Kepala Air

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sekarang sedang mengalami musim tengkujuh. Boleh dikatakan hujan lebat setiap hari dalam tempoh waktu yang lama. Bila sampai musim tengkujuh  @ hujan lebat boleh menyebabkan banjir berlaku. Bukan setakat banjir boleh berlaku malah  kejadian kepala air di sungai dan air terjun juga boleh berlaku pada bila bila masa. 
Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.-wikipedia
Memandangkan tak lama nak masuk musim cuti sekolah, so kenalah rancang percutian bersama anak anak dengan sebaiknya. Dalam musim tengkujuh ni eloklah elakkan dari bercuti ke sungai ataupun air terjun. Risau juga kalau kegembiraan bertukar tragedi. Ye lah kan, kita kena beringat. So kalau musim cuaca okay tu, boleh rancang untuk mandi manda. Yang penting berdoa semoga sepanjang percutian baik baik je.

Sebelum ni Fiza tak tahu juga kejadian kepala air ni. Bila dah tengok beberapa video memang takut tengok. Apatah lagi kalau berada di tempat kejadian. Allahu akbar! Selalunya kejadian kepala air ni mesti membawa maut jika sesiapa juga berada di tempat kejadian. Mana taknya, segala pokok besar, kayu balak, kelodak, batu² mampu dihanyutkan dan dirempuh oleh kepala air. Seram tengok!
http://www.azhafizah.com/
Sumber dari google
Fenomena kepala air ni selalunya sekadar lalu. Berapa lama terjadi bergantung pada berapa banyak kuantiti air. Untuk langkah keselamatan, kita kena tahu tanda tanda awal kejadian kepala air.
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

Bila dah tahu tanda tanda awal kejadi kepala air ni, jika berlaku kita boleh beredar segera dari tempat tersebut.

6 comments:

  1. seboleh elak riadah kawasan air terjun musim tengkujuh kan..tq sharing fiza :)

    ReplyDelete
  2. akak memang ngeri kepala air ni..xnk pegi sungai sebab ni la..wlupun bkn musim ujan..

    ReplyDelete
  3. Seriusssss scary marry.. Ayah ena memang tak kasi anak2 dia mandi sungai time musim sg.. Takut jadi macam ni

    ReplyDelete
  4. takut nyer... Allahu Akbar!
    aida ni bila dgn air ni, memang sgt hati2.
    sgt seriau!
    and hopefully tahun ni takde la banjir teruk mcm thn lepas, kan?
    moga Allah permudahkan semua nya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.