Pokok belimbing buluh di Segamat yang ditebang dah keluar dahan baru. Mujurlah orang yang mak upah tu tak tebang habis. Boleh juga hidup kembali. Nak tunggu hasilnya macam lambat lagi. Tak ada lah rezeki nak bawa balik buah belimbing.

Sekarang ni tengah musim agaknya kot. Ada rezeki buahnya di kampung Encik Suami di Pilah. Tak ada di Segamat, di Pilah ado. Ini pun tak ambil segugus-segugus. Ambil mana yang besar je.

Buah Belimbing Buluh

cara simpan buah belimbing buluh

Dapatlah buat stok. Masuk bekas tipuware, letak dalam kulkas tempat sejuk beku tu. Elok tahan lama. Stok lama pun masih ada lagi sikit. 

Ada orang suka buat jeruk simpan dalam bekas. Pernah nampak tapi tak pernah tahu macamana nak buat jeruk belimbing buluh. Tapi saya suka lagi simpan frozenkan je.

Resepi buah belimbing buluh

Sedap buat masak sambal tumis belimbing buluh, udang masak lemak cili api, sambal petai ikan bilis belimbing buluh, masak sambal hitam pahang atau resipi yang sesuai dengannya.

Sambal hitam Pahang tu macam renyah sikit, saya belum pernah cuba lagi. Memerlukan kesabaran tinggi dan masak yang agak lama juga kan. Jadi, malas nak cuba.

Buah belimbing buluh ni dia bermusim. Kalau tengah musim memang banyak betul sampai jatuh-jatuh ke tanah. Saya tengok ada orang cicah dengan namplawan juga. Umagaiii tak masam ke tu? Tahan betul lidah dia ek. Kebal masam agaknya.

Saya pun tak mampu nak makan begitu je. Kalau campur dalam makanan barulah makan. Itupun makan sikit je sebiji dua. Kalau campur dalam masakan pun tak letak banyak sangat, takut rasa masam tu melebihi yang lain. Kena letak seadanya sahaja.

Selain digunakan dalam masakan, buah belimbing buluh juga ada khasiatnya sendiri. Yang tu kena tanya Encik Google atau ChatGPT kalau nak tahu jawapannya.

Kalau dipasar ni saya agak macam mahal juga kan harga buah belimbing buluh ni. Ke murah je? Tak pernah lagi membeli. Untung kalau ada tanam pokok sendiri, mewah dapat rasa hasilnya.