Kesan Sebenar Pengambilan Minum Dried Rose Bud Tea. Kena Cuba!

Thursday, November 19, 2015

Sebelum ni biasa minum teh rose jenama songket tu. Memang sedap! Tapi bila dapat peluang mencuba dried rose bud tea ni memang excited sangat sebabnya Fiza memang suka bau teh rose yang wangi. Apatah lagi rose yang semulajadi macam ni. Rose bud tea boleh dikatakan natural herbs yang menjadi fenomena sekarang. Rata rata bersetuju dengan kesan kesan pengambilan dried rose bud ni bagus!

http://www.azhafizah.com/

Bau Rose Bud Tea Wangi


Bila minum dried rose bud tea ni rasa macam kat SPA pulak dah. Masa rendam dried rose bud ni, aroma bunga rose dia tu memang wangi sangat dan kuat baunya ! Betul betul fefeling dok kat SPA. Memang rasa tenang dan relaks. Buat SPA kat rumah pun boleh kan.

Rasa Rose Bud Tea

Kebiasaanya Fiza minum bila dah suam suam gitu. Untuk permulaan Fiza rendam macam biasa tanpa letak gula batu,madu atau gula stevia. Bagi orang yang tak biasa minum green tu Fiza nasihatkan kalau nak mencuba rasa dried rose bud tea ni kena letak gula batu,madu atau gula stevia tu. Sebab rasa dried rose bud original dia rasa tawar dan plain je. Macam minum air kosong tapi ada rasa sikit. 

Rasa dia rasa macam minum herba green tea jugak dan tak perlu nak tutup hidung bagai macam minum air akar kayu sebab bau dia wangi. Itu yang suka tu. Mungkin sebab Fiza dah biasa minum green tea kot, tu yang macam dah biasa dengan rasa teh tanpa gula.

http://www.azhafizah.com/

Rupa bentuk dried rose bud sebenarnya memang dah buat kita rasa teruja nak mencubanya kan. Walaupun dah kering tapi kecantikkan bunga rose tu tetap cantik kan. Perempuan dah tentu suka dengan bunga rose. Sebab tu korang kena cuba rose bud tea ni. Serius akan jatuh cinta dengan bau dan rasanya. Dan buat korang bertambah cantik jugak.

Kesan Pengambilan Rose Bud Tea

Selepas beberapa jam minum rose bud tea ni perut akan rasa tak sedap sikit seperti rasa memulas mulas. Dan akhirnya dah tentu lah kena ke toilet. Memang buang habis. Bagi yang ada masalah sembelit, silalah amalkan pengambilan rose bud tea ni memang boleh selesai masalah. InshaAllah.

Macam Fiza ada consume supplement lain sebelum tidur, so Fiza minum rose bud tea ni selepas makan malam. Kira baguslah untuk proses penghadaman dan detox tu. Perut pun rasa sedap je lepas tu, rasa ringan dan lebih segar.

Tapi kalau esoknya korang ada perjalanan jauh, disarankan minum awal sebab takut memulas dalam perjalanan susah pulak nak mencari toilet.

http://www.azhafizah.com/

Untuk satu bekas ni tahan dalam sebulan lebih mengikut kekerapan pengambilan. Biasa Fiza ambil 2-3  rose bud tea. Lagi banyak dose korang guna, lagi besarlah kesan dia. Cuma larat tak larat je la korang nak tahan perut tu. So ambil dalam dose kawalan 2-3 dah memadai. Tapi kalau kurang berkesan, tambahlah sikit ye. Lain orang lain kesannya.

Cara Penyediaan Rose Bud Tea

Masukkan 2-3 rose bud ke dalam 250ml  air panas.
Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua.
Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambah stevia, madu atau gula batu ke dalam minuman.

Khasiat Rose Bud Tea

Melancarkan penghadaman
Mengelakkan masalah sembelit
Bagus untuk kecantikkan kulit
Mengurangkan PMS dan senggugut
Meningkatkan kesuburan
Mengurangkan tekanan dan stress
Meningkatkan sistem imun
Menenangkan ketegangan saraf dan emosi(penenang)
Merawat ulser perut
Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. (Hasil penyelidikan saintis Jerman)
Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka , terbakar , ruam dan ekzema.
Merawat jangkitan pada mata.
Meredakan sakit tekak
Merawat infeksi pundi kencing
Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema
Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
Mengekalkan kesihatan usus
Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.
Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti-depressent)
Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis
Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
Mengandungi vitamin A , B3, C, D dan E.
Merawat cirit-birit
Menghilangkan keletihan
Menghilangkan sakit kepala dan pening


Memang betul minum rose bud tea memang boleh buat rasa tenang dan relaks. Korang kena cuba tau baru tahu rasa dia macamana.

http://www.azhafizah.com/

 Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan

Penafian : Produk Ini tidak bertujuan untuk merawat, mengubati atau mengdiagnos sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan

TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Harga Rose Bud Tea Murah dan Berpatutan

Dried Rose Bud 40g RM20.00

Untuk pembelian

Semasa buat tempahan, berikan code Blog Sihatimerahjambu ye. Selain rose bud tea, ada apple flower tea, roselle tea dan lavender tea. Tunggu next review dari Fiza ye. Beli banyak boleh jimat kos pos.

http://www.azhafizah.com/

Kebiasaanya nampak orang jual guna pack plastic tapi bila dah pack dengan bekas macam ni mudahlah untuk kita simpan. Tak perlu sediakan bekas lain dah. Bekas ni dah cukup comel dah. Bekas ni plastik ye bukan kaca.

Walaupun plastik tapi pembungkusan untuk penghantaran di jamin selamat sampai tanpa rosak. Sebab dibungkus dengan 3 layer tu. Pertamanya balut dengan plastik balut makanan tu. Takdelah benda² lain masuk ke dalam.

http://www.azhafizah.com/

Kemudian dibalut dengan kertas pulak.
http://www.azhafizah.com/

Sebelum masuk plastik parcel, dibungkus dengan bubble wrap untuk mengelakkan bekas pecah.
http://www.azhafizah.com/

Alhamdulillah parcel yang Fiza terima selamat sampai tanpa bekas rosak. Kalau dah habis, bekas tu boleh buat bekas simpan benda lain pulak kan. Kira berbaloi jugak tu membeli.

5 comments

  1. wah great sharing... akak xpernah pun rasa tea rose ni.. akak suka minum green tea.. agak2 rasa lebih kurang je kot...

    ReplyDelete
  2. akak rasa kwan india akak pernah bagi minum dried rose ni.banyak khasiat pada dried rose ni yang dia bgtau akak...akak letak dalam minuman dalam botol di ofis..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.