Staycation Di Avillion Admiral Cove Port Dickson 2 hari 1 Malam

Akhirnya menjadi juga perancangan percutian yang tertangguh. Memikirkan minggu depan bakal cuti sekolah jadi percutian di awalkan. Malas nak bercuti bila musim cuti sekolah tiba. Tanguh tangguh ghisau PKP pula nanti. Naya Pak karim!!! Dah berapa kali tangguh dah ni.

Ada je urusan lain yang perlu didahulukan. Sebenarnya tak tahu nak kemana tapi nak bilik yang berdekatan dengan pantai. Rasa macam nak staycation kat Port Dickson. 

Kejap rasa macam nak ke Melaka sebab ada laut jugak. Lepas tu macam nak ke Kuala Selangor pula. Haishhh encik suami pun terpening sekali kemana hendak di tuju.

Last-last pilih bercuti di Port Dickson je lah. Dekat setengah jam lebih kurang dah sampai. Lagipun malas nak jalan jauh. Dekat dekat je sudah. Asalkan dapat vitamin sea.

Cari punya cari dan compare harga, kami decide nak staycation Di Avillion Admiral Cove Port Dickson 2 hari 1 Malam. Book via agoda. Jadilah 2 hari 1 malam je. Hakikatnya tak puas semalam je sebab banyak aktiviti best di Avillion Admiral Cove yang tak sempat nak buat.

Hotel Avillion Admiral Cove

Hotel Avillion Admiral Cove dahulunya Marina Bay yang terkenal dengan kapal layar mewah club house. Kemudian diambil alih Avillion dengan pengurusan baru sama dengan Avillion Admiral Cove Port Dickson water chalet tu. 

Bangunan yang cantik ala english menarik perhatian saya untuk staycation. Tambah lagi banyak aktiviti menarik disini. Sesuai sangat untuk staycation dengan harga dan taraf hotel 4 bintang. 

Entrance Avillion Admiral Cove Port Dickson

Datang bercuti di sini tak perlu risau tentang parkir. Banyak ruang parkir dan percuma. Ruang lobby yang cantik dengan design tangga melekung dihiasi chandelier cantik. Ruang lobby yang terbuka menghadap lautan.

Lobby Avillion Admiral Cove Port Dickson

Waktu check in pukul 3:00 petang. Sebelum check in perlu isi borang dulu dan lengkap dua dos vaksin. Staff akan check di aplikasi MySejahtera.

Lobby Avillion Admiral Cove Port Dickson

Sementara menunggu encik suami uruskan check in, saya menunggu lebih kurang 10 minit macam tu. Cantik view belakang tu, saya suruh encik suami ambil gambar kat sini. 

Kenalah pakai face mask sentiasa. Tak ada kesempatan nak buka face mask lansung untuk bergambar. Face mask tanda zaman covid.

Lobby Avillion Admiral Cove Port Dickson

GoPro kembali beraksi tapi tetap jarang digunakan jugak. Bila mendung, view dia jadi kelam. Jadi baiklah guna camera handphone je.

seaview Avillion Admiral Cove Port Dickson

Selesai urusan check in, berangkatlah kami ke bilik. Dah request awal-awal nak bilik higher level dan seaview. 

Banyak betul bilik di Avillion Admiral Cove Port Dickson ni rupanya. Masa nak booking pun rezeki dapat last room.

Room Alley Avillion Admiral Cove Port Dickson

Masuk masuk bilik ruang pertama ada tempat duduk dan tempat letak beg dan barangan.

Avillion Admiral Cove Port Dickson review

Jalan lagi sebelah kanan ada wardrobe.

Room Avillion Admiral Cove Port Dickson

Dalam wardrobe ada hanger, iron board, iron, peti besi, laundry beg, selipar. Dua beg muat masuk wardrobe. Eh perasan tak duffle beg tu, hadiah daripada blogger Syazni Rahim. Dah 2 kali bawa dia berjalan. 

Wardrobe Avillion Admiral Cove Port Dickson

Berhadapan wardrobe bilik mandi dan toilet berasingan. Ingatkan bilik air hotel 4 bintang ni bersih betul. Tapi sangkaan meleset. Dinding, tiles dan lantai ada bahagian yang berkulat. Dari kejauhan nampak lah bersih juga.

