Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H/ 2025M kepada umat Islam seluruh dunia. Pada tahun ini Maulidur Rasul di Malaysia jatuh pada waktu maghrib hari Khamis, 4 September 2025 bersamaan 12 Rabiulawal 1447H dan ianya merupakan cuti umum pada hari Jumaat, 5 September 2025.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H/ 2025M

Sempena Sambutan Maulidur Rasul, lazimnya akan mengadakan majlis ilmu, acara seperti perarakan, ceramah, forum perdana serta pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW dan sebagainya.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan

Tarikh : Jumaat, 5 September 2025/ 12 Rabiulawal 1447H
Masa : 9.30 pagi
Lokasi : Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang
Live streaming rasmi : Saran langsung bermula 7.30 pagi di RTM TV1 dan platform media sosial rasmi JAKIM

Tema Maulidur Rasul 2025M/ 1447H

Tema sambutan Maulidur Rasul 1447H/ 2025M ialah “Membangun Ummah Madani”, tema yang sama dengan tema sambutan Tahun Baru Hijrah.

Maulidur Rasul/ Maulid Nabi

Maulidur Rasul disambut pada 12 Rabiulawal merupakan tarikh hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Tarikh ini adalah hari yang penting buat umat Islam.

Kedatangan Nabi Muhammad adalah rahmat terbesar dan anugerah teragung sebagai utusan Allah untuk menghentikan segala kerosakan (penyembahan berhala, penzinaan,mabuk, berjudi, merompak, membunuh dan lain lain) dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik.

Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik untuk kamu...
Surah Al-Ahzab: 21

Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah saat untuk kita menghayati perjuangan, akhlak mulia dan kasih sayang baginda yang menjadi cahaya sepanjang zaman.

Lazimi berselawat setiap hari bukan hanya semasa sambutan Maulidur Rasul sahaja. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul 1447H/ 2025M dan selamat bercuti panjang.