Doa Mohon Kepimpinan Yang Baik

Hari mengundi hampir tiba. Dah semak daftar pemilih dan calon Pilihan Raya tempat masing-masing. Kalau belum, silalah berbuat demikian semak di MySPRSemak dan boleh menimbang keputusan nak memangkah calon pemimpin yang baik.

Suasana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agak tegang suasana politiknya. Parti semakin membiak dan calonnya semakin ramai. Marilah kita titipkan doa. mohon kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

Beberapa doa yang sesuai dibaca oleh kita semua agar Allah SWT mengurniakan kepada kita pemimpin dan kepimpinan yang baik.

doa mohon diberi pemimpin yang baik
sumber : JAKIM

Doa mohon kepimpinan yang baik

Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik dalam kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk dalam kalangan kami.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Doa 1

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya :
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. –Surah al-Furqan (74)

Ibn Kathir dalam menjelaskan maksud “وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا” (dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa), menukilkan pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, al-Suddi, Qatadah dan al-Rabi’ bin Anas yang berkata: “Iaitu para pemimpin yang diteladani dalam kebaikan.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/134)

Syeikh al-Maraghi pula menyebut: Mereka juga memohon agar Allah SWT menjadikan mereka sebagai pemimpin yang diteladani ketika menegakkan panji-panji agama dengan menganugerahkan ilmu yang luas serta memberinya taufik bagi mengerjakan amal soleh. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/4902)

Doa 2

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

Maksudnya :
Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.

Doa 3

اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Maksudnya :
Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Doa 4

اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا

Maksudnya :
Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.

Doa 5

اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :
Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan yang merosakkan. Dekatkanlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Doa 6

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا ، وَأَعِذْنَا مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا

Maksudnya :
Ya Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.

Semoga dengan doa ini akan menjadikan diri kita sentiasa berpaut kepada Allah, Tuhan yang Mentadbir sekalian alam, agar kita semua sentiasa berada dalam kebaikan, keamanan dan ketakwaaan di samping Malaysia menjadi negara yang makmur dan harmoni serta kasih sayang antara rakyatnya.

Begitu juga dikurniakan dengan pemimpin dan kepimpinan yang baik, berintegriti serta mampu melaksanakan tugasan dengan amanah dalam mentadbir negara. 
Aamiin...

Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain R.A, bahawa Nabi SAW pernah mengajar bapanya, dua kalimat yang dibaca di dalam doa :

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

Maksudnya :
Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.

Riwayat al-Tirmizi (3483), al-Tabarani dalam al-Du’a (1393), al-Bazzar (3580) dan al-Baihaqi dalam al-Asma' wa al-Sifat (894)

Syeikh al-Mubarakfuri menyebut, yakni berikanlah taufik padaku kepada al-rusyd iaitu petunjuk kepada kebaikan. Dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku, yakni peliharalah aku dari kejahatannya di mana ia adalah tempat tumbuhnya perkara-perkara yang keji. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/455)

sumber : muftiwp

12 comments:

  1. Ameen YRA... semoga pucuk pimpinan kali ni ikhlas memimpin negara mcm zaman khalifah ar-rasyidin dulu2.

    ReplyDelete
  2. Amin..amin YRA. Semoga pemimpin yang bakal dipilih dapat menjalankan tugas dengan baik

    ReplyDelete
  3. Aaamiiin. Mau saya hapalkan juga doa nya kak. 2024 Indonesia pun akan mengadakan pemilu lagi, untuk memilih presiden selanjutnya. Semoga dapat yang terbaik. Untuk Malaysia pun, saya doakan pemimpinnya nanti yg bisa membawa Malaysia dalam kemajuan Yaa. Jadi penasaran siapa saja calonnya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun lebih lagi. Terima kasih doakan untuk rakyat Malaysia. Semoga di sana juga dapat pemimpin yang lebih baik dan terbaik untuk memimpin negara Indonesia. Ya, dah tentu tak sabar nak tahu keputusan rasminya.

      Delete
  4. Ya minta petunjuk mana yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan kita dapat pemimpin yang lebih baik. Aaamiin...

      Delete
  5. in shaa Allah.
    rakyat da pilih.
    moga helok la terajui negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya keputusan yang terbaiklah untuk memimpin negara.

      Delete
  6. aminnn.. semoga PM baru ni adalah pemimpin yg berjiwa rakyat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.