Kejap betul dah sebulan, rasa macam baru je lepas jumpa doktor. Kenalah kita menghadap doktor gigi untuk braces monthly review bulan Ogos/ September 2025. Dapat temujanji tengahari. Tak ramai orang masa ni. Sampai je terus daftar dan sign consent form.
Begitulah rutin setiap bulan kalau kita pakai conventional braces. Masa nak pilih o-ring, hati berbunga-bunga bila nampak ada stok o-ring warna hitam setelah sekian lama tak muncul. Ini kalilah baru ada. Tak fikir banyak, terus ambil warna hitam.
Belum sempat nak duduk, nama dah dipanggil. Tak sempat nak ambil gambar o-ring hitam sahaja. Sempat ambil gambar di kaunter je. Teruslah masuk bilik.
Doktor check gigitan. Masih ada ada ruang kosong belum rapat lagi. Jadi, hanya tukar o-ring dan power chain baru je. Itu sahaja. Tak sampai 5 minit selesai.
Macam biasa bila tukar kedua-dua getah ni hanya akan terasa sikit je tarikan tu. Lepas tu tak rasa dah. Selesai untuk temujanji bulan Ogos.
Jumpa lagi bulan September. November nanti genap setahun setengah, jadi kena jumpa doktor pakar orthodontic sebab 6 bulan sekali. Itu kita seram, mesti ada accesories lain yang kena tambah. Mungkin power chain bahagian atas pula? Mungkin elastic band?
Kita nantikan saja.
Kita nantikan saja.
0 Comments