Bathroom Avillion Admiral Cove Port Dickson

Dilengkapi dengan tuala mandi, shampoo, body lotion, sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat, cotton pad, sanitary pad dan shower cap. Pelik kenapa tak ada conditioner. Menyesal tak bawa shampoo dan conditioner dari rumah.

Yang bawa cuma berus gigi dan pencuci muka je. Tak ber conditioner lah lepas cuci rambut. mujur tak kejung rambut.

Toiletries Avillion Admiral Cove Port Dickson

Disediakan 2 botol air, 1 mug, 2 gelas, teh, kopi, gula, krimer dan juga kettle. Sinki berdekatan dengan cofee and tea station mudahlah nak buat air dan bersihkan pun. Tapi saya dah beli kopi tin siap siap sebab ada peti ais yang diletakkan dalam kabinet bawah tu. Lupa pulak nak ambil gambar peti ais.

Coffee and tea station Avillion Admiral Cove Port Dickson

Ruang workstation yang luas. Channel TV sangkut sangkut. Spoil mood nak tengok cerita. Sempatlah jugak layan 1 episod drama Cukup derita itu. Yang lain movie lama je. 

Desk Avillion Admiral Cove Port Dickson

Ruang bilik yang luas dan dah tentu selesa. 

Room Avillion Admiral Cove Port Dickson

Katil saiz king. Puas hati tidur di ruang yang lebih luas.

King Bed Avillion Admiral Cove Port Dickson

Ruang paling favourite adalah sofa bed/day bed ni. Dah berangan nak bersantai di sofa bed ni sambil menikmati seaview.

Sofa bed Avillion Admiral Cove Port Dickson

Seperti yang diminta, dapat bilik higher level dan seaview yang sangat menarik. Indahnya permandangan di luar bilik ni. Tapi kotoran cermin mencacatkan permandangan sikit. 

Seaview Avillion Admiral Cove Port Dickson

Alangkah seronoknya kalau ada rumah kat sini macam rumah rumah depan tu. Tapi tak panas ke rumah tepi laut. Confirm kena pasang air cond. Orang ada ada je mampu duduk sini. Banglo besar besar tu. 

Kami pilih Executive Studion Room. Memang luas dan selesa sangat.

Executive Room Studio Avillion Admiral Cove Port Dickson

Avillion Admiral Cove Port Dickson
pandangan dari dalam bilik

Restaurant Avillion Admiral Cove Port Dickson
jalan menuju ke restaurant


Kalau tanya saya Avillion Admiral Cove Port Dickson best tak, of course saya jawab best. Tak puas staycation sehari je sebab banyak aktiviti tak dapat buat sebab tak cukup masa dan cuaca mendung tak mengizinkan.

Next entry lah baru cerita apa aktiviti yang best di Avillion Admiral Cove Port Dickson ni. Kalau sambung sini panjanglah pulak entry nanti. Dah lah penuh gambar kan. Tunggu next entry okay.

Kalau google Avillion Admiral Cove Port Dickson review, rasa seram pula bila ada yang kata hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson berhantu. Selama staycation di situ, tak ada kejadian pelik berlaku. 

Macam tak ada dah kisah berhantu tu. Mungkin cerita dulu dulu sebelum Avillion ambil alih. 

Agak kecewa sikit bercuti musim cuaca tak menentu ni. Bila mendung, gambar pun kelam. Nampak tak langit yang serba kelabu tu. Mood pun auto kelabu asap.

Avillion Admiral Cove Port Dickson

Inilah puncanya saya dah lama menghilang tak update blog dan blogwalking. Nak betul betul menghayati cuti kononnya. Lepas bercuti, ada anak buah datang rumah stay beberapa hari. Jadi, tak dapatlah nak jengah blog lagi.

Terima kasih kepada yang bertanya. Terharu ada yang ambil berat. I'm back!

26 comments:

  1. Hehe tu la lama sangat senyap kan. Tertanya-tanya jugak. Selalunya hari2 akan ada update baru kat blog ni. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..taklah lama. Terima kasih ambil berat :) Terharu sangat.

