Sekarang tengah hype banana pudding viral sana sini. Jadi, saya rancang nak buat banana pudding guna pisang kapas yang sedang elok dah masak. Cara buat banana pudding viral mudah je rupanya. Saya olahkan resipi ikut versi selera saya sendiri.

Ada bermacam-macam cara dan bahan-bahan yang berbeza. Ada yang letak telur, ada yang letak kuning telur sahaja, ada yang guna susu pekat, ada yang guna mascarpone cheese, ada yang guna cream cheese dan macam-macam lagilah.

Saya tak nak letak telur dan tak nak letak susu pekat takut manis. Lagipun dah lama tak guna susu pekat. Dah tak membeli susu pekat pun ye. Guna susu segar je lebih bagus. Dapat kurangkan manis juga.

Nak buat banana pudding ni makan masa jugalah. Selepas simpan sehari dalam kulkas baru sedap dimakan sejuk-sejuk. Inilah hasilnya banana pudding saya. Dapatlah dua bekas, 1 bekas kaca ni dan satu lagi bekas tipuware.

Cara Buat Banana Pudding Viral Mudah Je Rupanya

Resipi banana pudding mudah versi Fiza

Bahan-bahan kastad

2 sudu tepung kastad
3 sudu gula pasir
2 cawan susu segar
sedikit garam
1 camca esen vanilla
2 sudu butter

Bahan-bahan whipped cream

2 cawan whipping cream
2 sudu besar gula kastor

Bahan utama

Biskut susu tiger 2 pek 
Pisang kapas

Ikut resipi asal guna biskut telur (nilla wafers) tapi saya cari di Mydin tak ada. Nak pergi Jaya Grocer malas pula. Jadi saya guna mana yang ada dan sesuai iaitu biskut Tiger susu. Sedap berlemak susu, tak manis sangat macam biskut Tiger biasa tu.

Boleh guna biskut kegemaran masing-masing.

Cara penyediaan

kastad

Satukan semua bahan dalam periuk/kuali. Kacau rata baru hidupkan api dan kacau perlahan sampai kental. Dah meletup-letup tu tandanya dah masaklah. Kalau masih belum kental, kacau sampai tekstur dia kental okay.

Lepas tu masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk. Dah sejuk, tutup bekas dan simpan dalam peti ais. Biarkan lebih kurang minima 3 jam.

whipped cream

Agak-agak dah nak sampai masa keluarkan kastad, boleh sediakan untuk whipped cream. Ada orang guna mascarpone cheese untuk tekstur yang lebih ringan dan sedap. Saya tak jumpa mascarpone cheese tu. 

Jadi guna whipping cream je lah. Tekstur dia ringan juga cuma cepat cair katanya kalau tak betul-betul kental.

Masukkan dua bahan tu dalam bekas dan pukul sampai bertanduk orang kata. Kalau terbalikkan mangkuk tu dia tak jatuh. Boleh guna cake mixer. Yang ni sekejap je proses dia. 

Lepas tu campurkan kastad dan whipped cream ni. Putar lagi sampai sekata. Siap untuk adunan pudingnya. Seterusnya dah boleh susun biskut dan hirisan pisang satu lapisan, tutup dengan lapisan puding bergilir-gilir sampai habis. 

Simpan dalam kulkas, esoknya dah boleh makan. Kalau tak sabar boleh je makan selepas beberapa jam sejuk.

Cara Buat Banana Pudding Viral Mudah Je Rupanya

Macam tu je buatnya. Mudah je sebenarnya. Yang buat mahal tu sebab modalnya besar. Whipping cream tu saya beli 40 lebih jugalah untuk 1 L. Itupun ada yang tak beli sebab dah ada stok di rumah macam pisang, susu segar, gula, butter dan lain-lain.

Makan modal dan makan masa juga lah. Tapi lebih puas hati kalau buat sendiri sebab puas makan dan ikut selera kita. 3 hari lah dapat makan banana pudding ulang-ulang. Sedap macam makan aiskrim. Ada lebihan whipping cream nanti nak buat lagi.

Tapi nak buat versi cookies dan brownie chocolate. Macam sedap je. Brownies tu beli je lah tabur sikit-sikit. Biskut letak banyak-banyak pun sedap. Kalau nak letak pisang ni better letak buat topping je. Letak pisang segar baru best.

Maksudnya bila nak makan, baru letak pisang yang segar. Baru sedap macam tu. Bila letak dalam adunan lapisan tu dia jadi macam kurang sedap sebab tak segar dah.

Saya tak guna cream cheese sebab tak suka tekstur dia berat. Muak pun ye nanti. Better guna whipping cream atau mascarpone cheese. Lagi sedap! Tapi yelah, lain orang lain seleranya. Ikutlah selera masing-masing kalau buat sendiri tu.

Agak-agak macam payah nak ikut resipi saya ni, boleh je cari resipi banana pudding yang mereka share dalam TikTok. Ikut mana yang mudah. Kalau complicated sangat, saya pun malas nak buat.