Selamat menyambut Hari Malaysia ke-62 tahun pada tahun ini 2025. Istimewanya tahun ni kita dapat cuti tambahan pada hari semalam 15 September 2025.
Penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.
Kepentingan sambutan Hari Malaysia juga untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.
Kemerdekaan itu sendiri dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Semoga kita semua dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian tersebut.
Bersempena sambutan Hari Malaysia 2025, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar perpaduan, menghargai pengorbanan para pejuang, serta memperkukuh semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta.
Tarikh 16 September merupakan tarikh penting untuk rakyat Malaysia. Ianya sebagai simbol penyatuan rakyat Malaysia di bawah satu bendera, satu suara, dan satu semangat kebangsaan.
"Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia"
![]() |
sumber : Merdeka 360 |
Tema Hari Malaysia 2025
Tema Hari Malaysia 2025 adalah "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni"sama temanya dengan Hari Kebangsaan 2025.Tema ini dipilih untuk mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat dan perpaduan, menekankan bahawa pembangunan dan kemajuan negara harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat Kebangsaan
Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2025.Tarikh: 16 September 2025 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Lokasi: PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang
Masa: 8.30 malam
Lokasi: PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang
Sejarah Hari Malaysia
Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama. Tarikh 16 September setiap tahun disambut bagi memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat dan bebas dari cengkaman kolonial British.Penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.
Kepentingan sambutan Hari Malaysia juga untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.
Kemerdekaan itu sendiri dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Semoga kita semua dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian tersebut.
Bersempena sambutan Hari Malaysia 2025, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar perpaduan, menghargai pengorbanan para pejuang, serta memperkukuh semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta.
Selamat Hari Malaysia ke-62 2025 dan selamat bercuti.
0 Comments