Masa membeli barang dapur di Mydin perasan ada riceberry rice di rak. Macam menarik untuk dicuba ni. Dia tak ada pack besar, yang ada 1kg ni je. Jadi, ambillah yang 1kg ni masuk troli.
Nanti nak cuba ecoBrown's red rice pula. ecoBrown's Riceberry Rice ni saya lupa pula harga dia berapa sebab dah lama membeli. Resit pun entah kemana.
Sebelum ni pernah cuba beras perang (brown rice) tapi kurang sedap sebab dia tersangatlah tawar. Beras untuk kesihatan kan, mana sedap. Tak mahu dah beli. Untuk orang diet, sesuailah.
Lepas tu cuba pula beras ecoBrown’s gold mixed wholegrain rice sebab terpengaruh dengan mukbang Rina anak Ryzal dan Mariam tu. Dia makan beras berwarna ungu. Saya ingatkan mixed wholegrain rice tu, tapi macam silap je. Rupanya korean purple rice.
Lepas tu cuba pula beras ecoBrown’s gold mixed wholegrain rice sebab terpengaruh dengan mukbang Rina anak Ryzal dan Mariam tu. Dia makan beras berwarna ungu. Saya ingatkan mixed wholegrain rice tu, tapi macam silap je. Rupanya korean purple rice.
Bila jumpa riceberry rice ni excited juga nak cuba. Beras ungu macam Rina makan juga. Saya rancang nak campurkan je dengan beras basmathi Jasmine LaSella parboiled yang biasa kami makan.

Apabila dimasak, ia mempunyai aroma unik, rasa berempah kacang (nutty) dan tekstur yang agak kenyal menjadikannya sesuai untuk pelbagai hidangan daripada sajian masin seperti nasi mangkuk dan tumisan, hinggalah pencuci mulut manis seperti puding beras.
Beras Riceberry menjadi beras bijirin penuh yang paling popular dalam kalangan vegetarian, vegan, serta pengguna yang mementingkan kesihatan. Sedap dan mengenyangkan.
sumber : ecobrown

Saya hanya campurkan sikit je beras riceberry ni, suku cawan. Basuh bersama dengan beras putih, bila masak terus warnanya jadi macam ni. Warna dia luntur merebak meresap dalam beras putih. Ingatkan tak meresap dan warnanya akan sebutir-sebutir ungu. Rupanya tak!

Saya cuba juga masak cara lain basuh asing-asing. Dalam periuk tu letak sebelah-sebelah sebab tak nak warnanya tempias kena semua nasi putih. Sama juga hasilnya, warna dia merebak satu periuk. Kalau nak cantik kena masak asing-asinglah gitu, dah masak dua-dua baru gaul bersama.


ecoBrown's Riceberry Rice
Beras Riceberry ialah varieti baharu beras organik beraromatik dari Thailand yang juga dikenali sebagai “The Rice Bowl of Asia”. Beras riceberry berwarna ungu gelap dengan bentuk panjang hasil kacukan antara beras wangi (jasmine rice) dan beras hitam (black rice) aromatik.Bebas gluten dan bebas kolesterol. 100% wholegrain, tinggi fiber.
Antosianin ialah sebatian antioksida utama yang terdapat pada lapisan dedak bijirin Beras Riceberry. Mengandungi 6 kali lebih tinggi antioksidan berbanding nasi putih dan brown rice.
Warna ungu gelap menandakan kandungan khasiatnya yang lebih tinggi (mineral, nutrisi, vitamin) dan memberikan penampilan yang menarik.
Apabila dimasak, ia mempunyai aroma unik, rasa berempah kacang (nutty) dan tekstur yang agak kenyal menjadikannya sesuai untuk pelbagai hidangan daripada sajian masin seperti nasi mangkuk dan tumisan, hinggalah pencuci mulut manis seperti puding beras.
Beras Riceberry menjadi beras bijirin penuh yang paling popular dalam kalangan vegetarian, vegan, serta pengguna yang mementingkan kesihatan. Sedap dan mengenyangkan.
sumber : ecobrown
Cantik warna beras ungu ni. Sekali imbas macam beras pulut pun ada.

Saya hanya campurkan sikit je beras riceberry ni, suku cawan. Basuh bersama dengan beras putih, bila masak terus warnanya jadi macam ni. Warna dia luntur merebak meresap dalam beras putih. Ingatkan tak meresap dan warnanya akan sebutir-sebutir ungu. Rupanya tak!

Saya cuba juga masak cara lain basuh asing-asing. Dalam periuk tu letak sebelah-sebelah sebab tak nak warnanya tempias kena semua nasi putih. Sama juga hasilnya, warna dia merebak satu periuk. Kalau nak cantik kena masak asing-asinglah gitu, dah masak dua-dua baru gaul bersama.
Tapi malaslah banyak kerja pula nak masak nasi. Macam ni pun cantik kejadiannya. Rasa beras riceberry ni memang sedap. Dia tak kosong. Sedap macam makan nasi putih juga. Tekstur dia bila dicampur dengan nasi putih pun macam beras sumo melekit sikit. Dia bukan jenis kering berderai tu.

