Lamanya tak masak kuetiau goreng. Rindu pula nak makan kuetiau goreng air tangan sendiri. Asyik beli dan beli je. Sesekali masak sendirilah pula. Bahan-bahan pun ada stok dalam kulkas. Ayuh kita masak!
Saya suka kuetiau halus berbanding kuetiau besar tu. Yang halus ni kurang sikit bau dia dan lagi sdap. Ada lagi satu kuetiau halus tu tapi macam payah nak jumpa. Ini kira saiz pertengahan lah.Basuh siap-siap kuetiau dan toskan. Ada orang suka gaulkan sekali dengan kicap lepas tos tu. Ikutlah cara masing-masing.
Cara saya masak kuetiau goreng senang je. Tumis bawang putih ketuk. Dah naik bau dan garing sikit baru masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram. Dah pecah minyak masukkan udang.
Tak payah lama sangat sebab udang cepat masak. Saya buang kulit dan potong kecil lagi senang nak makan bila pakai braces ni.
Lepas tu pecahkan telur. Masukkan kuetiau. Gaul rata, masukkan kicap dan sos karamel pekat sikit. Tambahlah garam secubit buat rasa-rasa. Tak nak tambah garam pun tak apa sebab segala sos dah ada perasanya.
Akhir sekali masukkan kucai dan juga taugeh. Ringkas je cara masak kuetiau goreng ni. Mudah, cepat dan sedap! Masak kuetiau ni jangan letak air nanti boleh jadi hancur kuetiau tu.
Sos karamel pekat tu saya saja cuba letak sebab baru beli. Saya beli brand kimball. Tengok ramai yang share guna untuk masak mi goreng. Saya pun beli jugalah. Terpengaruh dengan rakan blogger. Dia akan jadikan masakan tu lebih sedap dan mi pun elok cantik berkilat.
28 Comments
Wah, kuetiaw kayangan ni Fizah! Macam-macam perencahnya, lengkap sempurna.
ReplyDeleteBarulah berselera makan kan kak Amie. Semua rencah favourite ada.
Deletesedapnya! alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedap mengikut selera.
Deletesedapnya masak sendiri lg best
ReplyDeleteBetul tu Rabia. Alhamdulillah sedap.
Deletesamala, suka kueytiaw jenis halus tu.
ReplyDeletenampak sedaplah menu ni. kita yg masak, boleh letak bahan banyak2
Dia lagi sedap kan kuetiau halus ni tak ada bau pelik. Alhamdulillah sedap, letak apa yang kita suka.
DeleteSaya nih sukaaaa kwetiaw. Tp masak sendiri tak pernah. Kuatir tak menjadi 😅😅😅. Lagipun agak jarang lihat mie tiaw yg mentah dijual. Mungkin saya juga yg tak terlalu mencari
ReplyDeleteBoleh cuba masak Fanny. hihi...
DeleteOhh mungkinlah juga. Kalau tak mencari, kita jarang nak membelek kan.
Tengok pun tau sedap.nyums
ReplyDeleteAlhamdulillah..Nyummylicious.
Deleteada banyak tauge!
ReplyDeleteyes sy sukaaaaaaa
Yaa..pencinta taugeh macam kita kenalah letak banyak taugeh. Barulah pencinta taugeh sebenar. Tak gitu?
Deleteakak pn suka kuehtiaw halus....entry arini akak update goreng kuehtiaw juga ..lama tk letak kerang
ReplyDeleteKann..sedap lagi kan kuetiau halus ni. Eh, sama pula berkuetiau. Kerang sekarang kena stop makan sebab tercemar ke apa entah yang baru-baru ni.
DeleteBaik, saya terjah nanti blog akak.
Rasa nka suruh ja suri hati masak kuehtiaw..cantik gambar..
ReplyDeleteBoleh je usulkan pada suri hati tuan, kan.
DeleteTerima kasih.
datang dari masa depan. nampak menyelerakan.
ReplyDeleteada masa kita rindu masakan sendiri kan? ihiks~
namun, sepanjang masa ku suka masakan selain sendiri. masak tuk daktiga ja, ku mkn menu kedai.
Betul sangat. Kadang tu rasa macam dah lama tak masak something kan. Ooo macam tu pulak ek. Kadang kita ni jemu juga dengan masakan sendiri. Nak juga merasa air tangan masakan orang lain.
DeleteDisebabkan KSarie memang jarang memasak idok la KSarie tahu kewujudan sos karamel pekat. Nanti harus disiasat juga nampaknye hehehehhe. Asal baca blog Fiza mesti dapat ilmu baru. Thanks tau Fiza sokmo kongsi info. Ketiawnya seperti semua gambar masakan Fiza yang lain tampak menggiurkan.
ReplyDeleteSos karamel pekat biasanya dorang guna untuk masak mi goreng. Berkilat elok rupa dia katanya. Saya saja cuba untuk masak kuetiau ni. hihi..Terima kasih KakSarie.
DeleteSama-sama juga.
Kak SA pun suka yang kuetiau halus..yang besar tu x suka..x tau la apesal x suka
ReplyDeleteYang besar tu macam ada bau yang kurang menyenangkan sikit. Lepas tu rasa dia macam kurang sedap sikit kan.
DeleteCantik kejadian KTG tu.. nak kena cari jugalah kicap karamel.
ReplyDeleteCantik berkilat rupa dia kan. Selamat mancari, kita terpengaruh juga dengan geng blogger.
Deleteoh ada ye kicap karamel brand kimball. nak cari jugaklah, selalu tgk orang guna yang brand cina tu yang tak jadi nak beli. itu memang akan mendatangkan jelingan maut suami ammi nanti huhu. Ada sepeket kuehtiow kat rumah ni tapi tulah, ammi belum pernah lagi goreng kuey tiow. Selalunya buat sup je
ReplyDeleteAda, saya pun baru tahu Ammi. Haritu dok belek nak cari kicap karamel pekat tu. Banyak juga jenama yang ada bukan hanya yang viral tulisan Cina tu je. So saya pilih kimball. Nanti boleh cuba goreng kuetiau chinese style, ringkas dan sedap. Tak renyah macam goreng mi.
Delete