      Delete
  2. Orang PD sendiri tak pernah stay sini lagi... Hehe... Tapi pernah lalu je masuk dalam situ. Memang cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu kak. Tempat dekat dengan rumah jarang kita nak pergi. Takpe, dah dekat tu boleh lah pergi anytime je :)

      Delete
  3. Selamat kembali blogging..hehe
    Nampak cantik and kemas je tempat tu..
    Kakak ipar Aini baru balik dari Avillion last weekend..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, baru nak panas enjin. Harap esok bertambah laju lepas isi minyak.
      Memang cantik. Avillion water chalet ye. Situ pun best gak. Duit pulak tak ramai nak singgah sana.

      Delete
  4. luasnya bilik... bestnih bawa anak ramai tu..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas biliknya kakyan. Nanti boleh menginap di sini pulak.

      Delete
  5. Alhamdulillah, percutian yang sekian lama tertangguh dapat direalisasikan. Mesti dah fully recharged kan balik bercuti 😊

    Akak tak pernah stay kat sini lagi tapi ada juga member2 recommend pergi sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Ada juga kesempatan merasa bercuti. Belum fully recharge lagi kak Farrah. masih lemau. Huhu..
      ye, saya pun recommend jugak datang sini. Macam nak repeat staycatio kat sini. Tak puas. huhu...

      Delete
  6. Ooohhh...depa pi honeymoon😍
    Patutlah senyap..Ghisau tau,zaman sekarang ni kalau ada kawan2 tetiber menyepi,kena tanya..Alhamdulillah semua sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak update apa mama cella. Balik bercuti ada anak buah datang bermalam beberapa hari. Jadi sunyi terus blog.
      Alhamdulillah..terima kasih ambil tahu. sangat sangat terharu dan menghargainya. love you mama cella :)

      Delete
  7. Cari entry baru tak de, singgah previous entri bole kan hehe.. Betul juga lebih baik cuti sekarang sebelum cuti sekolah bermula, pandai pilih bilik, sempurna viewnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..pun boleh kak. Terima kasih rajin singgah sini masa saya cuti tanpa update cerita baru.
      Yep, cuti awal sebelum cuti sekolah. Kurang sikit sesak nanti. Gilir gilir bercuti gitu. Alhamdulillah dapat bilik seperti yang diingini :)

      Delete
  8. Nice nya! Bestlah pergi bercutiiii!!!!! Nak jugakkk cuti cuti Malaysiaaa, soon..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti memang best. Dapat pulak tempat best kan. Double triple best. Kena plan nanti nona. Semoga dapat percutian yang best jugak.

      Delete
  9. bestnyaaaa.. nk brcuti jugakkkkk.. huhu.. nk relex mind

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat plan Busyra sebelum cuti sekolah. Ya, cuti dapat rehatkan otak ni kejap memang best.

      Delete
  10. Ammi suka duduk sini..dah few times dengan family dan bila ada gathering dgn kengkawang pun ajak tido sini jugak. sbb walau sharing 3-4 orang sebilik pun tak rasa crowded

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi sangat datang sini berkali kali kan Ammi. Sesuai lah tu untuk gathering ke apa. Betul, luas biliknya dan selesa 3-4 orang sebilik.

      Delete
  11. Boleh la aka bawak mak abah akak and Dania kat sini macam menarik je ni...x pernah lagi staycation kat sini...tapi tu la baca review kata berhantu...dulu kan tempat ni macam pengurusan teruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sangat tu kak. bilik ni pun okay untuk 4 orang. luas dan selesa. Sekarang better kot.

      Delete
  12. selalu jugak baca review avillion ni antara best kt PD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Avillion Admiral Cove atau Avillion water chalet, dua dua best :)

      Delete
  13. Besar gila bilik. Puas jalan dalam bilik. Nampak bilik didominasi hitam dan putih.
    Itulah senyap Fiza ingat balik kampung lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik besar memang puas hati sangat kak. Tambahan warna turqoise tu tambah ceria sikit, kan.
      Bercuti kejap kak dan ada tetamu. Jadi, blog auto bercuti juga. hehe

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.