Ranking Alexa Azhafizah.com Januari 2017

Tuesday, January 31, 2017

Adududu...Jatuh teruk ranking alexa azhafizah.com bulan Januari untuk permulaan tahun 2017 ni. Tahun 2016 pun naik turun je tengok. Tak sedap mata memandang. Rasanya tahun 2014 je berjaya kekalkan ranking bawah 1000 dalam Malaysia. Start tahun 2015 dah mula melepasi angka 1000 dan jumlahnya makin banyak. Apa petandanya tu? Petandanya adalah dah banyak blog semakin bagus dan blogger makin bertambah. Jadinya berlakulah persaingan dalam ranking ni. Nak berjaya, kena keja kuatlah kan tingkatkan apa yang perlu.

Bagi Fiza yang noob bab alexa ni, mati kutu dah nak fikir macamana nak kecilkan jumlah angka tu. Nak kata give up adalah sikit tapi masih mengekalkan slogan " berblogging kerana minat dan suka-suka, Pendapatan tu kira bonus". Kalau tak kerana slogan tu memang mati terus mood berblog kalau dok fikir soal ranking semua ni. Dalam masa yang sama kena pentau blog sendiri supaya tak lari dari landasan. Tapi kalau selalu ranking dan traffik menurun, sedih juga. Kurang semangat sikit nak berblog. Tipulah kalau takde perasaan give up dan sedih tu.

Kalau dah asyik jatuh je kan, sakit juga rasanya. Bab rezeki tu percaya pada rezeki masing-masing. Blog masing-masing ada aura dan potensi yang orang lain boleh nilaikan. So berhenti lah kata blog tak hebat lah, ape lah. Janji ada orang baca dan sebarkan maklumat yang berguna untuk pembaca. Tak gitu? Okay, buka buku baru untuk ranking alexa 2017. Tanda merah tu kena hijau kan semula. Gambatte! Moga perjalanan ranking alexa untuk tahun 2017 bertambah baik.

Statistik Ranking Alexa www.azhafizah.com 2016

Global Rank : 710, 535
Rank in Malaysia : 9, 035

Check rank Blog >>www.alexa.com



3 comments

  1. Bagi saya yg krik2 nih dah hebat sgt dah ranking blog ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. xbrani nak cek hahhaah ntah rank ke brapa riban blog ju, bru lagi =D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.