Tercelup Sudah Dakwat Di Jari. Saya Sudah Mengundi!

19 November 2022, Tiba masa rakyat Malaysia memilih. Awal pagi hari hujan dengan lebatnya. Berhenti hujan baru lah gerak pergi mengundi. Tapi bawa juga payung. Bak kata pepatah “ Sediakan payung sebelum hujan”.

pru 15 2022

Risau hujan turun semula, pergi mengundi dipayungi encik suami. Padahal tempat mengundi, sekolah depan rumah je. Saja mengada nak dipayungi. Boleh tinggalkan handphone sekali pada encik suami.

Malas nak bawa handphone masuk dalam. Dari tinggalkan handphone kat dalam, baiklah minta encik suami pegangkan. Kali ni mengundi awal pagi sebab lepas mengundi akan terus balik kampung encik suami pula.

Bila datang awal ni maka ramailah berjumpa kawan kawan sekolah yang dikenali. Sekadar melakarkan senyuman dan hai hai je lah. Kalau boleh nak semua serba cepat dan cepat beredar.

Ada 2 saluran. Satu warga emas dan satu lagi untuk selain warga emas. Tak beratur lama, kejap je lepas tu selesai. Balik rumah baru kita ambil gambar.

pru 15 2022

Gambar jari dengan dakwat wajib tayang. Tanda dah mengundi. Gambar jari bakal membanjiri media sosial harini. Lepas mengundi di Segamat, terus berdesup ke Kuala Pilah tempat encik suami mengundi pula. 

Selesai sudah kami mengundi. Berdebar nak tunggu keputusan pilihan raya ke-15 2022 ni. Mata tak mahu lelap dok tunggu pru15 result.  Tengok pru 15 live astro awani dan pru 15 sosial media juga. 


Sampai ke sudah tak ada keputusannya. Parlimen Tergantung, kita menunggu lagi keputusan pilihan raya ke 15 yang rasmi nanti.

14 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..Bagus juga banyak saluran. Mempercepatkan kerja mengundi.

      Delete
  2. Di sini pagi ramai. Selalu undi petang tapi ingat undi waktu hujan waktu pagi tidak ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi memang meriah sikit. Biasa hujan macam tak ramai. Tapi kalau ramai urusan jadi perlahan sikit. Bertabahlah kalau ramai.

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah..selesai satu urusan. Harapnya begitulah wak.

      Delete
  4. Tahniah! Fizah sudah tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara yang bijak.
    Kak Amie pun sudah tercelup sudah dakwat di jari.

    ReplyDelete
  5. Sy xde gambar jari bercelup dakwat.. ada gambar dgn botol dakwat je.. heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakMim orang penting yang mencelupkan jari orang ke dalam botol dakwat. hehehe...

      Delete
  6. moga esok dpt tau PM kita ek.
    abah ke. sape ke la kan :)
    pe yg penting, agenda rakyat didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdebar lain macam nak tahu siapa next PM yang layak. Ye, cepat cepatlah lantik untuk uruskan negara.

      Delete
  7. tunggu padang serai yg tak mengundi lg. hehehe.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.