Pagi Ahad, pergi pasar Ampangan dan Pasar Tani di Stadium Paroi membeli barang dapur. Beli cili api nak buat sambal ikan bilis untuk bekal anak buah. Kat rumah tak cukup stok cili apinya. Beli sekali barang-barang dapur.

Lepas tu makan tengah hari di Restoran Bumbu Babah Senawang. Malam tadi tu tak ada rezeki nak makan malam di sini. Rezeki makan tengah  hari lah nampaknya.

Restoran Bumbu Babah Senawang

Bumbu Babah buka jam 10.00 pagi. Kami sampai pun jam 10 lebih macam tu. Masih kosong tak ada pelanggan lagi. Bumbu Babah di Senawang ni bahagian corner lot. Ada ruang makan luar dan dalam.

Restoran Bumbu Babah Senawang

Parkir pun masih kosong lagi. Kami jadi pelanggan pertama haritu. Awal betul kami makan tengah hari. Kira brunch lah ni kan.

Restoran Bumbu Babah Senawang

Kami bukanlah pengemar nasi padang. Saja nak mencuba makanan yang ada di Bumbu Babah ni. 

Restoran Menu Bumbu Babah Senawang

Rambang mata lah juga nak memilih menu di situ. Ambil masa memilih menu di kaunter pesanan. 

Menu Lauk Pauk Restoran Bumbu Babah Senawang

Kami pilih menu set nasi je senang. Saya pilih set nasi ayam goreng kalasan. Ayam goreng kalasan ni ayam yang digoreng dengan rempah bumbu khusus dari daerah Kalasan, Sleman Yogyakarta.

Dihidangkan bersama rendang daging, telur rebus separuh, dua jenis sambal iaitu sambal merah dan hijau, pucuk ubi rebus, sayur kobis tumis, nasi semangkuk dengan kuah gulai.

Set Nasi Ayam Goreng Kalasan Restoran Bumbu Babah

Hidangan saya semuanya sedap. Sambal pun pedas. Cuma porsi besar ni tak sesuai untuk saya yang jenis makan porsi kecil je. Rasa menyesal pula tak order set yang ringkas je. 

Encik Suami pesan set nasi ayam gulai. Menu ringkas tak banyak lauk pauknya. Nasi semangkuk dengan kuah gulai, ayam gulai, pucuk ubi rebus, sayur kobis tumis dan sambal merah pedas. Habis dimakan.

Set Nasi Ayam Gulai Restoran Bumbu Babah

Anak buah pula set nasi rendang daging. Nasi semangkuk dengan kuah gulai, telur rebus separuh, pucuk ubi rebus, sambal merah, sambal hijau, sayur kobis tumis dan paru goreng. Pun tak habis juga dimakan.

Set Nasi Rendang Daging Restoran Bumbu Babah

Buat pesanan dan bayar di kaunter. Pesanan dah siap, ambil di kaunter pick up. Dah ada semua makana, kita wefie dulu sebelum makan.

Makan Tengah Hari di Restoran Bumbu Babah Senawang

Kalau ada jadi ahli tu, dapatlah 10% diskaun. Kami bukan member, jadi kena bayar harga biasalah. Total semuanya RM68. Dah sampai makanan, lansung terlupa nak ambil gambar air lepas tu. Kami pesan air honey lemon ais dan limau ais. 

Harga Menu Restoran Bumbu Babah

In case kalau nak ulang makan di sini kena minta nasi separuh kot baru boleh habis satu hidangan tu. Kena pilih menu yang ringkas je tanpa banyak lauk pauk.