Masa membeli barang dapur di Mydin perasan ada riceberry rice di rak. Macam menarik untuk dicuba ni. Dia tak ada pack besar, yang ada 1kg ni je. Jadi, ambillah yang 1kg ni masuk troli.
Nanti nak cuba ecoBrown's red rice pula. ecoBrown's Riceberry Rice ni saya lupa pula harga dia berapa sebab dah lama membeli. Resit pun entah kemana.
Sebelum ni pernah cuba beras perang (brown rice) tapi kurang sedap sebab dia tersangatlah tawar. Beras untuk kesihatan kan, mana sedap. Tak mahu dah beli. Untuk orang diet, sesuailah.
Lepas tu cuba pula beras ecoBrown’s gold mixed wholegrain rice sebab terpengaruh dengan mukbang Rina anak Ryzal dan Mariam tu. Dia makan beras berwarna ungu. Saya ingatkan mixed wholegrain rice tu, tapi macam silap je. Rupanya korean purple rice.

Bila jumpa riceberry rice ni excited juga nak cuba. Beras ungu macam Rina makan juga. Saya rancang nak campurkan je dengan beras basmathi Jasmine LaSella parboiled yang biasa kami makan.

Apabila dimasak, ia mempunyai aroma unik, rasa berempah kacang (nutty) dan tekstur yang agak kenyal menjadikannya sesuai untuk pelbagai hidangan daripada sajian masin seperti nasi mangkuk dan tumisan, hinggalah pencuci mulut manis seperti puding beras.
Beras Riceberry menjadi beras bijirin penuh yang paling popular dalam kalangan vegetarian, vegan, serta pengguna yang mementingkan kesihatan. Sedap dan mengenyangkan.
sumber : ecobrown

Saya hanya campurkan sikit je beras riceberry ni, suku cawan. Basuh bersama dengan beras putih, bila masak terus warnanya jadi macam ni. Warna dia luntur merebak meresap dalam beras putih. Ingatkan tak meresap dan warnanya akan sebutir-sebutir ungu. Rupanya tak!

Saya cuba juga masak cara lain basuh asing-asing. Dalam periuk tu letak sebelah-sebelah sebab tak nak warnanya tempias kena semua nasi putih. Sama juga hasilnya, warna dia merebak satu periuk. Kalau nak cantik kena masak asing-asinglah gitu, dah masak dua-dua baru gaul bersama.

ecoBrown's Riceberry Rice
Beras Riceberry ialah varieti baharu beras organik beraromatik dari Thailand yang juga dikenali sebagai “The Rice Bowl of Asia”. Beras riceberry berwarna ungu gelap dengan bentuk panjang hasil kacukan antara beras wangi (jasmine rice) dan beras hitam (black rice) aromatik.Bebas gluten dan bebas kolesterol. 100% wholegrain, tinggi fiber.
Antosianin ialah sebatian antioksida utama yang terdapat pada lapisan dedak bijirin Beras Riceberry. Mengandungi 6 kali lebih tinggi antioksidan berbanding nasi putih dan brown rice.
Warna ungu gelap menandakan kandungan khasiatnya yang lebih tinggi (mineral, nutrisi, vitamin) dan memberikan penampilan yang menarik.
Apabila dimasak, ia mempunyai aroma unik, rasa berempah kacang (nutty) dan tekstur yang agak kenyal menjadikannya sesuai untuk pelbagai hidangan daripada sajian masin seperti nasi mangkuk dan tumisan, hinggalah pencuci mulut manis seperti puding beras.
Beras Riceberry menjadi beras bijirin penuh yang paling popular dalam kalangan vegetarian, vegan, serta pengguna yang mementingkan kesihatan. Sedap dan mengenyangkan.
sumber : ecobrown
Cantik warna beras ungu ni. Sekali imbas macam beras pulut pun ada.

Saya hanya campurkan sikit je beras riceberry ni, suku cawan. Basuh bersama dengan beras putih, bila masak terus warnanya jadi macam ni. Warna dia luntur merebak meresap dalam beras putih. Ingatkan tak meresap dan warnanya akan sebutir-sebutir ungu. Rupanya tak!

Saya cuba juga masak cara lain basuh asing-asing. Dalam periuk tu letak sebelah-sebelah sebab tak nak warnanya tempias kena semua nasi putih. Sama juga hasilnya, warna dia merebak satu periuk. Kalau nak cantik kena masak asing-asinglah gitu, dah masak dua-dua baru gaul bersama.
Tapi malaslah banyak kerja pula nak masak nasi. Macam ni pun cantik kejadiannya. Rasa beras riceberry ni memang sedap. Dia tak kosong. Sedap macam makan nasi putih juga. Tekstur dia bila dicampur dengan nasi putih pun macam beras sumo melekit sikit. Dia bukan jenis kering berderai tu.

Sedap je makan dengan lauk pauk harian kita tu. Berselera makan dan tak ada rasa pelik. Mungkin sebab campur dengan nasi putih kot. Nanti boleh cuba masak beras riceberry sahaja tanpa campur. Tengok macamana nanti.
Lauk ruji makanan tengahari saya, ringkas dan menyelerakan. Makan sorang je beginilah, yang mudah-mudah je. Untuk makan malam masak lain sebab makan dengan Encik Suami lepas balik kerja. Masak lauk pauk panas-panas baru sedap.
Ikan kembung goreng sedap gaul bersama pes asam jawa sikit, garam dan serbuk kunyit. Bendi celurkan je. Makan dengan sambal geprek yang baru disiapkan, stok sambal geprek bulan lepas dah licin.
Nanti nak cuba ecoBrown's red rice pula. ecoBrown's Riceberry Rice ni saya lupa pula harga dia berapa sebab dah lama membeli. Resit pun entah kemana.
2 Comments
Sekali pandang macam nasi dagang pun iya jugak, tapi tulah, warna keseluruahnnya jadi purple. Kalau nasi dagang, warnanya tak bercampur. Mungkin la nanti kalau datang rajin Fiza, boleh masak asing2 kemudian campurkan bersama. Orang kreatif, buat apa pun jadi punya.
ReplyDeleteA'ah kan. Sebab warnanya macam lebih kurang. Habis beras putih terkena lunturan warna beras riceberry ni. Kena tunggu rajin datang baru saya masak asing-asing. hihi...Harap menjadilah nanti bila bercampur tu warna tak luntur.
Delete