Encik Suami ada acara main badminton lagi di Bangi. Dah jadi acara bulanan dah nampaknya. Sesekali ada acara bersama kawan-kawan bersukan, why not join sekaki. Encik Suami je lah main.
Saya jadi penonton dan penyokong setia je perati di tepi gelanggang. Ada masa saya bertukar jadi photographer.
Ajak Encik Suami menginap di hotel Putrajaya dekat sikit. Dapatlah juga berehat di hotel ala-ala bercuti kononnya. Mulanya nak menginap di The Everly Hotel Putrajaya tu nak view Tasik pula.
Tapi rasa macam nak cuba menginap hotel lain. Nak rasa pengalaman yang berbeza. Survey punya survey, kami berkenan nak menginap di Zenith Hotel Putrajaya tepi Tasik Putrajaya tu. Dapatlah juga tengok cruise lalu lalang di Tasik.
Mujur jugalah ada bilik lagi walaupun last minit booking. Agaknya dah hujung-hujung cuti sekolah masing-masing pakat balik rumah awal kot. Cuma tu lah weekend mahal sikit as usual.
Ingatkan nak check in awal tapi dah menyinggah sini sana, lambat jugalah kami sampai walaupun gerak selepas solat zuhur. Lebih kurang jam 3.00 lebih baru check-in.
Check-in awal sebab nak berehat di hotel. Tak ada plan nak kemana-mana pun selain main badminton malam tu. Dalam kepala ni nak berehat santai je dalam bilik hotel.
Masa kami sampai, hujan dah mula turun. Masih renyai dan belum lebat lagi. Gambar pun kelam je.
Terus masuk parkir sebelah kiri. Kalau laju silap-silap boleh terus ke lobby depan tu. Mujur perasan jalan masuk menuju ke parkir. Masuk parkir berpalang dan guna kad touch n' go.
Bawa kad touch n' go ke receiptionist untuk claim free parkir sebab kita menginap di sini. Rate boleh tahan mahal juga. Baiklah kita claim free parkir.
Kami parkir di P2 dan naik lif ke Lobby. Lobby lengang cuma ada satu family je baru lepas check-in. Urusan check-in ada masalah sikit. Dalam sistem mereka dia cakap kami booking bilik deluxe twin room. Padahal kami booking bilik Deluxe King Room.
Tapi tak lama sangat pun. Kejap je selesai masalah tu. Lobby dia tak luas mana. Rare pula ada ruang receiptionist macam ni, ada kerusi. Biasa berdiri je. Pertama kali tengok, itu yang macam jakun sikit.

Macam biasalah kami request high level dan best view Tasik. Di sini semua bilik view tasik.
 |
Lif lobby dan lif bilik |
Lif tak ada cermin full. Versi dot-dot pun jadilah kita self mirror kejap. Sistem lif nak naik kena guna access kad.

Laluan ke bilik berkarpet. Berkenan betul dengan lampu sekali dengan nombor bilik tu. Aesthetic sangat. Kami dapat tingkat 6 dan bilik pun tengah-tengah best view lah macam di
Tunamaya sebelum ni.

Sampai di bilik, pintu tak berkunci. Disendal dengan selak pintu. Mereka baru siap kemas kot. So tak payah lah guna access kad.
Sebelah kanan ada cermin besar. Kita posing dulu depan cermin besar ni. Sebelah kiri ada sinki bersama toiletries. Toilet dan bilik air terpisah. Senang tak bergaduh kalau sorang nak mandi, sorang nak membuang.

Bilik air ada bathtub. Sebelum booking kami ada baca review yang tak best pasal toilet dan bilik air ni, kurang bersih katanya. Ya, agak kurang bersih juga pada padangan mata saya. Hotel lima bintang kot. Mestilah expectation kita tinggi melangit.
Patutnya dah ada complaint kenalah ada usaha bersihkan. Takkan tidakkk. Tapi nan hado. Begitulah juga keadaan dia. Harap adalah perubahan akan datang. Malu kat orang luar haihhh kalau kotor.
Sinki di luar bilik air dan toilet. Semuanya diasingkan ye. Bagus jugalah macam ni. Toiletries pun lengkap semua ada.

Ruang kupi-kupi pun ada teh uncang, kopi sachet, krimer dan gula. Cawan pun disediakan. Tercari-cari complimentary drink tapi tak ada. Dalam peti ais pun tak ada.
Lahhh rupanya drinking water dari paip di sinki. Rasa macam tak sanggup pula nak minum terus dari paip ni. Bukan budaya kita, jadi agak pelik. Nasib baiklah kami dah biasa bawa air mineral botol besar dari rumah.

