba nanti.
DeleteTak pernah lagi makan kat Kenangan Coffee sebab bukan Coffee Lover.
ReplyDeleteIt's okay. Beli makanan pun boleh.
Deleteeh awak jangan racun2 ammi boleh tak? haritu doklah racun tiramisu tiramisu dah ammi pun pergilah cari di Manshor. Ni chocolate banana meltz pulak. bagi alamat rumah awak...ammi nak potong line internet awak ahahhaha biar tak boleh update blog.
ReplyDeleteHihihi...tak boleh Ammi, data masih boleh digunakan. Jangan lupa cuba nanti Ammi.
DeleteEh, apsal tak perasan benda ni, padahal baru hari tu, mengopi di Kenangan Coffee. Baiklah, Fizah, lain kali akak cuba. 😁
ReplyDelete