Kuat jodoh dengan Teh O Essence Viral TikTok ni. Saya beli pada hujung bulan Julai dan terus mula pakai Tatagaltier Bulaney Treatment Essence dengan konsisten. Dalam konsisten tu ada juga lah missed sekali dua. Itu biasa.
Disebabkan perubahan yang positif pada kulit saya, saya teruskan lah pakai sampai nyawa-nyawa ikan dah essence ni. Tak tinggal setitis pun!
Sebelum nyawa dia berakhir, saya beli stok baru botol kedua koleksi tatagaltier bulaney treatment essence. Beli di kedai yang sama dengan harga yang sama, RM39. Untuk 100ml RM89. Beli yang saiz 40ml ni senang nak bawa travel.
Saya pakai waktu pagi dan malam je. So saiz 40ml ni untuk stok sebulan lebih lah macam tu.
Dah tua tua ni lah baru nak jaga kulit muka. Lambat sikit lah proses pemulihan kulit pun. Untung mereka yang ada kulit serba sihat dan cantik. Jenis kulit bermasalah ni jenuh nak tunggu elok.
Selain produk, pemakanan dan minum air masak secukupnya pun membantu mencantikkan kulit juga. Bukan semata-mata mengharapkan produk buat magic. Pakai pakai terus elok. Tidaklah begitu.
Ada yang dah terjebak ke dengan Teh O Essence Viral Tatagaltier Bulaney Treatment Essence? Saya tengok di TikTok masing-masing dah pakai 2-3 botol dah, kulit pun bertambah glowing. Nak kulit cantik ni kena konsisten dan sabar tunggu hasilnya. Trust the process!
Racun TikTok saya bawa ke blog.
Umur bertambah takpe..tapi kena pastikan kulit sentiasa glowing..CTM jangan tinggal..
ReplyDeleteHihi..selagi mampu dijaga. CTM apakah tu kak? :)
DeletePelik juga namanya ada teh o. Mula-mula ingat minuman.
ReplyDeleteHehe belum kena racun Tiktok. Tahupun sebab Fiza yang cerita di blog.
Bagi muka bercahaya ya? Selamat gunakan dengan konsisten.
Itu hanya gelaran je kak. Nama sebenar dia Tatagaltier Bulaney Treatment Essence.
DeleteYe, jadikan kulit glowing :)
eh..kena cuba ni. saya pun kulit bermasalah. dah 30 lebih pun masih bergaduh dengan jerawat
ReplyDeleteSilalah cuba Sal. Best pakai. Cuba sebotol dulu tengok camne.
Deletewahhhhh..kita ni dah lama kena racun, tapi tak jugak beli2 haha. nanti nak kena beli jugak ni
ReplyDeleteTunggu masanya tu mesti submit order juga :)
Deletetak pernah nampak brand ni..
ReplyDeleteammi pun dah tua (dah masuk mid 40s) baru hegeh2 nak jaga muka sbb perasan muka jadi kusam je
Saya tahu pun dari TT. Sama samalah kita jaga semampu mungkin :)
Deletemeracun betul ni.hahaha.. alhamdulillah ada hasillnya.
ReplyDeleteHehehe..racun blogger gitu.
Delete