Sekarang tengah musim banana pudding. Selagi tengah musim ni, ramailah yang menjualnya. Selagi tu jugalah kita cari mana banana pudding yang sedap.
Setakat ni saya dah cuba rasa 2 banana pudding dari bakers yang berbeza. Orang lain tiramisu hunting, saya banana pudding hunting. Banana pudding di Seremban ni banyak yang dijual di Senawang dan juga Seremban 2.

Salah satunya banana pudding di Papa Dessert Dataran Centrio Seremban 2. Haritu alang-alang ke Mydin Seremban 2, jomlah kita singgah beli banana pudding. Inipun jumpa dalam TikTok juga.

Saiz bekas dia macam yang biasa orang jual tiramisu tu juga. Menarik dia punya sticker tu.

Tak kedekut bahan setara lah dengan harganya tu. Rasanya macam guna bahan premium je ni. Dari segi rasa tu, saya kurang suka sebab adunan dia macam berat sikit. Rasanya dia pakai cream cheese kot. Saya lebih suka banana pudding themoon.my lagi sebab lebih ringan sedap kurang manis.

Lokasinya depan klinik Al-Ansar. Mudah je nak cari stall Papa Dessert ni. Ada bermacam-macam jenis dessert di jual di sini. Misi saya nak beli banana pudding je lah. Beli yang original.
![]() |
comel je banner menu dia |
Semaneesmu...manees like you.
Wah bukan main lagi ye mencuri hati pembeli.

Tengok rupa paras dia menggoda tekak betul. Taburan serpihan biskut. Tak pasti biskut apa yang kecil tu dan yang besar tu biskut telur atau dipanggil nila wafers.

Tak kedekut bahan setara lah dengan harganya tu. Rasanya macam guna bahan premium je ni. Dari segi rasa tu, saya kurang suka sebab adunan dia macam berat sikit. Rasanya dia pakai cream cheese kot. Saya lebih suka banana pudding themoon.my lagi sebab lebih ringan sedap kurang manis.
Yang ni, dia bukanlah tak sedap. Sedap je, cuma kurang menepati selera saya. Mungkin lebih menepati selera orang lain. Okaylah kan buat rasa-rasa bila teringin banana pudding.
baca juga
Okay, teruskan misi cari banana pudding. Masalahnya yang jual banana pudding ni hanya hari Jumaat dan Sabtu je. Kebanyakannya lah. Itupun saya cari di TikTok je. Kat mana lagi banana pudding yang Sedap di Seremban ni? Boleh share dalam kotak komen.
0 Comments