Header Ads

Singgah di Sabak Bernam

Dari Taiping kami terus gerak ke Sabak Bernam rumah kakak saya. Singgahlah kejap sebab lama tak berjumpa. Boleh juga bagi ole-ole sikit. Sampai-sampai je terus solat dulu. Sementara solat, kakak sempat buat char kuetiau basah dan kering untuk dihidangkan.

Selain tu ada pizza, dimsum, buah mangga, apam balik, taufu fa. Banyak betul! Seronok dapat beramai-ramai. Makan sambil menyembang, bergurau senda. Begitulah...

Singgah di Sabak Bernam

Special untuk kami, kakak masak char kuetiau basah. Makan panas-panas. Sedap wooo...Kakak saya memang berniaga, so masakan kedai rasa seperti di rumah gitu.

Singgah di Sabak Bernam

Ada juga dimsum. Sedap makan panas-panas. Dah sejuk dia keras sikit. Dua menu ni je yang sempat saya makan. Sibuk menyembang mana nak ingat makan-makan. 

Singgah di Sabak Bernam

Lepas solat maghrib, kami siap-siap nak gerak ke Kuala Lumpur pula. Jadilah dapat menyinggah kejap sejam lebih. Tak sempat rehat dan tak puas menyembang sebenarnya.

Singgah di Sabak Bernam

Tapi takpe, nanti raya haji balik kampung dapat jumpa lagi. InshaAllah. Dorang balik naik keretapi pula. Saja nak rasa pengalaman naik keretapi sampai Segamat. ETS kan ada. 

Pula tu stesen keretapi Segamat pun dah baru. Ini kalilah nak gunakan perkhidmatan yang ada. Dapatlah rehat dari jem kesesakan jalan raya.

Singgah di Sabak Bernam
0.5 duluuu...pesen ambil gambar budak zaman now.


Dapat juga bekalan char kuetiau kering tadi. Ulam tenggek burung, sedap ni pucuk-pucuk muda. Kurang pahit sikit dan rangup. Ada juga kuih kapit 2 bekas. Rosak diet macam ni.

Singgah di Sabak Bernam

Rumah abang ipar saya ada pokok tenggek burung. Dapatlah batangnya boleh tanam. Kena rendam dengan penggalak akar dulu. Dah tumbuh akar baru boleh tanam. 

Singgah di Sabak Bernam

Harap berhasillah. Nak tanam kat kampung nanti. Tanam di rumah ni entah hidup entah tidak. Nanti dah hidup, dapatlah makan ulam pucuk daun tenggek burung selalu.

Bukan itu je. Dapat juga 2 bekas kuih kapit berintikan choco + peanut dan juga kerepek pisang berperisa bawang putih. Rare kan? Pertama kali tengok kerepek pisang tanduk ada berperisa. Ke dah ada lama dah sebenarnya? Saya je baru jumpa.

Singgah di Sabak Bernam

Sedap juga kerepek pisang tanduk berperisa bawang putih ni. Yang meleka pada kerepek pisang tu lah bawang putihnya. Siapa yang suka makan bawang putih mesti suka. Sedap! Sekejapan habis sebungkus ni. 


10 comments:

  1. silaturahmi itu memang peting. apalagi pulang bawa oleh - oleh banyak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Alhamdulillah..orang memberi, kita merasa.

      Delete
  2. kat mana kedainya tu kat Sabak Bernam.??
    mana tahu bila2 boleh singgah...hihihi...insya-Allah, Sabak Bernam tu memang tempat linda lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung Tebuk Mufrad. Ni mesti dah tahu selok belok Sabak Bernam ni.

      Delete
    2. owh..masuk ke dalam...jarang lalu dah...hihihi...kalau dulu jalan luar jem, situ lah laluannya...tapi, belah2 dalam tu pun dah banyak kedai makan...viral tak viral je...

      Delete
    3. Ya, masuk dalam lagi. Situ jalan dia macam serupa je. Kalau tak guna waze, boleh sesat entah kemana.

      Delete
  3. Banyak dapat ole2 tu. Camtu la kan kalau ke rumah family mesti ada je kiriman bekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki. Itulah tu, ada je bekalannya.

      Delete
  4. sedapnyaaaaaaaaa CKT mcm tuuuuu
    kat mana kedainya fiza? share laaa mana tau kot2 sy ke sana, guna baucer 'nama fiza' hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...guna baucer saya tak dapat diskaunlah sebab bukan kedai saya. Dekat kg Tebuk Mufrad.

      Delete

Powered by Blogger.