Lepas balik dari Desaru Johor, rehat sehari di rumah lepas tu check in The Everly Putrajaya Hotel sempena wedding anniversary pula. Pilih menginap di Putrajaya sebab malam tu Encik Suami akan main badminton di Bangi. 

Malas nak stay Bangi, kita stay Putrajaya jiran sebelah je tak jauh. Kami pilih The Everly Putrajaya Hotel dekat je dengan Alamanda. 

Nak pergi Alamanda Shopping Mall juga cerita dia sebab nak cari kasut. Sebelum check in tu kami pergi kejap, sayangnya tak ada kasut tu. Kena order online juga. Baiklah!

Sebelum tu kami makan tengahari di Restoran Mak Kimbong. Kedai makan masakan kampung dan bakar-bakar yang kadang jadi tempat makan Encik Suami waktu lunch. Kami makan ikan bakar, ulam dan sambal je. 

Ramai betul orang kat situ makan tengahari. Banyak pilihan lauk pauk. Tak dapat nak ambil gambar sebab sesak dengan orang. Dah kenyang makan tengahari baru pergi Alamanda Shopping Mall dan kemudian check in hotel.

Hari Sabtu, ramailah orang nak check in kan. Di sini pun saya perhati ramai orang Indonesia di lobby. Ramai bercuti dengan keluarga. Sama macam saya pergi Desaru haritu. 

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Oleh kerana tak ada kerusi kosong di situ, saya duduk jauh di kerusi sebelah lif. Agak lama juga urusan check in sebab Encik Suami beratur pun dah orang ketiga dah tu.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Macam biasa masa booking kami request high level. Tapi lupa nak request view tasik. Lupa hotel ni ada tasik. Aduhaii..sayang betul. Kena stay sini lagilah nampaknya kan. Nak view tasik punya pasal. hihi...

Check in The Everly Putrajaya Hotel
Hallway ke bilik-bilik

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Kami dapat tingkat 14. Kami booking bilik Premier King. Baru best dapat bilik katil saiz king. 

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Dari pintu masuk sebelah kanan ada almari jenis terbuka dengan hanger. Bawahnya ada disediakan sejadah, laundry bag dan laundry service. Pertama kali nampak laundry bag jenis woven. Biasanya plastik.

Ruang minuman, ada segala kelengkapan untuk bancuh air panas teh atau kopi dengan krimer dan gula. Paling cute complimentary  drinking water tu. Comel yang amat botolnya pun. Toiletries ada shower cap, cotton buds, comb,toothbrush dan lotion.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Sebelah kiri, bilik air dan toilet dalam ruang bilik yang sama. Ruang mandi dan sinki terpisah dengan dinding kaca. Ruang mandi dia agak sempit. Kalau jenis berbadan besar agak tak selesa.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Toilet di ruang yang luas sebelah bilik mandi je. Tapi tak faham kenapa tisu holder kena ada sampai 2 sekali. Bilik air dan toilet ni boleh dikatakan bersih. Tak ada bau pelik. Air ventilation bagus. Tersedia 4 helai tuala.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Saya perasan hotel ni bertemakan itik. Kiyowo! Cute betul eh semua itik-itiknya. Cecair sabun, shampoo dan body wash ikut tema warna botol. Tag pintu pun comel. 

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Tent card yang diletakkan atas katil ni comel. Kalau stay sehari tak guna lah kad ni. 

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Tempat letak access kad pun comel haihh Chef Itik. Apeni comel-comel je kartun itiknya. Tumpang kecomelan itik kejap.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Tak ada tema yang special sempena anniversary. Dah tak boleh nak fikir pakai apa, penat travel ke Desaru tak hilang lagi, kita dah check in tempat lain pula. Kita pun sekadar nak tidur hotel je. Tak ada kek special atau aktiviti special atau makan-makan. Itu semua tak sempat nak rancang. 

Okay, sambung tour bilik. Meja dan kerusi selesa. Dapatlah Encik Suami buat kerja juga. Cuti pun kerja juga ek. Kenalah...

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Ini dipanggil apa? Sofa bed? day bed? Tapi tak empuk ye. Sakit badan ni kalau baring kat sini. Duduk pun tak selesa sebab rasa macam keras je. Buat tempat ambil gambar nice lah.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Ini pula POV dari dalam nak keluar bilik. Bilik luas dan selesa sangat. Dapatlah kami berehat seketika di sini.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Permandangan dari dalam bilik. Cuaca cerah elok. Nampak shopping mall Alamanda. Dekat ya amat, jalan kaki pun boleh.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Salah satu yang menarik pandangan mata saya, tangga spiral ni. Pandangan dari tepi dan dari bawah. Saya ambil gambar ni semasa balik dari main badminton waktu malam. Dari parkir naik tangga ke lobby dan lif ke bilik.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Permandangan dari dalam bilik waktu malam. Tak cantik pula gambarnya ada reflection cermin. Dah tutup lampu semua masih ada reflection cahaya tu. Hmm...letak je lah.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Ingatkan lepas main badminton nak pesan dine in room tapi tak sempat. Sampai lambat. Menu-menu dia nampak sedap dan harga dia agak berpatutan juga.

Check in The Everly Putrajaya Hotel

Bilik hotel ni best, agak kedap bunyi juga. Bantal dan tilam empuk, lena tidur. Rasa tak cukup sehari bermalam di sini. Kena bercuti 3 hari 2 malam juga baru puas hati. Ada peluang nak bermalam lagi disini tapi nak view tasik pula.