Akhirnya saya dah jumpa deodorant paling terbaik setakat ini. Tak cari lain dah! Melainkan kalau ada lagi yang terbaik. Benarlah seperti yang dikata, G&H deodorant roll-on memang bagus. Bukan sekadar viral atau hype je.

Saya mula cuba pakai pada awal tahun 2024. Saya terus ke store nak membeli. Masa daftar kena tunjuk kad pengenalan. Ingatkan kenapa. Rupanya nak semak samada ahli ke tidak. Dia kata saya bukan ahli Amway. Jadi tak bolehlah membeli.

Kebetulan ada ahli Amway yang tengah shopping disitu. Dia tengok kami tak dapat membeli, dia pun approach lah dan membantu. Dalam pada masa yang sama dia ajak lah sertainya member. Tapi saya menolak dengan baik sebab nak cuba je dulu deodorant tu.

Terima kasih orang baik kerana membantu.

Selepas saya pakai, terus jatuh cinta. Berpeluh pun tak risau sebab tak ada keluar bau badan yang pelik-pelik. Rasa yakinlah kita kalau keluar rumah lama-lama atau buat aktiviti hiking tu. Sebelum ni beli deodorant mahal tapi kena restock setiap bulan

Tapi tidak pada G&H Deodorant Amway ni. Saya pakai 5-6 bulan baru habis. Berbaloi dengan harganya tu. Sekali beli mahal tapi pakainya berbulan-bulan lamanya. Bagus betul ye.

Dah naik habis, saya restock pada bulan Oktober 2024. Alang-alang cuba tu beli sekali ubat gigi Glister. Kita ni pakai braces kena cari produk yang terbaik untuk penjagaan gigi.

Deodorant Dan Ubat Gigi Amway Memang Terbaik
Mac 2024

Saya daftar member bawah anak buah saya sebab dia dah lama jadi member dan berniaga. Lepas daftar teruslah membeli stok deodorant dan ubat gigi Amway.

Kali ni dah boleh beli sendiri, tunjuk IC ataupun kad digital ahli. Saya ahli biasa je untuk beli barang keperluan sendiri. Sehari boleh beli 3 items je. Tak boleh banyak-banyak sekali macam orang berniaga. Begitulah undang-undang dia. Strict juga ye Amway ni.

Dulu pernah beli barang Cosway, tak daftar ahli boleh je membeli. Lain syarikat, lain dia punya syaratnya. Kita ikut je lah. 

Selepas hampir 5 bulan saya pakai stok yang kedua, saya restock lagi sebelum kehabisan. Bulan 6 barulah dia habis dan saya guna stok baru. Kiranya sebotol roll-on deodorant ni tahan sehingga 6 bulan. 

RM30 lebih bahagi 6 bulan, lebih kurang kita spend RM6 lebih sebulan untuk deodorant. Kira berbaloi sangatlah tu kan. Beli juga stok ubat gigi. Ubat gigi ni saya pakai seorang je. Jadi lama lah dia bertahan. 

Deodorant Dan Ubat Gigi Amway Memang Terbaik
Oktober 2024

g&h Protect Antiperspirant Deodorant Roll-On

Bersaiz 100ml. Tahan sehingga 6 bulan atau lebih. Bergantung pada kekerapan penggunaan masing-masing. Rasa segar dan tampil yakin sepanjang hari.

Tidak melekit, cepat kering dan tidak meninggalkan kesan pada ketiak baju. Rasa selesa. Mengandungi Cica Complex Water, Rosemary, Green Tea dan Prebiotics yang membantu mencegah bau ketiak busuk.

Berpeluh macamana pun saya tak risau dah. Tak ada keluar bau badan berpeluh, tak ada bau pelik-pelik. Bila hiking pun kita berjalan dengan penuh yakin ye tanpa risau bau badan berpeluh tu. Balik hiking pun masih maintain bau wangi. memang terbaiklah!

Musim panas ni pun penting untuk kita jaga kebersihan kita terutamanya ketiak tu. Jangan lupa pakai deodorant untuk elak badan berbau. Silalah cuba deodorant ni. Recommend sangat. Siapa yang dah pakai je tahu macamana dia punya performance. Tip Top!

Deodorant ni viral selepas Neelofa share dia pakai yang ni. Terus viral dan terlajak laris. Saya je baru terjebak nak cuba tahun lepas. 

GLISTER Multi-Action Toothpaste

Bersaiz tiub 200g. Ubat gigi berfluorida yang membersihkan dan memutihkan gigi dengan berkesan. Bukan sekadar itu, menghilangkan stain dan karang gigi serta mencegah kerosakan gigi.

Bebas paraben, peroxide, gula dan  from parabens, alcohol, peroxide, sugar dan juga bebas daripada bahan-bahan yang diperolehi daripada haiwan. Selamat digunakan.

Ubat gigi glister ni tak terlalu mint. Nyaman digunakan. Elakkan mulut berbau busuk juga. Maklumlah kita pakai braces ni kena extra penjagaan gigi. Penting nak cari produk yang sesuai dan bagus. 

Disebabkan bagus, saya beli sekali stok glister 1 tiub dan 2 botol deodorant. Satu untuk saya, satu untuk encik suami. 

Kalau nak beli, kena daftar ahli dulu. Baru boleh membeli. Tak mahal, RM12 je. Nak beli di platform lain boleh tapi hati-hati jangan sampai terbeli yang fake ye. Nak lebih percaya beli terus di Amway.