Sedap je makan dengan lauk pauk harian kita tu. Berselera makan dan tak ada rasa pelik. Mungkin sebab campur dengan nasi putih kot. Nanti boleh cuba masak beras riceberry sahaja tanpa campur. Tengok macamana nanti.
Lauk ruji makanan tengahari saya, ringkas dan menyelerakan. Makan sorang je beginilah, yang mudah-mudah je. Untuk makan malam masak lain sebab makan dengan Encik Suami lepas balik kerja. Masak lauk pauk panas-panas baru sedap.
Ikan kembung goreng sedap gaul bersama pes asam jawa sikit, garam dan serbuk kunyit. Bendi celurkan je. Makan dengan sambal geprek yang baru disiapkan, stok sambal geprek bulan lepas dah licin.
Nanti nak cuba ecoBrown's red rice pula. ecoBrown's Riceberry Rice ni saya lupa pula harga dia berapa sebab dah lama membeli. Resit pun entah kemana.
32 Comments
Sekali pandang macam nasi dagang pun iya jugak, tapi tulah, warna keseluruahnnya jadi purple. Kalau nasi dagang, warnanya tak bercampur. Mungkin la nanti kalau datang rajin Fiza, boleh masak asing2 kemudian campurkan bersama. Orang kreatif, buat apa pun jadi punya.
ReplyDeleteA'ah kan. Sebab warnanya macam lebih kurang. Habis beras putih terkena lunturan warna beras riceberry ni. Kena tunggu rajin datang baru saya masak asing-asing. hihi...Harap menjadilah nanti bila bercampur tu warna tak luntur.
DeleteBagus Fiza suka mencuba...
ReplyDeleteSaja cuba mana yang terbaik.
Deleteakak 1st time makan nasi yg guna beras perang sbb time tu beras putih abis...arwah FIL yg suka makan beras perang..bgs utk kesihatan tp tula kita xbiasa sbb rasa tawar je...tp yg fiza share ni 1st time tgk sbb tulis rice berry
ReplyDeleteBeras perang tu memang tawar betul tak ada rasa. Kuah pun payah nak serap.
Deletecantik warnanya..sayang pulak nak makan hehe.. rasanya sama je kan mcm beras putih..?
ReplyDeleteCantik warnanya walaupun dicampur dengan beras putih. Kalau masak dia sahaja mungkin lagi cantik pekat warnanya. Lebih kurang je rasa dia seperti yang saya ceritakan. Ini mesti tak baca habis ni.
DeletePernah nampak...tapi belum terasa nak try...sebab nnt sorang2 makan...isi rumah x laku makan nasi mcm ni...
ReplyDeleteBoleh je campur sikit dengan nasi putih. Dia tak mengganggu rasa. Sedap!
DeleteTak pernah la beli beras selain beras biasa & beras basmathi tu. Beras ni macam pulut hitam pun ye.
ReplyDeleteBeras dia macam pulut hitam tapi dah masak macam beras biasa je.
DeleteNampak macam nasik dagang pun ada kan?
ReplyDeleteKann...warna dia tu mengingatkan kita pada nasi dagang.
Deletesaya pernah jer mkn brown rice masa saya on diet ie nak cut beras biasa konon2nya
ReplyDeleteUntuk diet memang sesuai sangat makan nasi perang.
DeleteSaya langsung cari dj Tokopedia dan shoppee sini, tapi tak ada lah kak. Oke, berarti di KL saya nak cari, dan bawa 1 pack untuk rasa2 😄😄
ReplyDeleteNanti jangan lupa beli di KL ye. Tak pasti ada pek kecil lagi ke tak. Yang saya beli ni 1kg.
Deleteini sungguh menarik, masak seperti biasa je la kan? jap baca entri ni semula.
ReplyDeletejika try test ni, maunya daktiga ni soalsiasat kita dan diakhiri dgn just ignore it. dorang ni takleh yg pepelik sikit.
Ye, masak macam beras biasa je. Kalau kukus lagi elok kejadian dia berderai satu-satu dan lembut. Budak-budak kalau tak biasa begitulah, dihujani dengan soalan bertubi-tubi. Tapi tengok Rina tu kemain berselera makan. Mungkin dia dah biasa dengan jenis nasi macam ni kot kan.
Deleteboleh jadi nasi dagang juga nie...hihihi...lawa la warnanya...sorang2 pun rajin memasak..kalau linda tak makan dah, tunggu malam je makan dengan suami...
ReplyDeleteNasi dagang tipu-tipu bolehlah. hihi...Kena makan juga sebab breakfast kita dah skip. Kalau tunggu sampai husband balik dah boleh puasa sebab Maghrib baru sampai rumah.
Deletejat dubuyo hidangkan beras purple ni. baru tahu banyak khasiatnya :D
ReplyDeleteboleh cuba beli ni, tapi takut mak bising lak beli beras pelik2 hahaha
Ohhh ada ye. Tak tahu pulak sebab tak pernah makan kat situ. Kalau nak try beli pack kecil tapi tak pasti ada ke tak saiz lagi kecil selain 1kg ni.
DeleteFirst time KSarie tau pasal beras riceberry ni. Rupanya macam nasi dagang. Ini kalau budak-budak sure suka sebab nasinya ada warna. Nak kena masukkan dalam senarai groceries nampaknya.
ReplyDeleteYa, warna dia tu seakan-akan nasi dagang. Saya tengok Rina tu pun berselera makan nasi ni. Bolehlah cuba beli dan rasa nanti kak.
DeleteFirst time jugak dengar beras ni. Kalau brown rice pernah lah beli.
ReplyDeleteKot nak cuba, bolehlah beli nanti.
DeleteNasi yang ni memang saya kurang makan....sekarang makan Basmathi. Tapi yang coklat ni banyak khasiatnya.
ReplyDeleteSaya campurkan bersama beras basmathi lah ni. Ini yang purple. Yang coklat tu beras perang.
Deletekalau masak riceberry ni semata mau purple pekat warnanya nanti. yang ni dah campur dengan basmathi biasa pun masih pekat warnanya.
ReplyDeleteBetul tu Ammi. Letak sebelah-sebelah pun warna dia merebak satu periuk nasi. Lagi cantik agaknya kalau masak dia semata-mata.
Delete