Beli Putu Bambu World Di Senawang
Lepas selesai jual barangan kitar semula. Jomlah kita ke Senawang cari makanan minum petang di sekitar Pasaraya Besar Giant tu. Area tepi-tepi jalan tu banyak orang jual makanan dan minuman.
Tak ada idea nak makan apa sebenarnya. Kita jalan-jalanlah dulu tengok apa yang ada.

Nampak orang jual Putu Bambu World, encik suami beli sebekas. Beli yang original. Baru tahu Putu Bambu World ni ada macam-macam topping. Ada coklat, strawberi, cheese dan durian. Kami pilih yang original je.
Lama tak makan putu bambu ni. Paling gemar makan putu bambu Juriah di Ayer Hitam tu. Kalau lalu Ayer Hitam, mesti beli. Sedap betul putu bambunya.
Putu Bambu World ni ada banyak cawangan juga ye. Saya baru tahu. Pertama kali makan putu bambu jenama ni.

Satu bekas ni RM6, ada 5 biji putu bambu. Isi gula melaka bersesuailah dengan saiznya. Kelapa parut pun banyak juga. Kira okaylah ni dengan harganya. Rasa putu bambu world ni pun sedap.

Satu bekas ni RM6, ada 5 biji putu bambu. Isi gula melaka bersesuailah dengan saiznya. Kelapa parut pun banyak juga. Kira okaylah ni dengan harganya. Rasa putu bambu world ni pun sedap.
Aroma daun pandan membangkit selera. Rasa lemak kelapa parut bergabung dengan rasa manis gula melaka memang ngam. Yang penting tak terlalu manis. Sedang elok seimbang dengan rasa tepungnya. Sekali hadap je habis kami makan berdua.

Ini kalau makan sorang pun boleh habis. Lain kali boleh ulang membeli.
Last beli 2 kali kelapa macam basi terus stop beli putu Bambu World ni. Awal2 sedap.
ReplyDeleteSayangnya kalau dia tak jaga kualiti kan. Senang hilang pelanggan gitu.
DeleteKalau di kampung saya namanya putu bumbung
ReplyDeleteBiasanya yang jual ,abang-abang keliling
Jajanan kesukaan saya banget
Lebih kurang bunyinya. Kuih yang sedap pasti jadi kegemaran ramai.
DeleteBoleh tahan tersohor juga brand ni....
ReplyDeletesebab dia world, uncle. Mendonia gitu
Delete