Islamic Planner 2019 TheWife&Co | Planner Lain Dari Yang Lain

Sebelum masuk tahun baru dah survey kat mana nak cari islamic planner atau muslimah planner untuk 2019. Disebabkan lambat jumpa, jadinya lambat order dan lambat lah sampai. Dah 3 hari tahun baru, baru planner sampai. Takpe, belum terlambat lagi untuk mulakan sesuatu untuk tahun 2019 ni kan.

Planner memang penting dalam hidup Fiza. Fungsi planner tak lain tak bukan adalah memudahkan segala urusan kerja kita berjalan dengan lancar seharian, mingguan, bulanan dan tahunan. Tanpa planner mungkin susah kita nak manage masa dan kerja kita. Lagi-lagi kalau banyak benda yang perlu di ingat. Kalau ada planner, segala kerja boleh disenaraikan dan lupa untuk siapkan task bukan lagi satu alasan. Betul?

Mungkin pada sesetengah orang hanya memerlukan buku nota, diari. Tapi pada Fiza, Fiza sangat perlukan planner sebab dalam planner lebih lengkap untuk catat apa saja. Biasanya planner dilengkapi dengan calendar, monthly routine dan sebagainya. Pilihan islamic planner 2019 Fiza adalah jenis ring dan bukan buku biasa. Sebab tu payah nak cari sebab kebanyakkannya jenis buku biasa walaupun dalam dia lengkap.

High Quality transparent PVC Cover

Kenapa Fiza tak suka jenis buku biasa tu sebab susah nak menulis kalau muka surat sebelah kiri. Jadi, Fiza lebih memilih planner jenis ring, mudah nak melipat dan menulis atas permukaan yang rata tanpa senget benget muka surat kiri ataupun kanan. Err, faham tak maksud Fiza tu? Finally Fiza jumpa planner yang macam Fiza nak dari TheWife&Co. Keunikannya adalah cover dia yang menggunakan high quality transparent PVC Cover tu. Memang lain dari yang lain.

Apa lagi Yang Menarik Tentang Islamic Planner 2019 by TheWife&Co 
  • Size: A5 
  • Cover: High quality transparent pvc cover (thick, but very soft & elastic) 
  • Binding: 6 holes ring binder with detachable ruler that functions as a bookmark too
  • 200 pages of black & gold and colourful printing and 20 dotted blank pages
  • Paper: 100gsm paper
  • Others:2018,2019&2020 Calendar, Hijri Calendar 1440-1441, Fasting Calendar, etc

Detachable ruler yang boleh digunakan sebagai bookmark

First page yang sangat cantik
Suka dengan design calendar yang macam ni.

Seiring dengan namanya Islamic Planner, terdapat fasting planner. 

Setiap cover bulanan diserikan dengan muslimah illustration yang cantik dan comel. Dan tak lupa ada kata-kata motivasi. Bagus kan untuk motivasi diri.

  
Islamic Planner ni mengandungi 5 bahagian penting iaitu The Goals, Financial, The Planner, Ramadhan Special dan juga Notes. Setiap satu bahagian ni mudah dicari dengan menggunakan tagged yang terdapat pada tepi planner. Senang lah kan kiranya nak mencari dalam setiap bahagian tu. Tak payah nak belek satu-satu muka surat.


THE GOALS
My Big Why, Goals Setting Guideline, 2019 Top Goals & Master Action Plan by phase, Month Top Goals, Monthly Progress Tracker (Ibadah, Family, Financial, Fitness&Career/Business/Study)


FINANCIAL
Monthly Budget, Emergency Savings Challenge

THE PLANNER
12 beautiful muslimah illustration and inspiring quotes as monthly divider
Monthly Planner (2 pages for each month)
Dated Weekly Planner (vertical)

RAMADHAN SPECIAL
Ramadhan Goals and daily checklist, etc.

NOTES
Dotted blank page (20 pages)

Cover belakang Planner
Seriously Fiza sangat suka planner 2019 Fiza ni. Unik, cantik, lengkap dan sangat awesome! Fiza recommend kau orang dapatkan planner yang macam ni. Harga dia RM59 tidak termasuk postage. Walaupun harga dia macam 'mahal' tapi sangat berbaloi dan seiring lah dengan kualiti yang diberikan. Ada 4 jenis cover yang kau orang boleh pilih. Fiza pilih cover D sebab cover ni nanti kalau kau orang kreatif bolehlah lukis atau add nama sendiri.


Kalau kau orang nak islamic planner macam ni, boleh terjah instagram @thewife&co. Kalau tak silap Fiza, sekarang ada ready stok bukan pre order dah sebab pre order dah tamat. Second pre-order batch pun katanya cuma limit 500 units je. Kalau kau orang bernasib baik ada stok sekarang boleh lah dapatkan yang ready stok punya tu. Okay, stop sini dulu. Fiza nak tulis apa yang patut. 

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. teringin nak cuba guna planner tapi tahu nanti hangat2 chiken poop. hehehe.. tapi suka tengok orang share how they keep organized dengan planner. design pun cantik2 =)

    ReplyDelete
  2. sy pun tgh tercari-cari jugak planner. kejap rasa nk beli, kejap karang rasa mcm malas nak beli. hahahaa. cantik planner kak fiza beli ni.. nak terjah jugak laa instagram dia. Tq for sharing !

    ReplyDelete
  3. Cantik juga buku planner ni.. Ada gmbr2 lukisan kartun gituu

    ReplyDelete
  4. K.el kena ada satu planner ni..abis duk tulis merata..pas2 hilang haha

    ReplyDelete
  5. memang tengah cari planner juga ni. tahun ni lambat pula cari. lengkap planner ni. nak menulis pun senang!

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya tgk isi dalam dia.. Mmg full la.. Kita msh mencari planner yg sesuai..

    ReplyDelete
  7. Menarik planner ni. Nad pun terasa nak ada plannner.sekarang nad tulis dalam buku biasa je.. Hehehe. Baggus pllanner ni.. Boleh usha nanti

    ReplyDelete
  8. Comelnya planner fiza.. ada gambar cartoon muslimah... TB pun belum beli2 lagi planner TB ...

    ReplyDelete
  9. Wow! this is my first time get to know about Islamic planner

    ReplyDelete
  10. Memang cantik dan comel je planner muslimah Fiza ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.