Ruang bilik Deluxe King ni luas dan selesa. Interior Design yang menarik dengan karpet bercorak dan kena dengan tona perabot dan dinding. Earthy tone.
Setiap sudut tu menarik dan susun atur pun kemas. Ini bolehlah dipuji.

Mujur ada bidai sebelah bathtub dalam bilik air tu. Tapi bidai tu kena turunkan betul-betul bersilang depan belakang bertutup. Sebab dia bersilang seli dengan see through. Pandai-pandai lah adjust ye.
Walaupun dah adjust bertutup depan belakang, tetaplah boleh intai kalau dekat-dekat. Suami isteri tak ada masalahlah. Kalau pergi dengan kawan-kawan pandai-pandailah adjust.
Tak sempatlah nak berendam dalam bathtub. Kalau dapat berendam dengan bath bomb ke mandi bunga ke syok juga kan. Jarang sekali nak gunakan bathtub kalau ada pun.

Paling best dapat tengok permandangan Tasik Putrajaya ni. Dapatlah tebus kekecewaan haritu lupa nak request view Tasik di The Everly Hotel. Lagi best kalau tingkap kaca ni sampai bawah. Ada tembok sikit bolehlah duduk muat sebelah paha.

Ada juga in-room dining. Harga boleh tahan. Buku menu berconteng dengan pensil. Mesti budak-budak kecil conteng ni. Pihak hotel pun, tukarlah baru. Takkan tak ada yang baru. Jagalah imej 5 bintang sikit. Ini pun nak kena bagitahu ke?. Payahlah begini.

Cuaca mendung, kelam betul suasananya macam dekat nak Maghrib dah padahal masa ni baru jam 4 lebih kot.

Lebih kurang jam 6.00 petang macam tu barulah terang sikit. Ingatkan nak lah juga naik cruise ronda-ronda Tasik Putrajaya tengok sunset ke kan. Tapi macam malas je sebab suasananya tak cerah. Lighting tak on point, nanti gambar pun kelam.
Esoklah kita naik. Kat bawah ni ada jeti untuk naik water taxi. Tak pastilah berapa rate dia.
Dapatlah tengok dua mercu tanda ikonik Putrajaya ni Jambatan Seri Wawasan iaitu jambatan gantung berbentuk layar kapal yang terkenal dengan pencahayaan waktu malam dan juga Tasik Putrajaya yang cukup besar ni.
Encik Suami cakap air Tasik Putrajaya ni bersih sebab airnya gred A. Tak pasti Encik Suami pernah buat research ke atau ambil sample air di Wetland. Dia pernah ke situ dulu lawatan masa study PhD.
Lagi satu kena jaga kebersihan air sebab Tasik Putrajaya ni tempat sukan air bertaraf dunia. Banyak acara besar sukan air diadakan di sini. Kenalah bagi betul-betul bersih. Begitulah cerita dia.
Nak ambil gambar banyak-banyak pun malas sebab kelam je suasananya. Baiklah rehat dulu. Tahu-tahu kami tertidur seketika. Masing-masing mengantuk. Mana tidaknya, cuaca luar sejuk dalam berhawa dingin. Sejuk memang sedap tidur.
Tilam dan bantal pun empuk pula tu. Lena tidur.
Nasib baiklah saya set alarm. Kalau tidak hanyut terlajak. Betul-betul berehat ni. Solat asar dan sambung menikmati permandangan di luar sementara tunggu Maghrib sambil buat video timeplapse. Post di instagram story je macam biasa. Malas nak bawa masuk dalam blog. Berat nanti.
Selain permandangan Tasik Putrajaya, dapat jugalah tengok sunset di sini. 2 in 1. Tak menyesal lah pilih Zenith Hotel untuk penginapan kali ni.
Bersambung...
4 Comments
Sebelah tu opis suami akak....hehehehe....
ReplyDeleteLaa ye ke? Bolehlah sesekali stay sini kak. hihi...
Deletedlm bilik ada bathtub syok..tp xsempat berendam plak ye....akak kalo ada bathtub mmg feeling mcm kt spa hehe...dr bilik view tasik tu best
ReplyDeleteItulah tu, mood nak berendam tu tak sampai. hihi...Feeling macam spa tu yang best. Kena ada bath bomb atau bunga baru syok kak. Ini takde, tak boleh feeling spa sangat. hihi..View Tasik tu superb lah.
Delete