Header Ads

Tiba-Tiba Kena Mengacau Dodol

Dalam perjalanan balik kampung, kakak  kedua saya call tanya dah sampai mana. Sikit lagi nak sampai rumah mak. Disuruhnya kita datang rumah kakak pertama di Segamat. Kacau dodol katanya.

Lahhh...tiba-tiba kena mengacau dodol!

Nasib baik tak belok lagi ke rumah mak. Terpaksalah kami teruskan perjalanan ke rumah kakak pertama. Ramai berkumpul di sana tolong mengacau dodol. Kita pun joinlah dua kaki bagi lagi meriah.

Sebenarnya abang ipar pun tak rancang nak buat dodol pun masa raya haji ni. Biasa buat dodol hari raya puasa je. Tapi kalini macam ramai balik kampung dan meriah, why not kacau dodol. 

Kononnya ramai-ramai ni, seronoklah kalau mengacau dodol tu. Ada betulnya juga tu. Macam ni barulah meriah, ramai-ramai buat persiapan raya.

Mereka kacau dodol dari petang jam 3 lebih macam tu. Kami sampai malam jam 8 lebih, mereka masih mengacau lagi. Belum cukup likat pekat sempurna lagi dodolnya. 

Mengacau Dodol

Sempatlah encik suami menyumbangkan tenaga sikit kacau dodol. Tak lama, buat rasa-rasa je. Jadilah buat kenangan untuk sekeping dua gambar. Saya? Setakat ambil gambar je lah. Nak mengacau memang tidaklah, kita puteri lilin wak. Mana boleh panas-panas ni.

Nanti muka panas, lepas tu alahan. Kita juga nak menanggungnya nanti. Hmmm..Baik tak payah. Sudip dodol bertukar-tukar tangan, tak lama lepas tu siaplah dodolnya. Hasilnya dikongsi bersama dengan adik-beradik, saudara-mara dan jiran tetangga.

Mengacau Dodol

Saya dapatlah sebekas. Kalau tak tolong mengacau pun, tetaplah dapat sebekas macam biasa. Sedap dodol buatan sendiri. Saya suka makan cair panas-panas tu. Sedap ya amat!

Dodol merupakan makanan tradisional popular orang Melayu Malaysia ketika musim perayaan. Rasa dodol manis, bertekstur kenyal dan agak melekit. Baunya enak beraroma santan dan gula melaka. Warnanya pula cokelat gelap.

Dodol memang sedap kalau cukup bahan-bahannya. Abang ipar kata, dodol kalini tak cukup bahan sebab tak ada pulut susu dan kurang santan. Tapi tak apa, tak ada dua bahan tu pun dah cukup sedap rasa dodolnya. Mungkin sebab cara pembuatannya yang menyedapkannya.

Pembuatan dodol tak mudah ye kawan-kawan. Kena mengacau dari mula cair sehinggalah tesktur pekat melekit tak melekat tu. Makan masa lama dan menggunakan banyak tenaga. 

Tambah sedap lagi menggunakan kaedah tradisional dan api daripada kayu api bukan api dapur gas. 

4 comments:

  1. saya takde pengalaman kacau dodol, pengalaman makan dodol jer

    ReplyDelete
  2. Di sini dodol biasanya orang Jawa yg buat. Sumatera ada, tp rasanya dah tak banyak. Mungkin Krn pembuatan yg lama kan. Saya suka, tp tergantung rasa juga. Pernah dpt dodol yg saya tak suka rasanya. Tp pernah dpt yg sedap.

    Kalau pake durian memang sukaaa lah. Kebayang buat ini kalo pakai kompor gas, habis berapa tangki itu gas 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya disana dah jarang jumpa dodol ni ye. Nak buatnya makan masa lama. Di sini mostly saya jumpa yang sedap. Suka jenis dodol yang di pek kecil bentuk segitiga tu. Kalau jalan-jalan di Melaka, boleh cari dodol perisa durian. Kalau pakai gas tak tahulah berapa tong gas diperlukan.

      Delete

Powered by Blogger.