Bulan ni aktiviti main badminton Encik Suami pada hari Sabtu lagi. Dapatlah saya ikut. Kalau hari waktu bekerja, tak dapatlah ikut sebab dia akan pergi terus lepas balik kerja. Takkan balik kerja nak balik rumah di Seremban, lepas tu nak ke Bangi semula. Memang taklah.
Masih venue yang sama di Uptown Sports Bangi. Lepas solat Maghrib kami terus gerak. Sempat alas perut makan roti gardenia durian dan onigiri. Kalau tidak, mahunya lapar tunggu sampai habis main badminton jam 10.00 malam.

Kali ni dapat court di tengah. Walaupun kerusi pengadil disediakan tapi pemain kena kira sendiri. Ala main suka-suka je pun. Bukan ikut undang-undang sangat. Mengelat saja. Kira tetap kira.


Kali ni dapat court di tengah. Walaupun kerusi pengadil disediakan tapi pemain kena kira sendiri. Ala main suka-suka je pun. Bukan ikut undang-undang sangat. Mengelat saja. Kira tetap kira.

Meriah semua court penuh kecuali sebelah court kami ni. Masing-masing beria main. Havoc betul. Baguslah kan masing-masing minat bersukan. Bersenam keluarkan peluh.
Tak bosan menunggu tapi penat duduk. Sesekali saya bangun, luruskan kaki sementara menunggu. Boleh tahan panas juga dalam dewan ni. Nasib baik tepi tu ada batu angin, ada angin masuk jugalah.
Tak bosan menunggu tapi penat duduk. Sesekali saya bangun, luruskan kaki sementara menunggu. Boleh tahan panas juga dalam dewan ni. Nasib baik tepi tu ada batu angin, ada angin masuk jugalah.
Nak main, segan. Malas pun ada. Badminton bukan suka kegemaran. Kalau main menepek biasa-biasa bolehlah. Main single biasa juga, kalau beregu ni kita tak biasa. Kang tak pasal raket berlaga patah lagi. Kali ni tak ada insiden raket rosak. Shuttlecock pun guna satu je selama dua jam tu.
0 Comments