Tempe, sinonim dengan masyarakat Jawa. Asal tempe je Jawa. Asal Jawa je tempe. Tak dapat dipisahkan. Ada orang tak mengaku dia Jawa. Eh! Bukan saya! Saya Melayu tulen.

Walaupun bukan orang Jawa tapi saya penggemar tempe. Tempe ni kalau diolahkan menu apa-apa pun sedap. 

Dulu, tempe dijual dengan berbungkus daun pisang dan kemasan luarnya dengan surat khabar. Rasanya dah lama tak jumpa versi bungkus daun pisang dan surat khabar tu. Sekarang banyak tempe dalam bungkusan plastik transparent tu je.

Tempe ni paling sedap kalau dibungkus dengan daun especially daun pisang. Aroma dia lagi wangi. Dapat tempe segar tu, sedap juga dimakan begitu saja. 

Tempe [tém.pé] | تيمڤي

Tempe merupakan makanan tradisional berasaskan kacang soya (kedelai) yang kaya dengan protein, serat dan probiotik semula jadi. Kacang soya ini difermentasi bersama ragi tempe untuk menjadikan teksturnya padat menjadi tempe.

Untuk lebih sihat boleh pilih tempe organik Non-GMO.

Tempe organik Non-GMO

Tempe organik Non-GMO adalah tempe yang diperbuat daripada kacang soya organik yang ditanam tanpa racun dan baja kimia. Non-GMO pula merujuk kepada tidak diubahsuai secara genetik.

Gabungan dua ni menjadikan tempe lebih selamat dan berkualiti tinggi berbanding tempe biasa. Kebiasaannya tempe organik Non-GMO ni lebih mahal, harap maklum.

Kelebihan tempe organik Non-GMO

  • Lebih sihat, bebas bahan kimia & GMO.
  • Kaya protein tumbuhan yang sesuai untuk diet sihat dan vegetarian.
  • Baik untuk usus kerana mengandungi probiotik semula jadi.
  • Mesra alam disebabkan pertanian organik dan terpelihara.
Bagus sangat tempe organik Non-GMO ni kan. Kalau rajin dan pandai, boleh lah buat sendiri homemade tempe organik di rumah. Bahan asasnya cuma kacang soya non-gmo, ragi dan pembungkus.

Tapi ini bukan homemade tempe yang saya buat. Beli dengan anak buah. Dia baru mulakan bisnes homemade tempe organik Non-GMO ni.

Homemade Tempe Organik Non-GMO Lebih Sihat Dan Segar

Dapatlah juga saya rasa tempe organik ni. Ini pertama kali saya makan tempe organik. Jangan tanya saya mana beli kacang soya non-gmo tu ye. Saya tak tahu. Yang saya tahu, makan je. 

Saya nak 3 bungkus je.. Diberinya 4 bungkus tempe. Rezeki dapat lebih. 

Homemade Tempe Organik Non-GMO Lebih Sihat Dan Segar

Hari esoknya tu baru saya buka. Sebab masa dia bagi tu tempenya belum cukup matang katanya. Saya letak je atas meja, jangan ditindih-tindih katanya. Pantang larang buat tempe kot kan. 

Dah cantik elok, jom lah kita bergambar kejap. Cantik kejadiannya. Padat dan tebal! Lembut gebu. Baunya pun harum dibungkus dengan daun lebak. Pertama kali tahu daun lebak, nampak gaya macam daun lerek tapi bukan.

Homemade Tempe Organik Non-GMO Lebih Sihat Dan Segar
keratan rentas tempe

Saya cuba makan mentah. Sedap rasa kacang soya berlemak. Bawah ni kejadian sebelum dipotong. Nampak macam nipis tapi tebal tempenya.

Homemade Tempe Organik Non-GMO Lebih Sihat Dan Segar
putih gebus gebas

Tengok bahan dia ringkas je tapi nak membuatnya tak mudah ye guys. Silap langkah, kurang atau lebih bahannya tak menjadi nanti. Dia macam buat tapai juga ada pantang larangnya. Dan dia mengambil masa untuk menjadi tempe yang terbaik.

Kita serahkan pada pakar yang membuatnya lah, baik kita beli je. Itu lagi mudah. Kalau ada yang nak beli sekitar Banting/Putrajaya boleh contact di TT @faiinaii

Kalau beli tu sila beli lebih. Kalau tidak, nanti menyesal sebab tak cukup.