Terjebak membeli pewangi bilik air dan toilet jenis fragrance pad ni. Pewangi bilik air viral dan paling tahan lama katanya. Entah masa bila viral pun tak tahu lah. Haritu kakak saya ada beli untuk rumah mak di kampung masa raya.

Di rumah dia pun pakai yang ni juga. Memang wangi! Hilang terus bau-bau yang kurang enak tu. Maka, saya pun carilah nak letak dalam bilik air dan toilet.

Jiran kalau dia goreng ikan masin, sampai berbau dalam bilik air kita. Maklumlah, bahagian dapur dia dekat dengan bilik air kita.

Dah kita yang wangi-wangi mandi ni terasa bau ikan masin pula. Jadi untuk menyahkan bau tersebut. Kita belilah juga pewangi Fresh Magic Fragrance pad ni.

Beli di MR.DIY, RM2.40 sebungkus ada sekeping. Di sini tak banyak pilihan, ada satu jenis bau je iaitu Citrus. Tak ada pilihan, kita ambil je lah 2 bungkus. Satu letak dalam bilik air, satu letak dalam toilet.

Pewangi Bilik Air Dan Tandas Terpaling Wangi

Beginilah rupa dia, material EVA (Thylene-Vinyl Acetate) sejenis getah sintentik. Bau dia wangi ya amat. Buka bungkusan je dah bau bauan citrus. Dia wangi yang kuat tapi tak menusuk hidung. Masih selesa.

Pewangi Bilik Air Dan Tandas Terpaling Wangi

Bila gantung dalam bilik air dan toilet, harum semerbak sampai satu rumah bau. Ini sudah bagus. Jimat pewangi yang lain. Segar rasa bau satu rumah. Bau masakan pun terhapus sekali. Sampai bila boleh tahan kita tengok lah nanti.