Islamic Planner Twenty Twenty The Wife & Co

Saturday, December 28, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
3 hari lagi tahun 2019 akan tamat ceritanya. Nak masuk tahun baru twenty twenty dah! Tak sabar nak tengok kereta terbang. Dulu zaman kanak-kanak kemain menantikan wawasan 2020. Tapi bila lagi berapa hari nak masuk wawasan 2020 terasa macam terasa mencabarnya tahun akan datang. Terasa tak macam tu? Bila masuk tahun ni tak tahu nak excited atau nak apa dah, just go with the flow.

Bab azam tu simpan dulu. Sebelum masuk tahun baru,macam biasa Fiza akan beli islamic planner daripada The Wife & Co. Ini masuk tahun kedua dan kali kedua Fiza pilih planner The Wife & Co. Islamic planner 2019 cover hitam, twenty twenty ni Fiza pilih cover putih bersih. Tahun ni The Wife & Co ada cover kulit tapi Fiza lebih suka dengan transparent PVC cover ni. 


Selain menggunakan high quality PVC Cover dengan butang, dilengkapi dengan pembaris juga. Tahun ni dapat sekali free gift, 2 batang pen dan juga sticker emoticon yang comel-comel. Suka gila dengan benda comel-comel ni. Dah dapat benda yang comel ni rasa sayang nak guna. Pulak dah!


Untuk tahun ni Fiza perasan The Wife & Co bertemakan pinkish. Yeay! Sangat kena dengan jiwa dan raga seorang sihatimerahjambu. Dan Fiza sangat sangat suka dengan setiap graphic dalam setiap planner ni yang sangat menepati jiwa seni juga. So, that's why lah tak lepaskan peluang dapatkan juga planner yang super cantik ni.


Ini antara beberapa pages yang ada dalam planner twenty twenty The Wife & Co. 

Goals setting ideas & Goals

Goals setting guidelines

Tahun lepas savings Challenge Fiza tak mencapai KPI yang ditetapkan. Tahun depan harap-harap berhasil lah cabaran menabung untuk kehidupan yang lebih semakin mencabar ni. Aduh aduh aduh. Apeni? Bertabahlah ye. Marilah kita menabung untuk masa depan.

savings challenge & montly budget

Ramadhan planner & Checklist

Monthly cover

blank pages
Cantik bukan? Bukan cantik semata-mata tapi sangat berguna lah untuk merancang dan menulis apa yang perlu. Pada Fiza, planner ni sangatlah membantu untuk rekod segala apa yang perlu dan merancang apa yang akan kita lakukan. Nak ingat semua benda memang taklah kan. Paling penting kena rajin menulis lah ye. Kalau ada planner tapi malas menulis tak guna juga kan. Jangan hot hot chicken poop sudah.

Opss, lupers pulakss (terjebak dengan slang Lailer dalam Kampung People). Untuk pembelian planner ni, kau orang boleh terjah instagram @The Wife & Co. Tak pasti ada lagi ke tidak balance ready stock sebab date pre-order dah tamat dah. Boleh terus tanya pada owner, bukan tanya Fiza okay.

With Love, Sihatimerahjambu

36 comments

  1. waalaikumussalam. ya Allah, menarik sangat planner tu <3

    ReplyDelete
  2. cantikknya planner akak..rabia pun dah tak sabar nak guna planner yg kak shikin blogger bagi dekat rabia tu. menang top pengomen blog beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Rabia. Dah tahun baru ni, jomlah kita mula menulis.

      Delete
  3. Replies
    1. Takpe, nanti ada rezeki boleh dapatkan planner satu untuk tahun baru :)

      Delete
  4. Planner cantik-cantik macam ni memang sayang nak guna. Dah lama takde personal planner. Yang ade office organizer je. Rindu jugak nak ade personal planner balik. Part saving tu same la, tak capai target jugak tahun ni. Dah dua tahun berturu-turut ni macam mana ni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sayang nanti sia sia tak guna. Hihi..organizer pun okay untuk tulis tulis reminder kan. Marilah kita cuba savings lagi this year

      Delete
  5. wah cantik..i wish i get one yang lawa gini

    ReplyDelete
  6. Comelnyaaaa awak ! Eh, comelnyaaa planner nii. =P Nak cari laaa. Hehehe

    ReplyDelete
  7. nice n chantek planner nih., tp skrg org dh x pakai dh diary camni ;p

    ReplyDelete
  8. cantiknya, if saya pun beli planner cantik2 then syg nak pakai, actually tak reti sgt guna planner ni, yg ofis bagi pun first few pages je pakai pastu taktau nak tulis apa lagi sebab semua hal keja, simpan kat note book

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap page ada kegunaanya. Dah selak selak tu mesti tahu apa nak ditulis. Hihi

      Delete
  9. OMG Tqa memang suka journal/planner pvc transparent cover sebab boleh customise contents, dividers, pages and apa2 yang kita suka and tak suka. And Tqa ada blog about it here

    Cantiknya illustration dia! And Tqa suka color scheme dia, one of my favourite tones.
    And alhamdulillah, masa dekat Korea baru2 ni, Tiqa sempat grab binder journal transparent untuk dijadikan planner 2020.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Tqa, boleh add on pages.I knew it, Tq mesti suka tema warna dia..will terjah ur entry about that later :)

      Delete
  10. Wah cantiknya planner tu..so cute la. Tiap tahun mmg sgt2 perlu ade planner lbih2 lg yg bekerja mcm sy ni. mcm2 nk kena tulis dalam tu sebab memori mkin lama mkin low..hehe..spesis suka nak menulis semua benda..

    sis pon layan jugak kampung people tu..mmg kelakar giler..x pernah miss setiap episod..suke sangat dgn kak lina pom pom..laila pon sama..lawak giler sleng Key Ell dia tuh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik, cute, comel lah semua ada. Betul tu, macam macam nak kena tulis.
      Kak Lina pompom sesuai sangat watak tu kan.

      Delete
  11. Cantik, menarik planner tu. Seriously akak tak pernah pakai planner. Dan tak tau mcm mana nak pakai planner hehehe. Tapi apa2 pun dengan planner, hidup more manageable kan Fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul kak lebih tersusun sikit. Lain orang lain caranya gitu. dah biasa tu memang wajib ada :)

      Delete
  12. Ya ampun comel gila planner. Dengan sticker emoticon lagi. Sha dapat planner office pun dah rasa happy, kalau beli planner ni rasanya simpan hari-hari belek je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat comel dengan sticker comel tu. Dapat any planner pun dah membuatkan kita happy kan :)

      Delete
  13. cntik gila planner. plus gmbr and editing skills power, memang dabom !

    ReplyDelete
  14. cantiklah planner ni tp nina syg nk guna

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.