Stok sambal kicap dah habis, stok sambal geprek pun hampir licin. Boleh pula sama-sama berpakat nak licin ye. Terpaksalah buat stok untuk dua jenis sambal ni. Kalau tak ada nanti tak lalu nak makan. Saya kan pempedas.
Sambal geprek
Tomato tak ada, saya olahan tanpa tomato. Sebelum ni pernah buat juga. Nampaknya versi tak ada tomato lagi sedap sebab lagi pedas. Tomato tu saya gantikan dengan pes asam jawa sikit. Bahan yang wajib ada cili merah Thailand super pedas, bawang rose dan bawang putih sahaja. Perasakan dengan garam sikit dan juga gula sikit.resipi sambal geprek versi ada tomato
Cara penyediaan
Saya rebus dulu cili, bawang putih dan bawang rose. Bila air dah kering angkat dan toskan. Kalau malas tunggu air kering, boleh je angkat dan toskan. Panaskan minyak dan goreng kejap cili dan bawang. Biar ada kesan macam menggoreng sikit. Lepas tu baru kisar tambah air sikit.Panaskan semula minyak tadi dan masukkan semula bahan yang dikisar tadi. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula. Biarkan pecah minyak baru tutup api dan sejukkan dahulu sebelum masuk bekas.
Masa tunggu masak pecah minyak tu pastikan rajin mengacau, jangan sampai hangit melekat pada dasar kuali tu. Nanti ada rasa hangus pula.
Sambal kicap
Cili api dan bawang putih je bahan dia. Perasakan dengan garam dan gula sikit.Cara penyediaan
Bakar kejap bawang putih, saya guna 2 ulas je sebab buat sikit sebekas tu je. Cili api saya rebus bagi masak supaya tak sakit perut. Dah masak, kisarkan bersama dengan bawang putih yang di bakar tadi dan juga tambah kicap. Jangan tambah air.Boleh letak garam dan gula sekali dalam pengisar. Atau nak letak selepas kisar pun boleh. Masuk dalam mangkuk dan biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas bertutup.
Cara macam ni sambal akan lebih tahan lama. Kalau sambal geprek tu lebihkan sikit minyak pun takpa untuk tahan lama. Minyak tu nanti tak payah lah makan. Cedok sambal je.
Siap sudah stok sambal geprek dan sambal kicap cara saya. Ada orang suka tambah limau kesturi dalam sambal kicap tapi saya tak suka. Macam ni pun okay dah, mudah dan sedap.
0 Comments