Nasi Ambeng Porsi Besar
Saya dengan lontong daratnya. Encik suami pula pilih nasi ambeng di kedai yang sama, Irabaiduri Chicken Guling Senawang.
Maaflah gambar tak semenggah sangat. Lepas pindah masuk pinggan dia jadi berantakan pula. Tak dapatlah nak buat food plating cantik-cantik. Terimalah seadanya. Janji ada rupa nasi ambeng sikit.
Tengok dari rupa parasnya seperti tidak lengkap. Macam kekurangan mi. Yang ada lauk ayam masak kicap, sambal tempe ikan bilis dan serondeng. Lebih kurang sama dengan lontong darat cuma beza nasi dan lauk ayamnya sahaja.

Porsi nasi ambeng ni besar sampaikan tak larat encik suami nak sumbat masuk mulut. Perut tak ada ruang dah. Kalau beli sebungkus kongsi berdua pun OK ni.
Sedap, berselera encik suami makan. Cuma tu lah jenuh nak menghabiskan. Tak muat pinggan nasi yang versi lama tu. Terpaksa guna pinggan leper begini.
Saya suka nasi ambeng versi ada mi. Ke mi dia habis? Selain tu suka ada sambal goreng jawa dengan suhun dan kacang panjang tu. Lagi sedap kalau nasi ambeng tu dibungkus dengan daun pisang. Fuhhh...berselera makan.
Lalu nasi ambang pulak...
ReplyDeleteHihi..nasi ambeng tumpang lalu.
DeleteNampak mengenyangkan!
ReplyDeleteSangat mengenyangkan. Serious!
Deletegmbr tak semengah pun nmpk lazat nasi ambeng itu., tp skrg wak xleh layan sbb porsi nasi dgn mee goreng dan lauk yg byk., huhu
ReplyDeleteKalau tengah lapar pasti lagi nampak lazat wak. hihi...Saya pun tak boleh layan banyak-banyak ni. Ini kena kongsi berdua. Tak tahu pulak dia punya isi banyak begini.
DeleteKalau tak ada mi goreng dan sambal goreng, tak lengkaplah set nasi ambeng.
ReplyDeleteTapi kalau yang lain-lain rasanya sedap, bolehlah kan Fiza…janji dapat makan sedap.
Ya, kurang lengkap set nasi ambeng ni. Sebab sedap, layankan ajelah. hihi...
DeleteKat kampung wak kalau kenduri tahlilan masih guna nasi ambeng dulang
ReplyDeleteOhhh masih ada ye wak. Best tu. Mungkin di sana masih ramai komuniti orang Jawa kot. Belah-belah Segamat ni macam tak pernah jumpa nasi ambeng bila kenduri tahlil. Masakan lauk kampung je macam biasa.
DeleteAda satu kedai kat lrt pasar seni ni dia jual nasi ambeng guna angelhair instead of noodle biasa tu. Taknak cememeh agaknya tp sedap je
ReplyDeletePasta angelhair lah pulak. Macam-macam gantian mi ada dalam nasi ambeng kan. Kalau sedap, kita pun OK je kan.
Delete