14 September, kami ikut hantar anak buah daftar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. Tak jauhlah dari rumah kami. Kakak, abang ipar dan anak buah dari Sabak Benam datang menginap di Seremban dan esoknya kami gerak sama-sama ke USIM.
Pendaftaran pelajar baru bermula jam 9.00 pagi. Kami gerak lebih kurang jam 8 lebih hampir jam 9 jugalah. Malas nak gerak awal, tak nak bersaing dengan geng nak pergi kerja. Jadi, gerak lewat sikitlah.

Dari jalan lurus pintu masuk tersergam bangunan canselori USIM. Cantik bangunannya. Nampaklah seni bina bercirikan Islamic dengan kubahnya tu.

Kami terus menuju ke ruang parkir. Ramai dah yang dah datang, parkir pun hampir penuh. Dapat parkir jauh sikit terpaksalah jalan jauh sikit menuju ke Dewan Tuanku Canselor (DTC) USIM ni tempat daftar pelajar baru.

Menonong je budak sorang ni jalan. Pakai baju arwah atok mak dia (mak saya). Elok pula tu dengan saiz dia. Senang katanya pakai baju atok tak payah gosok, lengan dan kaki pun tak potong. Ngam-ngam saiz dia.

Sampai di dewan, dia masuk dengan kawan dia dari sekolah yang sama di Sabak Bernam. Kami menunggu di luar je lah. Ingatkan sekejap, rupanya sampai 3 jam kena sidai duduk di luar tu. Selepas 3 jam barulah dia muncul.

Sebelum hantar ke Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), kami makan tengah hari dulu di Salomak Sampodeh. Lepas tu barulah hantar anak buah ke PRUPEL.

Sampai sana jam 9 lebih hampir ke jam 10 pagi. Tak jem sangat. Alhamdulillah...

Ni kali ketigalah saya dan Encik Suami masuk sini. Dua kali sebelum ni sebab ambil vaksin msa covid dulu, officially bangsa Sinovac (see no vaksin katanya).

Ni kali ketigalah saya dan Encik Suami masuk sini. Dua kali sebelum ni sebab ambil vaksin msa covid dulu, officially bangsa Sinovac (see no vaksin katanya).

Dari jalan lurus pintu masuk tersergam bangunan canselori USIM. Cantik bangunannya. Nampaklah seni bina bercirikan Islamic dengan kubahnya tu.

Kami terus menuju ke ruang parkir. Ramai dah yang dah datang, parkir pun hampir penuh. Dapat parkir jauh sikit terpaksalah jalan jauh sikit menuju ke Dewan Tuanku Canselor (DTC) USIM ni tempat daftar pelajar baru.

Menonong je budak sorang ni jalan. Pakai baju arwah atok mak dia (mak saya). Elok pula tu dengan saiz dia. Senang katanya pakai baju atok tak payah gosok, lengan dan kaki pun tak potong. Ngam-ngam saiz dia.
Banyak baju arwah atok mak dia yang kena dengan saiz dia. Dapatlah pakai nak pergi kelas nanti. Baju orang dulu-dulu kan jenis tak payah bergosok melainkan baju sutera tu. Ada juga pewaris baju arwah mak saya.
Saya pun ada juga sehelai. Muat dipakai dan simpan buat kenangan. Alhamdulillah, tak payah dah dia nak beli baju baru. Baju arwah atok mak banyak. Jimat banyak dah tu. pergi kelas hari-hari pakai baju kurung je senang.

Sampai di dewan, dia masuk dengan kawan dia dari sekolah yang sama di Sabak Bernam. Kami menunggu di luar je lah. Ingatkan sekejap, rupanya sampai 3 jam kena sidai duduk di luar tu. Selepas 3 jam barulah dia muncul.
Muka ada senyum dah dapat jadi pelajar USIM yang diimpikan. Terus dapat kad pelajar sekali. Senang macam ni. Sama juga sistem di UiTM dulu.

Selesai urusan pendaftaran, moh la kita berangkat ke asrama pula. Marilah menuju ke parkir kereta. menapak jauh sikit dengan panasnya. Musim jerebu, kabur je. Gambar pun ikut kabur sekali.

Sebelum hantar ke Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), kami makan tengah hari dulu di Salomak Sampodeh. Lepas tu barulah hantar anak buah ke PRUPEL.
Lahh saya baru tahu kat luar rupanya. Ingatkan dalam USIM juga. Nak pergi kelas kena naik bas. Lebih kurang 15 minit macam tu. Bertabahlah ye anak buah, nak menuntut ilmu tu pasti ada cabarannya.
Nak ke PRUPEL tu agak jem sikit tapi bergerak lah juga. Tak lama. Parkir tepi, letak barang di situ dan angkat barang ke tingkat 4. Encik Suami dan abang ipar terpaksalah bawa kereta masing-masing ke tempat parkir kereta yang jauh sikit.

Saya dan anak buah angkutlah sikit-sikit barang naik atas. Kakak dilarang naik sebab sakit kaki. Naik turun naik turun 3 kali jugalah berdua dengan pertolongan kawan anak buah juga. Kali ketiga tu barulah kakak saya naik sekali. Gigih pula naik. Aduhaiii...
Kang sakit kaki, siapa nak tolong urut. Abang ipar lah jadi mangsa. Anak-anak semua dah sambung belajar. Sorang di Politeknik Sabak Bernam bakal training di Shah Alam nanti dan sorang lagi di Politeknik Behrang.
Ni sorang tercampak jauh sikit luar Selangor. Begitulah cabaran nak menimba ilmu ni. Nak balik tu adalah drama air mata sikit. Ehhh kita pun ikut rasa nak tumpah air mata. Tapi kutahan jebatttt...
Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga Allah permudah urusan anak buah saya belajar di USIM sampai graduate nanti. Aaamiin...
![]() |
| ku lihat hijau |

0 Comments