Tak suka taugeh, sila skip entry ni. Entry ni untuk geng taugeh kipas susah nak mati. Bukan kipas lipas. Untuk menu pertama tempe homemade organik Non-GMO, saya rancang nak masak campur taugeh tumis je.
Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili api. Cili api letak 2-3 tangkai je, tak banyak. Bahan tu kena tumbuk dia akan jadikan masakan lebih sedap selain ditambah masak dengan kasih sayang.
Tumis pun guna minyak sikit je. Perasakan dengan garam sikit. Dah garing masukkan taugeh dan goreng sekilas je gitu untuk kekalkan kerangupan taugeh. Itu cara masak kalau taugeh sahaja.
Kalau ada geng lain, lepas tumis tu boleh masukkan tempe dan tauhu dulu, kemudian kucai. Akhir sekali baru taugeh.
Cara saya, kalau campur tauhu dan tempe wajib goreng dulu baru dicampur selepas tumis tu. Nak lagi sedap campur kucai. Ada 4 ni, taugeh, tauhu, tempe dan kucai baru lengkap.
Tapi saya tak ada stok tauhu pula. Ada 3 ni pun bolehlah.

0 Comments