Header Ads

Nasi Ambeng Porsi Besar

Saya dengan lontong daratnya. Encik suami pula pilih nasi ambeng di kedai yang sama, Irabaiduri Chicken Guling Senawang

Maaflah gambar tak semenggah sangat. Lepas pindah masuk pinggan dia jadi berantakan pula. Tak dapatlah nak buat food plating cantik-cantik. Terimalah seadanya. Janji ada rupa nasi ambeng sikit.

Tengok dari rupa parasnya seperti tidak lengkap. Macam kekurangan mi. Yang ada lauk ayam masak kicap, sambal tempe ikan bilis dan serondeng. Lebih kurang sama dengan lontong darat cuma beza nasi dan lauk ayamnya sahaja.

Nasi Ambeng

Porsi nasi ambeng ni besar sampaikan tak larat encik suami nak sumbat masuk mulut. Perut tak ada ruang dah. Kalau beli sebungkus kongsi berdua pun OK ni. 

Sedap, berselera encik suami makan. Cuma tu lah jenuh nak menghabiskan. Tak muat pinggan nasi yang versi lama tu. Terpaksa guna pinggan leper begini.

Saya suka nasi ambeng versi ada mi. Ke mi dia habis? Selain tu suka ada sambal goreng jawa dengan suhun dan kacang panjang tu. Lagi sedap kalau nasi ambeng tu dibungkus dengan daun pisang. Fuhhh...berselera makan.

12 comments:

  1. gmbr tak semengah pun nmpk lazat nasi ambeng itu., tp skrg wak xleh layan sbb porsi nasi dgn mee goreng dan lauk yg byk., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah lapar pasti lagi nampak lazat wak. hihi...Saya pun tak boleh layan banyak-banyak ni. Ini kena kongsi berdua. Tak tahu pulak dia punya isi banyak begini.

      Delete
  2. Kalau tak ada mi goreng dan sambal goreng, tak lengkaplah set nasi ambeng.
    Tapi kalau yang lain-lain rasanya sedap, bolehlah kan Fiza…janji dapat makan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kurang lengkap set nasi ambeng ni. Sebab sedap, layankan ajelah. hihi...

      Delete
  3. Kat kampung wak kalau kenduri tahlilan masih guna nasi ambeng dulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh masih ada ye wak. Best tu. Mungkin di sana masih ramai komuniti orang Jawa kot. Belah-belah Segamat ni macam tak pernah jumpa nasi ambeng bila kenduri tahlil. Masakan lauk kampung je macam biasa.

      Delete
  4. Ada satu kedai kat lrt pasar seni ni dia jual nasi ambeng guna angelhair instead of noodle biasa tu. Taknak cememeh agaknya tp sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasta angelhair lah pulak. Macam-macam gantian mi ada dalam nasi ambeng kan. Kalau sedap, kita pun OK je kan.

      Delete

Powered by Blogger.